BAB 8
Petang
keesokkan harinya, Danisya menerima satu berita yang mengejutkan.
“What?!! Papa, it is a stupid and crazy idea. How
could you,” jerit Danisya.
“Princess
please hear to me, sayang,” rayu Tan Sri Saifuddin.
“No
papa. I said no. Please jangan paksa Isya buat benda mengarut tu,” rayu Danisya pula.
“Isya sayangkan papa dan mama kan?”
tanya Puan Sri Aisyah setelah lama berdiam diri.
“Sayang. Tapi it is unfair. Cuba mama fikir. Isya muda lagi baru 20 tahun. Isya tak
yakin dapat pegang tanggungjawab sebagai isteri yang mithali. Tanggungjawab tu
terlalu besar. Mama, papa please think it
twice,” rayu Danisya. Matanya sudah berkaca-kaca. Ada ke patut mama dan
papanya menyuruhnya bernikah dengan orang yang dia tak kenal hati budinya. Lagi
pun dia muda lagi. Baru nak merasai erti kebebasan.
“Honey,
papa dah fikir masak-masak. Ini yang terbaik buat Isya juga buat kami. Ini
adalah janji papa dengan kawan lama papa. Papa pun dah lupa akan janji
tersebut,”
“Papa, its was your promise not
mine. So I don’t want to get involve in this ridiculous thing,” putus
Danisya. Dia tidak mahu memusnahkan masa hadapannya. Danisya sudah berura-ura
untuk meninggalkan ruang tamu yang dirasakan sungguh merimaskan.
“Isya, dengar dulu cerita papa boleh tak,” pinta Tan Sri Saifuddin.
Wajahnya menjadi sugul disebabkan kejadian ini.
Danisya memutuskan untuk mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh
papanya.
“Waktu itu Isya berumur 5 tahun. Isya ingat lagi tak kita pergi bercuti
di Indonesia. Tanpa disangka ada gempa berlaku disana. Kita terselamat tapi ada
pelancong dari Malaysia yang terperangkap di dalam runtuhan itu. Papa tolong
selamatkan mereka. Nama dia Razif. Waktu tu Razif, isteri dia dan seorang anak
mereka terperangkap. Mujur papa cepat menyelamatkan mereka kalau tidak mereka
sudah mendapat ajal kerana kekurangan oksigen. Sebagai menghargai jasa papa,
Razif berkeras mahu menjodohkan Isya dengan anak mereka ketika itu sewaktu
besar nanti. Lagipun dia mahu mengeratkan silaturrahim. Papa tak dapat nak
menolaknya kerana Razif tidak mahu mendapat bantuan pernafasan selagi papa
tidak menyetujuinya. Isya tahu kan nabi tak suka umatnya memungkiri janji yang
sudah dipersetujui,” terang Tan Sri Saifuddin. Masih terbayang-bayang di kotak
fikirannya akan mayat yang bergelimpangan akibat gempa tersebut.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Razif. Dengan izin Allah dia
dipertemukan dengannya di majlis ulang tahun syarikatnya. Ketika itulah Razif
mengingatinya tentang janji mereka. Fikirannya sekarang benar-benar buntu.
“Isya mama merayu pada Isya. Kali ini sahaja. Mama janji ini adalah last time mama paksa Isya turuti
kata-kata mama. Please Isya. Kami nak
sangat tengok Isya bersanding sebelum kami menutup mata,” rayu Puan Sri Aisyah.
“I
need time. Lagi seminggu Isya beri jawapan,” putus Danisya lantas berlalu
menuju ke biliknya.
“Abang, kita tak boleh paksa Isya buat
benda yang dia tak suka. Lagipun Isya satu-satunya anak kita. Tidak ada sesiapa
lagi yang boleh kita bergantung harap. Abang terima je lah apa jawapan dia
nanti,” nasihat Puan Sri Aisyah.
Danisya sempat lagi mendengar butir
bicara mamanya tadi. Dia cepat-cepat berlalu ke dalam biliknya. Lantas dia
menyembamkan mukanya pada bantal dan menangis sepuas-puasnya. Patut ke di
mengorbankan masa hadapannya?
Danisya segera mencapai tudung dan
berlalu meninggalkan rumah tersebut tanpa memberitahu kepada sesiapa pun. Dia
ingin pulang ke rumah sewanya. Sambil berjalan dia memikirkan tentang
kewajarannya mengikuti kata-kata papa dan mamanya. Tiba-tiba dia teringat akan
kata-kata mamanya tadi. Dia akui sedikit sebanyak ada benarnya juga kata-kata
mamanya.
Dia adalah satu-satunya tempat mama
dan papanya bergantung harap. Papa dan mama sering memberikan apa yang dimahunya.
Masakan dia tidak mahu menuruti permintaan papanya kali ini. Dia tidak mahu menjadi
seorang anak derhaka. Tapi perlu ke dia menikahi orang yang dia tidak cintai?
Dia perlukan seseorang untuk meluahkan masalahnya itu.
***********************
Sesampainya di rumah sewannya, dia
melihat Melissa dan Erin sedang asyik menonton drama Korea yang bertajuk Princess Hour.
“Assalamualaikum,” ucap Danisya lantas
membuka kasutnya.
“Walaikumusalam,” jawap Erin dan Melissa serentak. Mereka menoleh ke arah
pintu untuk melihat siapa yang memberi salam.
“Ya Allah, Danisya kenapa dengan kau ni?” tanya Erin seraya meluru
ke arah Danisya. Danisya nampak tidak terurus. Tudung Danisya habis
senget-benget. Malah ada sisa air mata di pipi Danisya. Melissa hanya memerhatikan
dari jauh.
‘Perempuan ni nak buat drama la ni’ getus Melissa. Meluat dia melihat
Danisya.
Erin memimpin Danisya menuju ke
arah sofa di mana Melissa berada. Melissa tidak mengendahkan keadaan Danisya.
Dia meneruskan tontonannya. Erin pelik dengan sikap Melissa. Lantas dia
mencapai remote control lalu menutup
televisyen. Melissa menjeling marah ke arah Erin.
“Isya,” panggil Erin.
“Korang rasa kalau korang kena kahwin
apa yang korang buat? Korang terima tak?” tanya Danisya.
“Ala, kahwin je lah. Lagi pun kau tu kan miskin tak baik memilih,” jawap
Melissa dengan kasar. Erin terkejut dengan kata-kata Melissa yang kurang ajar.
Dia merenung Melissa dengan tajam. Melissa yang ingin menyambung kata-katanya
tidak jadi meneruskannya apabila menyedari akan renungan tajam Erin.
“Isya kenapa ni?” tanya
Erin. Dia pelik dengan soalan yang ditanyakan oleh Danisya tadi.
Danisya menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia melepaskannya
perlahan-lahan. Danisya menceritakan tentang permintaan papanya yang mahu dia
berkahwin.
Melissa tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh Danisya. Dalam
pemikirannya sudah ada agenda yang akan dilakukan.
“Hah, betul ke ni?” tanya Erin terkejut dengan cerita Danisya.
“Kau tengok muka aku ni ada main-main ke?” soal Danisya pula.
“Tak. So, apa jawapan kau?” tanya Erin lagi.
“Aku kata aku perlukan masa untuk berfikir. Hari Ahad minggu depan aku
beritahu jawapannya,” jawap Danisya.
“Apa pendapat korang? Aku fikir lebih baik aku ikut je kata papa aku
tu,” sambung Danisya.
“Hem, kau fikir betul-betul dah ke?”
“Baik kau fikir masak-masak. Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak
dah kahwin tak boleh nak berundur,” sambung Erin.
“Emm, aku dah fikir betul-betul. Lagipun mama dan papa aku hanya ada aku
seorang. Diorang dah banyak berkorban untuk aku. Ini masanya aku balas jasa
mereka. Aku hanya nak tahu pendapat korang,”
“Kalau kau dah kata macam tu, aku hanya mampu doakan kebahagian kau.
Sabar ye. Ni ujian dari Allah SWT,” pujuk Erin.
“Aku redha kalau ini dah takdir aku,” pasrah Danisya.
“Aku sokong,” ujar Melissa sambil tersenyum. Sekali lagi Erin menjeling
tajam ke arah Melissa.
“Eh, cop. Macam mana kau tahu kau kena kahwin sedangkan kau duduk dekat
rumah Puan Sri tu?” tanya Melissa untuk menyelamatkan dirinya dari jelingan tajam Erin.
“Hah, ar.. Em.. Ala aku baru
balik Kuantan hari ni. So, aku terus pergi lawat family aku. Dah lama aku tak jenguk diorang. Pastu, alih-alih aku
kena macam ni,” jawap Danisya tergagap.
‘Sejak bila pulak dia ni pergi Kuantan?’ getus Melissa.
“Aku nak rehat la dulu,” sambung
Danisya seraya menuju ke biliknya dengan pantas.
“Aku pun nak blah la. Rasa panas pulak
rumah ni,” sindir Erin lantas menyarungkan tudungnya dan berlalu dari rumah
sewa Danisya.
**********************
Fiqa yang sedang nyenyak tidur, terganggu dengan deringan telefon
bimbitnya. Lantas dia menggapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja
bersebelahan dengan katilnya.
“Hello. Siapa ni?” ucap Fiqa
dengan malas.
“Wei, kau tak bangun tidur lagi ke. Ni Mel la.”
“Kau nak apa?” marah Fiqa.
“Aku ada cerita best ni. Confirm selepas kau dengar cerita aku ni
kau takkan rasa nak tidur dah.”
“Cerita apa?” tanya Fiqa. Kemarahannya sudah kendur apabila mendengar
ada cerita terbaik dari tali barutnya itu.
“Cerita gempak punya,” ucap Fiqa lalu ketawa.
“Woi, kau boleh straight to the
point tak? Tak payah nak berputar-belit,” marah Fiqa. Serta merta tawa
Melissa terhenti.
“Yelah, yelah. Danisya kena kahwin paksa,” ujar Melissa.
“Hah!! Kahwin?”jerit Fiqa lantas terbangun dari pembaringan akibat
terkejut dengan berita yang diberitahu oleh Melissa.
“Yup,” akui Melissa. Dia menceritakan segala-galanya tentang apa yang
terjadi kepada Danisya.
“Bagus,teruskan kerja kau. Aku nak tahu lebih lanjut tentang Danisya.
Aku dah tahu apa nak buat nanti,” puji Fiqa lalu menamatkan panggilan tersebut.
Dalam fikirannya sudah bermacam-macam agenda yang dirancangkan untuk Danisya.
‘Siap lah kau Danisya,’ getus Fiqa lalu baring semula di atas katilnya.
Namun matanya tidak mahu terlelap gara-gara terlalu gembira dengan berita yang didengarinya.

No comments:
Post a Comment