BAB 6
Habis la dia kali ni. Sekarang merupakan masa Encik Razali untuk mengajar kelasnya. Encik Razali memang terkenal dengan sikap panas barannya.
Danisya membuka pintu dewan
kuliahnya secara perlahan-lahan. Dia dengan pantas menuju ke tempat duduknya apabila Encik Razali sedang ralit menulis di papan putih. Namun
malang tidak berbau apabila dia tersandung kaki Fiqa yang sengaja dilunjurkan.
“Oh mak kau,” latah Danisya.
Habis segala volume suaranya
terkeluar.
“Danisya” jerit Encik Razali.
Danisya segera bangun dan
berdiri tegak seperti menunggu arahan komander untuk bersiap sedia menempuhi
peperangan. Melalui ekor matanya dia dapat melihat Fiqa and the gang tersenyum sambil membuat high five.
‘Siap kau Fiqa. Ada lori ada bas, ada hari aku balas. Sabar Isya. Sabar,’ getus Danisya sambil menahan
amarah.
“Berani awak masuk lewat
ke kelas saya. Awak tahu apa yang saya paling pantang. First, orang yang tak tepati masa and second orang yang tak berdedikasi. Tapi..... disebabkan mood saya baik hari ni saya lepaskan
awak tapi lain kali tiada maaf bagi mu,” ujar Encik Razali.
Senyuman Fiqa hilang serta
merta apabila mendengar kata-kata profesornya itu. Danisya mejelirkan lidahnya
ke arah Fiqa.
“Terima kasin prof. Ini
yang buat saya makin sayang kat prof ni,” usik Danisya.
“Sama-sama. Awak simpan je lah sayang
awak tu. Saya dah berpunya dan saya setia pada yang satu,” ucap Encik Razali.
“Ala prof ni, saya gurau
je. Saya tahu prof sayang isteri prof je. Nombor satu kan,”
“Mestilah. Hari ini
adalah hari anniversary kami yang
ke-10. Itulah sebab saya happy,” ucap
Encik Razali sambil tersenyum.
“Ye ke, prof. Congrets. Happy Anniversary prof,” ucap
Danisya.
“Dah, dah, kembali ke
tempat duduk kamu. Layan kamu bercakap sampai esok pun belum tentu habis,” arah
Encik Razali.
“Baik prof,” jawap Danisya.
Dia segera menuju ke tempat duduknya. Kemudian Encik Razali meneruskan
sesi pengajarannya.
“Asal kau lewat sangat? Tak pernah pun kau lewat macam ni,” bisik
Erin.
“Ada mamat sewel yang tahan
aku sampai aku tak boleh blah ke mana-mana. Ini pun aku cabut. Mati aku kalau
mamat sewel tu cari aku,” bisik Danisya menceritakan sebab kelewatannya.
“Mamat sewel mana pulak
ni? Ini mesti kau ada buat salah kan,” tanya Erin kebingungan.
“A’ah. Hehe. Adalah hamba
Allah tu,” putar belit Danisya.
“Wei, siapa hah,” jerit
Erin kegeraman.
“Nur Edrin Alwiz binti
Muiz,” jerit Encik Razali.
“Opss, maaf prof,” ucap
Erin sambil tersengih seperti kerang busuk.
Erin menjeling kepada
Danisya. Danisya hanya tersengih membalas jelingan Erin.
Setelah kelas tamat,
Danisya segera menuju ke arah kafetaria untuk menghilangkan dahaganya yang
telah lama disimpan.
“Ahhh, leganya,” ucap Danisya.
“Wei, story la dekat aku,” gesa Erin.
“Story apa?”
“Wei, lampi la kau ni,” marah Erin lalu
mengetuk kepala Danisya.
“Eiii, kepala aku ni jangan main
la. Aku tak suka. Banyak ilmu kat dalam ni,” tegur Danisya.
“Yelah, sorry,”
“Takpe, tapi baik kau
ingat. Aku pantang sikit orang main kepala aku ni,” ugut Danisya.
“Baik princess,”
“Bak air kau,” ucap Danisya. Tangannya pantas
je merembat air milo ais Erin tanpa
sempat Erin memberi kebenaran.
“Kureng kau. Aku tak minum
lagi air tu,” marah Erin.
“Aku peduli apa,” ucap
Danisya lantas menghirup air milo ais tersebut.
“Aku tau dah perangai kau,”
Sudah menjadi kebiasaan dia dan Danisya berkongsi makanan dan minuman. Sahabat
sejatilah katakan.
Sedang Danisya menikmati
air milo ais Erin, tiba-tiba dia terpandang kelibat Danial bersama-sama dengan
Edirul. Serta merta dia tersedak. Terbatuk-batuk jadinya.
“Hah, tulah kau. Minum tak
baca Bismillah,” tegur Erin sambil mengusap belakang badan Danisya.
‘Adui, bala dah datang,
mamat sewel ni macam tahu je aku ada kat sini. Bahaya ni. Baik aku cepat cabut
sebelum dia sedar,’ getus Danisya dalam hati.
Setelah,
batuknya reda, Danisya bangun dan menarik tangan Erin.
“Jom blah. Aku lupa pulak
nak kasi kucing aku makan,” ajak Danisya.
“Eh, sejak bila kau ada
kucing?” tanya Erin kehairanan. Setahunya Danisya tidak memelihara hatta seekor
kucing pun.
“Eh, salah ea. Bukan,
maksud aku kucing jiran aku. Dia takde kat rumah. So, aku lah yang kena jaga
kucing dia,”terang Danisya.
“Ooo,”
“Wei, jom la,”gesa Danisya.
Dia sudah berasa gelisah.
Danisya sudah merasa tidak
sedap duduk. Seperti ada yang memerhatikannya. Macam ada tarikan, Danisya
memandang Danial yang duduk bersebelahan dengan mejanya. Seperti ditakdirkan,
Danial turut memandang ke arahnya.
“Chow dulu,” ujar Danisya
lantas segera bangun untuk berlalu dari situ.
“Asal kau tergesa-gesanya.
Relax la. Tak matinya kucing tu,” ucap Erin lalu menarik tangan Danisya untuk
duduk semula.
“Memang kucing tu tak mati tapi kejap lagi aku yang mati,” gesa Danisya.
“Woi. Minah senget,” jerit
Danial lantas bangun untuk menuju ke arah Danisya.
Apabila mendengar suara
Danial menjerit, Danisya terus menarik tangan Erin dan membuka langkah seribu.
“Danial, asal kau menjerit
ni? Semua orang pandang kau la. Malu la sikit,” tanya Edirul seraya menarik
tangan Danial untuk duduk di meja mereka semula.
“Kau ingat tak apa yang aku
cerita tadi. Tulah minah senget yang dah tumpahkan air Horlick kat atas baju
aku. Celaka betul minah tu. Terror betul dia lari,” sempat lagi Danial memuji
walhal dia sedang marah apabila terpandang Danisya tadi.
“Siapa? Danisya ke?” tanya Edirul.
Dia mengenali Danisya melalui perbualan rakan-rakannya yang selalu berjamming
di studio Angkasa. Danisya merupakan salah seorang yang menggunakan studio Angkasa untuk berlatih muzik.
“Ooo, minah senget tu nama
dia Danisya. Kau boleh tolong siasat tak latar belakang minah tu?” tanya
Danial.
“Asal kau macam
bersemangat je nak tahu pasal Danisya tu? Kebiasaannya kau tak layan sangat
pasal perempuan,” tanya Edirul kehairanan dengan sikap Danial yang lain dari
kebiasaan.
“Kau nak tolong ke tak?”
“Yelah, aku tolong. Dengan
siapa lagi kau nak harapkan kalau bukan kat aku.”
“Dah tahu takpe.”
*************************
“Stop, stop. Aku tak larat dah nak lari. Tahu la kau tu jaguh lari.
Tapi kesian la kat aku ni,” ucap Erin tercungap-cungap.
“Okeylah
dah selamat. Kita berhenti kat sini,” ujar Danisya seraya menarik nafas
sedalam-dalamnya supaya oksigen dapat masuk ke dalam badannya. Jantungnya
sedang bekerja keras mengepam darah dengan lebih cepat dari biasa. Kini Danisya sudah 500m jauh dari
kafetaria.
“Wei, asal kau lari macam
baru nampak hantu,” tanya Erin. Dia kemudian mencari tempat yang teduh untuk
melepaskan lelah.
“Isyh, hantu ni jangan
main la. Simpang malaikat 44. Aku tak nak jumpa. Tapi sekali dia muncul, tak
cukup tanah aku berlari,” ujar Danisya. Sewaktu kecil-kecil dahulu nenek dia
selalu bercerita kisah hantu supaya dia tak nakal. Alih-alih sampai ke besar
dia terpengaruh dengan cerita tersebut. Disebabkan itu juga dia takut kepada
gelap.
“Yelah, aku lupa kau tu
penakut,” sindir Erin.
“Aku tak takut ea. Cuma
seram je,” nafi Danisya.
“Eleh, entah betul entah
tidak. Erm, yang Danial panggil minah senget tu kau ke?”
“Danial mana pulak ni?”
tanya Danisya kehairanan.
“Datang dah bendul dia. Adam Danial
binti Dato’ Razif, anak kepada pengurus kapal terbesar kat Malaysia ni,” terang
Erin satu persatu.
“Ooo, mamat sewel tu ea. Mana aku tau nama
dia Danial,” ujar Danisya membela diri.
“Chop!! Chop!! Mamat
sewel tu Danial ke?” jerit Erin kekagetan.
“Ya kot. Malang betul
nasib aku,” keluh Danisya.
Danisya pun menceritakan
nasib malang yang menimpanya hari ini. Cuma satu sahaja yang tak diceritakan
kepada Erin iaitu tentang soal jawap antaranya dan Melissa.
“Memang malang betul kau.”
“Eh, tu kereta yang hampir
nak langgar aku.” Danisya ternampak kereta Camry yang hampir melanggarnya
melintas dihadapannya.
“Hah, kereta Camry tu ke? Wei, memang nasib kau malang la.”
“Kenapa pulak?” tanya Danisya kehairanan.
“Kalau nak tahu pemilik
kereta tu ialah Danial,” terang Erin. Dia tergelak apabila memikirkan nasib
Danisya.
“What? Mamat sewel tu memang nak kena. Tengok la nanti. Yang kau ni tak
habis-habis gelak ni apasal?” marah Danisya.
“Kau ni macam ada jodoh je
dengan Danial tu.”
“Kau jangan nak mengarut.
Aku hempuk kang. Hah, aku lupa nak beritahu kau, weekand ni aku kerja. Aku kena temankan Puan Sri dekat rumah dia di Kuala Lumpur ni,”
beritahu Danisya.
“Wau, best la kau. Boleh makan best-best
kat sana. Cadbury pun kau boleh makan sesuka hati.” Erin tahu Puan Sri Aisyah
amat baik hati terutama sekali kepada Danisya.
“Cakap pasal makan ni
buat aku lapar pula. Jom balik aku teringin nak makan nasi goreng USA la,” ajak
Danisya.
“Humph, kau ni pasal
makan laju je Nasib baik kau yang masak,” ucap Erin. Dia pelik dengan Danisya,
kuat makan tapi berat tak naik-naik juga. Jealous
betul dia. Kalau dia makan banyak confirm
berat badan dia naik dengan mendadak.
“Mestilah aku yang masak.
Nak harapkan Mel tu mau telingkup dapur,” ucap Danisya. Melissa amat liat untuk
turun ke dapur. Jika tiada Danisya, Melissa lebih suka makan di luar.
“A’ah, betul gak. Jom la.
Perut aku dah mendendangkan lagu raya dah ni,” ujar Erin seraya menarik tangan
Danisya.
“Banyak la kau. Puasa pun tak lagi dah nak raya,”
ucap Danisya seraya menahan teksi.
Usai makan dan mengemas,
Danisya pulang ke rumah keluarganya di Mont Kiara.
***************************
Sudah
banyak kali Danisya menekan loceng rumahnya namun dia masih tak nampak kelibat
sesiapa untuk membuka pintu pagar.
“Ding, Dong” tekan Danisya
sekali lagi. Baru sahaja Danisya ingin menekan loceng buat kali ke berapa
entah, pintu pagar automatik itu terbuka lantas dia terus masuk.
“Maaf Danisya, Mak Jah
tengah solat tadi,” ujar Mak Jah, pembantu rumahnya.
“Takpe lah Mak Jah. Isya
yang patut minta maaf,” ucap Danisya seraya menyalami tangan Mak Jah. Walaupun
dia seorang anak ahli korporat yang berjaya, dia tetap dididik dengan agama
yang mencukupi.
“Isya nak air ke? Biar Mak
Jah buat,” tanya Mak Jah. Sejuk hatinya melihat tingkah laku Danisya.
“Boleh juga. Isya nak masuk
bilik dulu. Nak mandi dan solat. Nanti Isya turun ambil air tu sendiri,” Danisya
memohon diri untuk masuk ke dalam biliknya.
Usai mandi, Danisya memakai
baju tanpa lengan dan short pant. Itu
adalah baju rasmi Danisya apabila berada di rumah keluarganya. Dia lebih selesa
begitu. Rambutnya yang ikal mayang dan sedikit keperangan itu hanya dibiarkan
bebas tanpa apa-apa aksesori. Rambutnya sudah panjang sehingga melepasi
bahagian dadanya. Pernah dia menyuarakan hasratnya untuk memotong pendek
rambutnya itu kepada mamanya. Tetapi mamanya membangkang habis-habisan. Jadi,
dia sebagai anak kena lah turuti kata-kata ibu bapa. Setelah itu, dia menunaikan
solat Maghrib.
“Mak Jah balik pukul berapa
hari ini?” tanya Danisya sambil menuangkan jus oren yang dibuat oleh Mak Jah ke
dalam gelas.
“Mak Jah balik macam
biasalah,” jawab Mak Jah. Dia hanya bekerja di rumah Puan Sri Aisyah pada hari
Isnin hingga Jumaat, dari pukul 7 pagi hinggalah pukul 7 petang. Dia hanya
ditugaskan untuk mengemas rumah sahaja. Kadang-kadang dia sering membantu Puan
Sri Aisyah memasak. Gaji yang diterima olehnya adalah sebanyak RM900 sebulan.
Gaji itu sudah lebih dari mencukupi untuk menampung hidupnya dan kelima-lima
orang anaknya. Suaminya telah lama meninggal dunia.
“Seksinya, Isya ni. Comel
pula tu. Geram Mak Jah tengok. Rasa nak penyet-penyet je Isya ni,” tegur Mak
Jah seraya mencubit pipi Danisya.
“Adui, leper la Isya nanti.
Mak Jah ni macam tak biasa pula tengok Isya pakai macam ni,” ujar Danisya
sambil mengusap pipinya yang sudah bertukar kemerah-merahan akibat cubitan Mak
Jah.
“Isya, Mak Jah dah kena balik ni. Dah
lewat sangat ni. Mak Jah balik dulu ye. Assalamualaikum,” pinta Mak Jah.
“Walaikumusalam. Mak Jah
nak Isya hantarkan tak?” tanya Danisya seraya menyalami tangan Mak Jah.
“Tak payah la Isya. Anak Mak
Jah ambil Mak Jah. Tu hah dah sampai pun,” jawap Mak Jah lalu berlalu ke pintu
hadapan.
Selang beberapa minit Mak
Jah balik, Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Saifuddin pun sampai ke rumah. Mereka
baru pulang dari menghadiri majlis kesyukuran kawan kepada Tan Sri Saifuddin.
“Mama,papa,” jerit Danisya.
“Assalamualaikum, sayang,”
ucap Puan Sri Aisyah.
“Walaikumusalam,” jawap
Danisya seraya menyalami tangan mama dan papanya.
“Isya makan dah ke?” tanya
Tan Sri Saifuddin.
“Dah. Isya makan nasi
goreng,” jawap Danisya.
“Dah solat?” tanya Puan
Sri Aisyah pula.
“Dah juga,”
“Bagus. Nanti kita solat
Isyak sama-sama,” putus Tan Sri Saifuddin.
“Orait, boss,” gurau
Danisya.
Usai solat Isyak, Danisya
membantu mamanya menggoreng nugget. Kemudian dia menghidangkan nugget itu di
ruang tamu iaitu di mana Tan Sri Saifuddin sedang berehat. Mereka makan sambil
menonton televisyen.
Sedang asyik menonton
cerita The Chronicles of Narnia,
tiba-tiba mamanya bertanya.
“Princess dah bersedia ke untuk malam esok?”
“Apa punya soalan la mama
ni. Buat apa Isya nak bersedia. Bukannya majlis Isya. Majlis ulang tahun
syarikat papa je kan. Mama ni macam tak biasa pula,” jawap Danisya lantas dia
menyuap baki nugget ke dalam mulutnya. Puan Sri Aisyah tersenyum mendengar
jawapan Danisya. Danisya tidak tahu agenda di sebalik senyuman mamanya.
‘Kesian Isya. Dia belum tahu
ada kejutan untuknya. Aisyah ni pula, dah tahu anak dia seorang ni tak suka make-up, pergi juga beli barang make-up untuk Danisya,’ getus Tan Sri
Sifuddin tergeleng dia apabila mengenangkan sikap isterinya yang nakal.

No comments:
Post a Comment