BAB 9
Kuliah
Danisya bemula pada pukul 2 petang hari ini. Dia sengaja turun awal ke
universitinya. Sambil menanti pukul 2 petang, Danisya berjalan-jalan di sekitar
universitinya. Tiba-tiba dia terlihat segerombolan para pelajar sedang
mengerumuni papan kenyataan.
‘Asal pula ni?’ tanya Danisya dalam
hati.
“Wei, kenapa ni?” tanya Danisya kepada salah seorang pelajar di situ.
Sejurus Danisya berkata-kata semua
pelajar yang berada di situ menoleh ke arahnya dengan pandangan yang tersirat
seribu makna. Ada pelajar yang sedang berbisik-bisik sesama mereka.
“Isyh, curious betul la,” bisik Danisya lantas mendekati papan kenyataan.
Ada sekeping kertas A4 diletakkan disitu. Danisya tergamam setelah membaca
kertas tersebut.
|
ATTANTION
Pengumuman
penting sangat!!!!!!!
Buat pengetahuan warga Um sekalian,
Cik Danisya kita yang tercinta dari bidang perniagaan akan berkahwin tidak
lama lagi. Malahan dia berkahwin kerana di tangkap kahlwat.
Sekian,
terima kasih.
|
Danisya cepat-cepat mengoyakkan
kertas tersebut dan berlalu dari situ.
“Makhluk mana yang buat benda ni.
Memang dah lama hidup nampaknya. Kalau aku jumpa siapa yang buat benda ni siap
la dia,” marah Danisya sambil berjalan dengan pantas untuk ke dewan kuliahnya. Mukanya
menjadi merah akibat menahan amarah.
Gara-gara berjalan terlalu cepat,
Danisya terlanggar seorang lelaki yang berjalan bertentangan dengannya.
“Isyh, aku dah la tengah panas ni.
Sesedap je langgar aku,” marah Danisya sambil tunduk kerana dia membebel
seorang diri.
“Hello
miss siapa yang langgar siapa hah?”
“Apa miss-miss. Aku tak rindu
kau la. Nama aku Danisya,” marah Danisya lantas mengangkat muka.
“Alamak, bala apa yang datang ni. Malang betul aku hari ini,” bebel
Danisya. Dia terkejut apabila mengetahui orang yang dilanggarnya ialah Danial.
“Ooo, minah senget ni nama Danisya. Kau cakap apa hah?” sindir Danial.
“Takde apa-apa. Bye bye,” ucap Danisya lantas berlalu
meninggalkan Danial.
“Berhenti!! Amboi, dah langgar
orang tu buat la cara dah langgar orang,” tegur Danial.
Danisya lantas berhenti lalu berpusing untuk berhadapan dengan Danial.
“Okey, aku salah, sorry. Enough?” ucap Danisya.
“Sorry?? Hahaha.. Kalau tak
ikhlas baik tak payah minta maaf,” sindir Danial lantas berlalu dari situ.
“Eii, mamat sewel ni aku terajang kang baru tahu. Kang orang tidur kat
rumah, kau tidur kat wad. Kalau dah tahu aku tak ikhlas minta maaf baik tak
payah minta,” bebel Danisya kemudian melangkah menuju ke arah dewan kuliahnya.
“Woi, jauhnya termenung,” tegur Edirul yang mengejutkan lamunan Danial.
“Mana ada aku termenung,” dalih Danial. Sewaktu itu dia, Edirul dan
Safwan berada di kafetaria.
“Teringat Danisya la tu,” teka Edirul.
“Buang masa aku teringat dekat minah senget tu,”
“Oh ye. Cakap pasal minah tu, aku dah dapat informasi tentang dia. Nah,”
ujar Edirul sambil memberikan kertas yang mengandungi biodata Danisya kepada
Danial.
Danial mengambil kertas yang diberikan oleh Edirul lantas membacanya
sepintas lalu.
|
BIODATA
DANISYA BINTI SAIFUDDIN
NAMA : Puteri Danisya Iriana binti
Saifuddin
TARIKH LAHIR : 27 Jun 1993 (20 tahun
pada 2013)
NAMA BAPA : Saifuddin bin Othman
PEKERJAAN BAPA : Nelayan
NAMA IBU : Aisyah binti Ahmad Zulhilmi
PEKERJAAN IBU : Suri rumah
BILANGAN ADIK-BERADIK : 1 (anak
tunggal)
MENETAP : Sungai Isap, Kuantan
|
“Betul ke ni?” tanya Danial. Dia tidak percaya akan isi kandungan
biodata tersebut.
“Betul la tu sebab aku siasat dari pejabat universiti,” jawap Edirul.
“Cekap betul kau ni,” puji Danial.
“Biasalah aku kan, Edirul,”
“Dah-dah, sebelum kau masuk bangkul, angkat sendiri baik aku blah,” ucap
Danial.
“Eh, nanti jap. Hah, aku baru ingat something
bila korang sebut nama Danisya,” ujar Safwan.
“Apa benda?” tanya Danial dan Edirul serentak.
“Petang tadi ada orang letak sekeping kertas dekat papan kenyataan. Lepas orang tu blah aku pergi
la dekat papan tu. And than…,”
“And than?” tanya Danial tidak
sabar.
“Kertas tu tetulis pasal Danisya. Dia nak kahwin sebab kena tangkap
khalwat,” sambung Safwan.
“Hah!!!” jerit Danial dan Edirul.
“Betul ke?” tanya Edirul.
“Entah la aku pun tak tahu betul ke tak,” jawap Safwan.
“Aku tak percayalah dia sanggup buat macam tu,” ucap Edirul.
“Patut pun muka dia merah macam udang kena bakar. Rupa-rupanya dia
tengah marah,” bisik Danial.
“Apa yang kau cakap?” tanya Edirul.
“Eh, takde pape. Jom blah,” ajak Danial.
“Aku pun tak percaya Danisya sanggup buat benda terkutuk tu,” sokong
Danial secara tiba-tiba. Masakan perempuan bertudung macam Danisya sanggup buat
benda terkutuk tu.
Edirul tersenyum. Ini kali pertama Danial back up seorang perempuan.
“Erin..” panggil Danisya.
Semua rakan sekuliahnya asyik menoleh ke arahnya dan saling berbisik-bisik.
“Macam mana cerita ni boleh keluar?” tanya Danisya. Fitnah yang dilemparkan tidak sedikit pun menganggunya. Bagi Danisya kalau berada di pihak yang benar buat apa nak takut. Be cool.
“Entah.. Sabar ea Isya..,”
“Woi, perempuan murahan. Tak sangka aku kau ni
perempuan yang macam tu. Ingatkan alim sangat. Pakai tudung, tutup aurat la.
Tapi hampeh. Alim-alim tahi kucing. Astarfirullahalhazim. Tak sanggup aku nak
cakap,” sindir Fiqa. Percakapan Erin serta merta terhenti.
“Wei, kau jangan main tuduh-tuduh. Aku tak
buat pun semua tu. Jangan nak fitnah aku sesuka hati,” marah Danisya.
“Hey guys, you all percaya ke apa yang poorest kita cakap?” tanya Fiqa. Ada
rakan mereka yang menggeleng, ada juga yang mengangguk.
“See diaorang semua tak percaya dekat kau.
Al-maklumlah orang miskin macam kau ni sanggup lakukan apa sahaja untuk jadi
kaya. Gadai body pun sanggup,” sindir
Fiqa.
“Cukup!!
Aku bukan macam yang kau cakap. Kalau kau nak tahu aku ni…,” Percakapan Danisya
terhenti. Nasib dia tidak terlepas cakap perkara yang sebenarnya. Danisya
mengemas buku-bukunya dan terus berlalu keluar
“Tahu
apa hah Danisya?? Tahu yang kau dah mengandungkan anak luar nikah. OMG,” jerit Fiqa
masih terus menerus mahu menfitnah Danisya.
“Fiqa, cukup-cukup la nak menfitnah orang. Jangan-jangan kau yang tampal kertas tu kat papan kenyataan kan?”
serkap Erin.
“Hah,
kertas apa? Bukan aku. Aku terbaca je,” bohong Fiqa lantas berlalu ke tempat
duduknya.
Erin cepat-cepat mengemas peralatannya dan
bergegas mengejar langkah Danisya.
“Sabar ye Danisya. Ni salah satu ujian untuk kau,” nasihat Erin.
“Lepas satu satu aku diuji. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun
pasal kes kahwin tu kecuali dekat kau dan…”
“Melissa,” potong Erin.
“Kau fikir tak apa yang aku fikir?” tanya Erin.
“Tapi kita tak boleh tuduh dia tanpa bukti. Lagi pun aku tak percaya la
dia buat macam tu. Muka dia nampak baik je,” ucap Danisya.
“Isya,
kita tak boleh menilai seseorang dari rupa. Kita tak tahu lagi sikap dia yang
sebenar. Ni lah problem kau, mudah
sangat percayakan seseorang. Sampai dia pijak kepala kau pun kau tak sedar,”
marah Erin.
“Lagi pun takkan aku yang tampal kertas tu. Bodoh lah aku nak aniya bestfriend aku sendiri,” sambung Erin.
“Aku mesti siasat perkara ni. Jom balik rumah sewa aku,” ajak Danisya.

No comments:
Post a Comment