BAB 11
Keesokan
harinya, Erin cepat-cepat menuju ke arah pejabat universiti. Danisya yang
datang ke universiti bersama-samanya ditinggalkan berjalan keseorangan.
“Isyh, mana pula si Erin ni
menghilangkan diri. Sekejap ada, sekejap takde. Aku baru je pot pet pot pet dengan
dia tadi. Tup,Tup dia hilang pula,” bebel Danisya seorang diri.
Sedang dia berjalan-jalan, dia
ternampak Fiqa sedang bercakap dengan Danial dan kawan-kawannya. Danial seperti
endah tak endah je bercakap dengan Fiqa. Tiba-tiba dia terdengar satu
pengumuman.
“Erm, assalamualaikum dan
selamat pagi,”
Danisya seperti mendengar
suara Erin yang memberi pengumuman. Serentak itu, langkah kakinya terhenti
secara automatik.
“Saya disini untuk menegakkan satu
kebenaran buat bestfriend saya.
Sebelum tu biar saya memperkenalkan diri saya dulu. Saya Erin dari falkuti perniagaan. Saya adalah classmate
Danisya merangkap bestfriendnya. Saya
ingin tegaskan ini adalah kebenaran bukan rekaan semata-mata. So, sila dengar
rakaman ini dan hayati setiap butir bicara mereka,” ucap Erin lantas memasang rakaman yang dirakamnya sewaktu Danisya sedang bergaduh dengan Melissa.
Terdengar suara Danisya
sedang berkata-kata.
“Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni?”
“Okey, fine. Korang dah tahu kan siapa sebenarnya aku. Nilah sikap sebenar aku. Aku minta duduk dekat rumah sewa kau ni pun sebab aku kena intip segala gerak-geri kau. Aku dah lama sakit hati dengan kau. Kau dah lupa ke muka ni yang kau bawa pergi menghadap kounselor sebab kena tangkap khalwat tiga tahun dahulu. Sebab kau lah aku brake dengan pakwe aku. Malah aku turut dapat malu,” luah Melissa.
“Dah ingat? Kalau kau nak tahu Fiqa tu bestfriend aku. Kiteorang kacip gila. Dia sanggup nak bantu aku malukan kau. Aku happy gila lepas kau dimalukan di seluruh universiti. Puas hati aku. Pengumuman tu, aku dengan Fiqa yang buat. Kami yang tampal dekat papan kenyataan. Padan muka kau. Rasalah kau macam mana aku rasa hari tu. Aku akan pastikan kau dimalukan habis-habisan. Aku takkan berhenti dari mengacau hidup kau. Aku yang cadangkan dekat Fiqa untuk tukarkan fakta yang kau kena kahwin disebabkan kau ditangkap khlawat,” terang Melissa.
“Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang,” arah Danisya.
“Hey, aku tak heren la kau halau aku keluar. Aku tak hingin pun duduk dengan kau. Menghadap kau setiap hari buat aku meluat la. Daripada aku menghadap muka kau baik aku menghadap muka pakwe aku. Ada faedahnya juga. Aku tak layak la kawan dengan korang yang miskin-miskin ni,” ucap Melissa.
“Oh ye, aku lupa nak cakap dengan korang. Aku bukan kawan korang. Korang salah orang la. Aku tak pernah ada kawan semiskin korang,” tengking Melissa.
“Mel, aku ada hadiah untuk kau. Sebab kau dah berjaya tipu aku bulat-bulat. Nah,” terdengar pula suara Danisya
“Pang.”
“Pang.”
“Terima kasih sebab pernah jadi salah satu daripada kawan aku. Aku tak pernah menyesal sebab kenal kau. Aku pun tak hadap nak ada kawan macam kau, back stabbing,” ucap Danisya. Setelah itu Erin menamatkan
rakaman tersebut.
“Sekarang korang dah dengar kan.
Jadi korang fikirlah siapa salah dan siapa betul. Kalau korang tak percaya
ikut suka hati korang lah, ini adalah kebenaran. Assalamualaikum dan
selamat beramah,” ucap Erin seraya menamatkan pengumuman.
Danial yang sedang bercakap
dengan Fiqa serta merta terhenti bercakap lantas dia merenung Fiqa.
“Danial tu tak benar. Itu tipu
je. Fiqa takkan buat macam tu. Danial percaya kan kata-kata Fiqa?” rengek Fiqa.
“Ada aku peduli ke? Guys jom blah. Korang dengarkan apa yang
terjadi. Aku tak nak bersubahat dengan seorang penfitnah,” sindir Danial.
“Danial,” jerit Fiqa.
Danial tidak mempedulikan
panggilan Fiqa.
“Kan aku dah kata minah tu tak
kan buat benda terkutuk tu,” ujar Danial
seraya tersenyum.
Sekali lagi Edirul pelik akan
kawannya itu.
Fiqa ternampak akan Danisya yang
sedang berdiri tegak sambil mengelamun. Lantas dia menuju ke arah Danisya dalam
keadaan marah. Danial turut terpandang akan Danisya. Dia juga ternampak Fiqa
yang sedang menghampiri Danisya yang terpinga-pinga. Danial terus menuju ke
arah Danisya. Kawan-kawannya hanya melihat tindakan Danial.
Belum sempat Fiqa menyerang
Danisya, Danial cepat-cepat menarik lengan Danisya dan berlalu dari situ. Fiqa
tergamam dengan tindakan Danial.
Danisya hampir terjatuh apabila
Danial menarik lengannya. Nasib baik beralas kalau tak mahu dihempuknya si
Danial tu.
“Hello, brother apa main tarik- tarik ni? Aku boleh jalan sendiri lah,”
ucap Danisya sambil berhati-hati melangkah mengikut langkah kaki Danial.
“Kau ikut je lah,” jawab
Danial.
“Adui, tahu la lengan aku ni
lembut, kecil pula tu. Sedap je dipegang. Tapi agak- agak la nak pegang lengan
anak dara orang. Nasib baik ada alas kalau tak aku back hand kang, mamat sewel,”
bisik Danisya perlahan. Namun tahu-tahu la Danisya, berbisik pun macam tengah
bercakap. Tak boleh control volume
betul. Kata-kata Danisya didengari oleh semua rakan- rakan Danial termasuklah
Danial. Lantas Edirul, Safwan, Ikhwan dan Zarif menahan diri dari tergelak.
Danial menjeling pada rakan-rakannya.
“Kau jangan nak berasa boleh tak.
Aku just nak selamatkan kau dari kena
serang dengan minah gedik tu,” ujar Danial seraya melepaskan pegangannya.
Sebenarnya dia terlupa yang dia sedang memegang lengan Danisya.
“Hah?? Adui volume suara aku ni tak boleh
control betul. Memalukan aku je,” ucap Danisya pada dirinya sambil menepuk
mulutnya.
“Minah gedik tu siapa? Aku ke?”
tanya Danisya.
“Kau minah senget la. Minah gedik
tu Fiqa la. Lambat pick up betul la
kau ni,” jawab Danial. Sesedap rasa je dia kutuk orang.
“Humph, sorang lagi kata aku lampi.
Eh, lupa nak perkenalkan diri, saya Danisya,” ujar Danisya seraya
memperkenalkan dirinya pada kawan- kawan Danial.
Safwan, Zarif, Edirul dan Ikhwan juga
memperkenalkan diri masing-masing.
“Wei, kau dah sampai kelas. Pergi
la masuk,” arah Danial menghentikan perbualan yang rancak di antara Danisya dan
kawan- kawannya.
“Eh, cepatnya. Baru je nak berborak
panjang. Takpelah lain kali je lah ye. Thanks
ye, Safwan, Zarif, Edirul, Ikhwan sebab teman saya sampai ke kelas. Bye,” Dia sengaja tidak menyebut nama
Danial kerana dia mahu Danial tahu yang dia sedang marah padanya.
“Woi, minah senget, aku yang
bersusah payah selamatkan kau, langsung kau tak ucapkan terima kasih. Diaorang
yang tak buat apa-apa, kau ucapkan terima kasih pulak,” jerit Danial. Aik, lembu punya susu, sapi dapat nama. Aku penat-penat tolong, orang lain dapat nama.
“Relax
la. Terima kasih je kot,” ucap Safwan sambil menepuk bahu Danial.
“Kau jealous ea?” tanya Edirul.
“Huuuuuh, buat apa aku jealous. Buang masa je. Jom la blah,” ajak
Danial. Panas hatinya dengan tindakan Danisya. Rakan-rakannya hanya
mentertawakannya.
**************************
“Woi, asal kau tak beritahu aku dulu
pasal rancangan kau ni. Terkejut beruk aku,” sembur Danisya.
“Malam semalam aku dah cakap kan. Kau
tu yang lampi sangat,” sindir Erin.
“Ergh, whatever. Anyway thanks. Aku hargai tindakan kau,” akui Danisya.
“Confirm
Fiqa tak masuk kelas hari ini,” ujar Erin.
“Ye kot. Aku nampak dia marah gila
kat aku. Siap nak serang aku lagi tadi,”
“Hehehe,padan muka dia. Yang pasti mission
kita complete,” ujar Erin.
“Danisya kami nak minta maaf sebab
percaya bulat-bulat pada kata-kata Fiqa dan turut sama menfitnah kau. Sorry ea,” ucap beberapa orang kawan
sekelasnya.
“Takpe, takpe. Biasalah manusia
memang macam tu takkan lari dari melakukan kesilapan,” ujar Danisya.
“Terima kasih Danisya,”
Danisya memandang Erin dan mereka
melakukan high five.
“Berani kau ea. Tak sangka kau
sanggup buat benda macam tu demi aku,“
“What friend for,” ucap Erin.
“Aku sayang sangat kawan aku ni. Kalau
aku ada abang dah lama aku pinangkan kau,” gurau Danisya.
“Tak payah nak mengada-ngada.
Sekarang dah settle pun masalah kau,”
“Yup, wei kau lepak rumah aku lagi
malam ni ea,” ajak Danisya.
“Memang itu yang aku tunggu-tunggu,” setuju Erin.
.jpg)
No comments:
Post a Comment