BAB 10
Danisya dan Erin cepat-cepat pulang ke rumah
sewa Danisya. Mereka berjalan perlahan-lahan ke arah bilik Melissa. Tiba-tiba
mereka terdengar suara Melissa sedang berbual dengan seseorang melalui telefon
bimbit.
“So, apa reaksi minah tu bila terbaca
pasal artikel tu?” tanya Melissa kepada pemanggil tersebut.
“Hahahaha, betul ke? Padan muka dia. Dah lama aku nak malukan dia satu
universiti. Dia ada syak apa-apa tak?” tanya Melissa lagi.
“Hah, Erin tanya kau macam tu.”
“Nasib baik kau pandai kelentong.
Kalau diaorang dapat tahu habis lah kita.”
“Okey la. Nanti balik minah
tu mati pula aku kalau dia terdengar perbualan kita ni. Bye,” ucap Melissa
seraya menamatkan panggilan. Dia masih tidak menyedari akan kepulangan Danisya.
Setelah itu dia terus membuka pintu biliknya. Serta-merta handphone yang dipegangnya terjatuh ke lantai akibat terlalu
terkejut akan kepulangan Danisya dan Erin.
“Eh, korang bila balik?” tanya
Melissa sedikit tergagap. Dia lantas mengambil handphonenya yang terjatuh tadi.
“Asal kau terkejut tengok kiteorang.
Macam kiteorang ni hantu je,”tegur Danisya.
“Macam mana aku tak terkejut kalau
tiba-tiba korang berdiri tegak kat depan pintu bilik aku nie macam pak guard,” gurau Melissa untuk menutup perasaan gugupnya.
“Sebab dengan jadi pak guard la kiteorang sempat dengar
perbualan kau,” sindir Erin.
“Aku borak dengan Imran je,” tipu Melissa.
“Apalagi yang kau nak bohong?” tanya
Danisya dalam nada yang keras.
“Aku tak sangka kau macam ni. Kau
sanggup tikam aku dari belakang. Apa jenis kawan la kau ni?”sembur Danisya.
“Isya apa yang kau merapu ni?” tanya
Melissa sambil membuat muka tidak bersalah.
“Kau jangan buat muka innocent la. Tembelang kau dah pecah.
Tak payah nak cover-cover. Kau ingat
kami tak tahu segala-galanya ke?” ucap Erin. Erin cepat-cepat merakam perbualan
di antara Danisya dan Melissa secara sembunyi-sembunyi.
“Apa salah aku dekat kau sampai
kau buat aku macam ni?” tanya Danisya. Suaranya sedikit terketar kerana menahan
tangisannya daripada terhambur keluar.
“Okey, fine. Korang dah tahu kan siapa sebenarnya aku. Nilah sikap
sebenar aku. Aku minta duduk dekat rumah sewa kau ni pun sebab aku kena intip
segala gerak-geri kau. Aku dah lama sakit hati dengan kau. Kau dah lupa ke muka
ni yang kau bawa pergi menghadap kounselor sebab kena tangkap khalwat tiga tahun dahulu. Sebab kau lah aku brake
dengan pakwe aku. Malah aku turut dapat malu,” luah
Melissa.
Danisya terdiam. Dia teringat
akan kes dia menangkap pelajar sekolah menengah tengah bercumbuan di belakang bangunan sekolah tiga tahun lepas. Dia tidak ingat akan wajah pelajar tersebut.
“Dah ingat? Kalau kau nak tahu
Fiqa tu bestfriend aku. Kiteorang
kacip gila. Dia sanggup nak bantu aku malukan kau. Aku happy gila lepas kau dimalukan di seluruh universiti. Puas hati
aku. Pengumuman tu, aku dengan Fiqa yang buat. Kami yang tampal dekat papan
kenyataan. Padan muka kau. Rasalah kau macam mana aku rasa hari tu. Aku akan
pastikan kau dimalukan habis-habisan. Aku takkan berhenti dari mengacau hidup
kau. Aku yang cadangkan dekat Fiqa untuk tukarkan fakta yang kau kena kahwin
disebabkan kau ditangkap khlawat,” terang Melissa.
“Aku nak kau keluar dari rumah ni
sekarang,” arah Danisya.
“Hey, aku tak heren la kau halau
aku keluar. Aku tak hingin pun duduk dengan kau. Menghadap kau setiap hari buat
aku meluat la. Daripada aku menghadap muka kau baik aku menghadap muka pakwe
aku. Ada faedahnya juga. Aku tak layak la kawan dengan korang yang miskin-miskin
ni,” ucap Melissa sambil tangannya tangkas mengemas pakaiannya ke dalam sebuah
beg.
“Oh ye, aku lupa nak cakap dengan
korang. Aku bukan kawan korang. Korang salah orang la. Aku tak pernah ada kawan semiskin korang,” tengking
Melissa sambil melintasi Danisya dan Erin.
“Mel, aku ada hadiah untuk kau.
Sebab kau dah berjaya tipu aku bulat-bulat. Nah,” sewaktu Melissa memusingkan
wajahnya menghadap Danisya, “pang”, Danisya cepat-cepat menghadiahkan Melissa
sebuah penampar. Jatuh terjelepok Melissa dibuatnya. Kuat juga penampar Danisya.
“Terima kasih sebab pernah jadi
salah satu daripada kawan aku. Aku tak pernah menyesal sebab kenal kau. Aku pun tak hadap nak ada kawan macam kau, back stabbing,” ucap Danisya. Melissa melangkah dengan laju
untuk meninggalkan rumah tersebut.
Setelah Melissa meninggalkan rumah
tersebut, Danisya jatuh terjelepok.
“Isya,” panggil Erin sambil
mengusap-usap belakamg Danisya.
“Tak sangka aku dia sanggup tikam aku dari
belakang. Aku dah anggap dia macam kawan aku yang paling rapat. Aku betul-betul
tak sangka,” adu Danisya sambil mengelap air matanya.
“Isya, dari dulu lagi aku tak
percayakan Melissa. Aku dah cakap dekat kau kan. Tapi kau degil. Tak nak
percaya pun cakap aku. Kau percaya sangat si Mel tu. Dah la Isya, perkara dah
berlaku apa boleh buat,” nasihat Erin sambil menenangkan Danisya.
“Erin kau takkan buat aku macam
tu kan?”tanya Danisya.
“InsyaAllah, aku takkan pernah
putuskan persahabatan kita. Kau la kawan aku dunia akhirat,”
“Terima kasih Erin. Aku sayang
kau sangat-sangat,” ucap Danisya lantas memeluk Erin.
“Dah-dah. Aku teman kau ea hari
ini. Aku call ayah aku dulu,” minta
Erin. Danisya hanya mengangguk tanda membenarkan. Erin menelefon ayahnya untuk
meminta kebenaran. Familynya sudah
menggenali Danisya. Malah, Danisya juga sering bertandang ke rumahnya.
“Kau dah okey ke?” tanya Erin
setelah menamatkan panggilan.
“Alhamdulillah, dah okey sikit.
Jom solat Asar dulu,” ajak Danisya.
“Jom,”
Usai menunaikan solat Asar,
mereka melepak di ruang tamu.
“Nak tahu tak macam mana nak
bersihkan nama kau?” tanya Erin memecahkan kesunyian.
“Macam mana?” tanya Danisya
pula.
“Tadaaa,”ucap Erin sambil
menayangkan handphonenya.
“Buat apa pula kau tayang phone kau depan aku?” tanya Danisya
kehairanan.
“Adui, datang dah lampi dia.
Pening aku,” ujar Erin sambil menepuk dahinya.
“Asalnya? Aku tak faham apa
maksud kau. So, aku tanya la,” ucap Danisya.
“Yelah-yelah. Waktu kau gaduh
dengan Mel tadi aku sempat rakam segala perbualan korang. Kau fikir tak apa
yang aku fikir?”
“Mana aku tahu apa yang kau
fikir. Bukannya aku ada kuasa psikik nak tahu apa yang bermain di kepala otak
kau tu.”
“Adui, apa la masalah kepala kau
ni. Kau wait and see je lah apa yang
aku nak buat esok,” ucap Erin sambil tersenyum. Dia sudah merangka rancangan
untuk mengenakan Fiqa dan Melissa.
Danisya tergeleng kehairanan.
Ada lah tu rancangan nakal yang sedang direka oleh Erin.
**************************
“Hello, Fiqa. Kita ada problem ni. Minah tu dah tahu la siapa
aku,” ucap Melissa setelah Fiqa menjawap panggilannya.
“Hah, macam mana dia boleh tahu?
Kau ni cuai sangat la, Bodoh,” marah Fiqa.
“Asal aku pula yang cuai? Salah
siapa yang call aku, yang tak sabar-sabar
sangat nak beritahu aku pasal Danisya?” sindir Melissa.
“Okey, okey pastu apa jadi?” tanya
Fiqa tidak sabar menantikan cerita Melissa.
“Dia halau aku keluar dari rumah
sewa. Aku boleh tinggal dengan kau tak?” pohon Melissa.
“Hah, tinggal dengan aku?? Aa..
erm.. hah, kau datang ke kelab yang biasa kita pergi. Aku kasi kau kunci
apartment aku. Kau tinggal dekat apartment aku buat masa ni ea,”
“Kenapa?”
“Aku bukan tak nak kau tinggal
dengan aku tapi aku takut si Azwan datang cari kau dekat rumah aku,” bohong
Fiqa tanpa menanti Melissa menghabiskan ayatnya. Azwan ialah bekas teman lelaki
Erin. Erin meminta putus dengan lelaki itu kerana lelaki itu pernah cuba untuk
meragut kehormatannya. Tetapi lelaki itu tidak bersetuju untuk memutuskan
hubungan. Azwan takkan pernah berhenti mencarinya untuk melempiaskan nafsunya itu
semata-mata. Disebabkan itu Melissa tinggal di rumah sewa Danisya agar Azwan tidak dapat menjumpainya.
“Erm, betul juga tu. Okey lah.
Kejap lagi aku sampai,” akui Melissa.
“Cop,cop. Siapa lagi yang tahu
pasal kebenaran tu?” tanya Fiqa.
“Danisya dengan Erin je. Aku rasa
kita selamat kot. Ada ke orang nak percaya cakap diaorang kalau diaorang
hebohkan pasal kita,”
“Betul juga. Cepat sikit. Aku dah
nak blah ni,” gesa Fiqa.
“Okey. Bye,” ucap Melissa seraya
menamatkan panggilan.

No comments:
Post a Comment