BAB 7
Hari
yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Puan Sri Aisyah cepat-cepat bersiap
supaya dia dapat menyolek wajah Danisya. Pada malam itu dia memakai jubah
berwarna putih dan memakai tudung Syria yang sama warna dengan bajunya.
Kemudian dia mengenakan solekan nipis pada wajahnya.
“Cantiknya sayang malam
ni,” bisik Tan Sri Saifuddin di telinga isterinya.
“Ala, abang pun apa
kurangnya,” Tan Sri Saifuddin mengenakan tuksedo yang sama dondon warnanya
dengan baju Puan Sri Aisyah.
“Abang, Aisyah nak jenguk
Isya jap. Sambil tu.. Taraaa. Aisyah nak make-up
dia,” ujr Puan Sri Aisyah seraya menunjukkan barang-barang make-up kepada Tan Sri Saifuddin.
“Tak sabar abang nak tengok
hasilnya,”
“Mestilah hasilnya cantik macam mama
dia ni,” puji Puan Sri Aisyah.
“Yelah, sebab tulah abang
makin sayang dekat Aisyah,” akui Tan Sri Saifuddin lantas mencium pipi Puan Sri
Aisyah.
“Dah la abang ni. Aisyah nak
pergi bilik Danisya dulu. Kang terlewat pula,” pinta Puan Sri Aisyah. Pipinya
sudah kemerah-merahan menahan malu. Tan Sri Sifuddin memberikan kebenaran buat
isterinya berlalu.
“Tok,Tok,” Puan Sri Aisyah
mengetuk pintu bilik Danisya lantas memasuki bilik anak tunggalnya itu.
“Mak aii, cantiknya Isya,”
puji Puan Sri Aisyah. Dia terkejut melihat perubahan Danisya apabila mengenakan
gaun labuh.
“Mama tak selesa la,” adu
Danisya sambil membetulkan baju gaunnya itu.
“Cantiknya mama malam ni,”
sambung Danisya.
“Dah-dah jangan nak
melalut. Cantik apa kamu pakai gaun tu. Mari sini mama betulkan,” arah Puan Sri
Aisyah.
“Okey, sekarang jom,” ajak
Puan Sri Aisyah seraya menarik tangan Danisya menuju ke meja solek.
“Kenapa mama,” tanya
Danisya kehairanan.
“Tadaa. Ni adalah…” tunjuk
Puan Sri Aisyah.
“Make up!!! No,no,no!!! Mama,” potong Danisya sebelum Puan Sri
Aisyah menghabiskan kata-katanya. Danisya lantas bangun untuk melarikan diri
dari menjadi mangsa solekan Puan Sri Aisyah.
“Danisya,” panggil Puan Sri
Aisyah sambil membuat muka sugul.
“Okey, okey.. Mama ni,”
rajuk Danisya lantas duduk semula di kerusi meja solek.
Puan Sri Aisyah lantas
tersenyum. Lalu dia memulakan tugasnya untuk menyolek Danisya. Puan Sri Aisyah
mengenakan solekan yang nipis sahaja pada wajah Danisya.
“Okey, beres. Dah siap. Ya
Allah, cutenya macam Barbie doll,” jerit Puan Sri Aistah kagum.
“Mengarut je la mama ni.
Mana sama muka Isya ni dengan muka Barbie
doll,” bangkang Danisya lantas dia memusingkan wajahnya untuk menghadap
cermin.
‘Comel jugak aku ni bila
dah make up. Macam tak percaya pula
dalam cermin tu aku,” monolog Danisya.
“Kenapa? Tak percaya ke.
Tengok la siapa yang solekkan,” ujar Puan Sri Aisyah, berbangga dengan hasil
sentuhannya di wajah Danisya.
“Meh sini mama tolong
pakaikan tudung,” sambung Puan Sri Aisyah lalu membantu Danisya memakai
selendang satin itu.
“Mama, tak suka la pakai
tudung ni,” rungut Danisya.
“Ala, sayang, sekali-sekala
je. Nanti Isya biasalah pakai tudung ni,” rayu Puan Sri Aisyah. Tangannya
lincah sahaja melilit selendang itu di kepala Danisya.
“Yes, perfect,”
Sekali lagi Danisya menoleh
ke arah cermin.
“Mama, nampak lain la muka
Isya,” ujar Danisya.
“A’ah. Lagi cantik + comel
dari kebiasaan,” akui Puan Sri Aisyah.
“Ada-ada jelah mama ni. Jom
la mama. Nanti terlewat pulak,” ajak Danisya.
Sewaktu menuruni tangga
untuk ke ruang tamu, Danisya ternampak papanya sedang membaca surat khabar.
“Abang tengok la anak kita
ni,” jerit Puan Sri Aisyah tidak sabar untuk memberitahu Tan Sri Saifuddin.
Tan Sri Saifuddin melipat
surat khabar yang dibeleknya tadi dan memandang ke arah Danisya.
“Anak siapa ni? Cantiknya,”
puji Tan Sri Saiffudin.
“Anak siapa lagi. Anak Tan Sri
Saifuddin dan Puan Sri Aisyah la,” jawab Danisya sambil tersengih.
“Kalau Isya pakai macam ni
hari-hari confirm tak lama lagi kami
dapat cucu,” gurau Tan Sri Saifuddin.
“Papa!!!” jerit Danisya.
“Hahaha. Papa gurau je. Jom
lah. Kita dah lewat ni,” ajak Tan Sri Saifuddin.
***************************
Sesampainya di dewan Hotel Seri Malaysia ,iaitu di mana
majlis ulang tahun syarikat papanya berlangsung, mama dan papanya terus
bersalaman dengan tetamu yang hadir. Danisya ditinggalkan keseorangan. Inilah
yang dia tidak suka apabila menghadiri majlis ulang tahun syarikat papanya.
Nasib baik dia sudah biasa.
Danisya berjalan-jalan di sekitar
dewan itu. Dia tidak perasan akan sorotan mata tetamu yang hadir pada hari ini.
Ramai yang menoleh ke arahnya dan memuji kecantikan Danisya.
Apabila sampai di bahagian makanan,
Danisya segera mengambil pinggan lantas dia mengambil sedikit puding karamel
yang telah disediakan. Setelah itu, dia menuju ke arah meja yang kosong. Dia
tidak peduli akan persembahan yang disediakan untuk menceriakan majlis.
Sedang asyik menjamu selera, matanya
terpandang akan seorang pemuda yang asyik merenungnya. Cepat-cepat Danisya
menutup mukanya.
‘Adui, bala dah datang. Asal mamat
sewel ni mesti ada dekat majlis ni?’ getus Danisya lalu terus bangun untuk
meninggalkan majlis tersebut. Danisya ternampak papanya sedang berbincang
sesuatu dengan seorang lelaki, mungkin kawan papanya. Perbincangan tersebut
nampak seperti serius.
‘Macam kenal je minah ni’ getus Danial.
Dia seperti mengenali seorang gadis yang sedang duduk keseorangan sambil menikmati
puding. Malah gadis itu seperti kebosanan.
“Cantikkan perempuan tu? Kulit dia
fulamak putih mulus,” ucap Safwan mengejutkan Danial dari lamunannya. Safwan
tahu Danial sedang memerhatikan gadis itu. Safwan, Zarif, Edirul dan Ikhwal
turut hadir pada majlis itu kerana bapa mereka turut bekerjasama dengan
syarikat Saiysh Holding.
“Memang cantik pun. Kalau aku dapat
perempuan tu walau apa pun yang berlaku aku tak akan lepaskan dia. Tapi aku
rasa macam kenal je lah dengan perempuan tu,” luah Danial tentang perkara yang
membelenggunya tadi.
“Eleh, kau tu pantang tengok perempuan
lawa mesti nak kebas,”sindir Safwan.
“Kau ke aku yang suka tukar-tukar
makwe?” sindir Danial.
“Bukan salah aku ea. Dah diorang yang
suka aku. Aku pun on je lah,” jawap
Safwan membela diri. Di universtinya dia memang terkenal dengan sikap playboynya. Walaupun begitu, masih ada
yang suka akannya.
“Kau yang mengayat diorang. Macam mana
diorang tak cair…”
“Wei, perempuan tu dah nak blah la,”
potong Safwan. Dia melihat Danisya sudah meninggalkan meja yang didudukinya.
“Hah, aku chow dulu la,” ujar Danial
seraya berlalu untuk mengejar langkah Danisya.
“Wei, kalau kau tak nak perempuan tu pass la dekat aku,” gurau Safwan.
“Kau ingat dia bola ke, nak main pass-pass,” marah Danial lantas
meneruskan langkahnya.
‘Adui ini yang aku tak suka kalau pakai high heel. Nak jalan laju pun payah
apatah lagi nak berlari. Melambatkan pergerakan aku je’ rungut Danisya dalam
hati.
Dia mengangkat sedikit gaunnya agar dia
tidak terpijak kain gaunnya itu. Danisya lantas membuka pintu dewan tersebut
dan berlalu dari situ. Dia berjalan dengan pantas tapi berhati-hati. Danisya
terasa seperti ada yang mengekorinya lalu dia berpaling untuk melihat
gerangannya. Danisya tergamam, dia mempercepatkan lagi langkahnya apabila
menyedari Danial sedang mengejarnya. Dia ingin berlari tetapi pergerakkannya
terbatas oleh high heel dan gaun yang
dipakainya.
Namun malang tidak berbau, dia tersilap langkah dan terpelecok kaki
gara-gara high heel yang dipakainya itu. Danisya tidak
dapat mengimbangi badannya lalu dia terjatuh. Nasib baik Danial sempat
menyambutnya dari terjatuh. Danisya terpampang. Dia segera membetulkan posisi
badannya.
“Ouch,” jerit Danisya kesakitan. Nyaris
sekali lagi dia nak terjatuh tapi cepat-cepat Danial menahannya dari terjatuh.
“Kaki awak terseliuh tu. Apa kata saya
dudukkan awak dekat bangku tu?” tanya Danial sambil menunding jarinya ke arah
bangku yang berdekatan.
Danisya hanya mengangguk. Danial
membantu memapah Danisya ke bangku tersebut. Lalu dia melutut di hadapan
Danisya dan memegang kaki Danisya. Namun perbuatannya terhenti apabila Danisya
menegahnya.
“Awak nak buat apa ni?” tanya Danisya
kehairanan.
“Kaki awak tu terseliuh. Kalau tak
diurut nanti masuk angin. Bila masuk angin kaki akan membengkak,” terang Danial
lantas membuka high heel Danisya.
Setelah itu, dia mengurut perlahan-lahan kaki Danisya.
Danisya menahan sakit akibat urutan Danial dengan mengetap bibirnya.
Sekali-sekala Danial memerhatikan raut Danisya yang sedang menahan sakit. Dia
tersenyum.
‘Comel’ puji Danial dalam hati.
“Okey. Dah siap,” ujar Danial seraya
menyarung kembali high heel Danisya
pada kakinya.
Danisya mengerakkan kakinya. Sakitnya
sudah berkurangan.
“Terima kasih. Dah kurang sedikit
sakit,” ucap Danisya. Dilihatnya Danial bangun lalu duduk disebelahnya.
“Sama-sama. Next time kalau pakai high
heel jangan la nak berlari,” nasihat Danial.
“Macam mana saya tak lari kalau ada
mamat sewel yang kejar saya,” sindir Danisya.
Danial terdiam. Dia seperti pernah
mendengar seseorang menggelarnya mamat sewel cuma dia tidak ingat siapakah
gerangannya.
“Sorry,
nak tanya sikit. Kita ni pernah berjumpa ke?” tanya Danial.
Danisya cepat-cepat menggeleng. Dia
amat bersyukur mama menyoleknya sampai Danial pun tidak mengenalinya. Mujur
rahsianya masih terselamat kalau tidak hancur lah dunianya.
“Hem, maybe saya salah orang kot. Saya Danial. Awak?” ujar Danial seraya
memperkenalkan dirinya.
“Iriana,” jawab Danisya lalu dia
bangun.
“Saya nak balik dulu la. Saya rasa
tak sihat sangat la. Assalamualaikum,” sambung Danisya.
“Nak saya hantarkan?” tawar Danial.
Danisya hanya menggelengkan
kepalanya lalu dia berjalan terjongket-jongket untuk keluar dari hotel
tersebut. Lagi cepat dia keluar dari situ, lagi selamat dia. Danisya sempat
menghantar pesanan ringkas kepada mamanya bahawa dia pulang dulu kerana tak
sihat badan.

No comments:
Post a Comment