Saturday, 25 May 2013

1 2 3 Cinta 12


BAB 12




     Fiqa tidak menghadiri kuliahnya pada hari itu. Dia menuju ke arah apartmentnya untuk berjumpa Melissa.
             
     “Asal kau bodoh sangat hah!!! Perkara ni pun kau tak boleh handle. Tengok apa yang dah jadi. Kau dah kena halau. Menyusahkan aku je. Pastu pulak sekarang kita dimalukan di universiti. Hari tu sure sangat kita takkan kena apa-apa. Yang kau tak perasan akan rakaman tu kenapa. Bodoh!!!,” sumpah Fiqa.
             
     “Woi, aku mana tahu si Erin tu ada rakaman tu. Kalau aku tahu takde maknanya aku nak berdiam diri dekat situ,” marah Melissa pula.
             
     “Kalau, kalau, kalau!!! Apa yang ada pada kalau. Kau tahu tak waktu si Erin tu buat pengumuman tu aku tengah tackle Danial. Dah la ada kawan-kawan dia. Malu aku,” sembur Fiqa.
             
     “ Disebabkan pengumuman bodoh tu juga la Danial dan kawan-kawan dia terus blah macam tu je. Yang aku sakit hati ni, aku baru je nak serang Danisya tetiba Danial tarik lengan minah tu dan terus blah. Sakit gila hati aku. Aku ni suka gila dekat Danial. Sampaikan aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan dia. Hatta, bunuh orang pun aku sanggup,”  luah Fiqa.
             
     “Habis tu kau nak aku buat apa? Pergi bunuh dia,” marah Melissa.
             
     “Ikutkan hati aku,memang dah lama aku bunuh dia. Tapi kan, Danial kenal ke Danisya tu siapa, sampai dia sanggup nak selamatkan Danisya dari kena serang?” tanya Fiqa kemarahannya sedikit lega.
             
     “Kau pergi lah siasat. Kau kan banyak duit,” cadang Melissa.
             
     “Betul juga,” Fiqa segera berlalu meninggalkan apartmentnya itu.
             
     Akibat bertegang urat dengan Fiqa tadi, mood tidur Melissa sudah hilang.

   **************************
      
     Malam itu Danisya membongkarkan segala rahsia mengenai siapa dirinya yang selama ini disembunyikan. Seperti yang dijangka Erin terkejut dan tergamam dengan cerita Danisya.
            
     “You must be kidding,” ucap Erin tidak percaya.
            
     “Aku cakap perkara betul la. Aku percaya dekat kau, so sebab tu lah aku cerita semua ni,” akui Danisya.
            
     “So, Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah tu parents kau bukan majikan kau?” tanya Erin.
              
     Danisya mengganguk mengiyakan.
              
     “Kau anak orang kaya la?” tanya Erin lagi.
              
     Sekali lagi Danisya mengganguk.
              
     “Maknanya kau bukan orang miskin la?”
             
     Danisya mengganguk sekali lagi.
             
     “Kau masuk universiti tu bukan atas biasiswa la?” soal Erin.
             
     “Woi, dah-dah la tu. Mau patah tengkuk aku asyik mengganguk. Dah macam burung belatuk pun ada,” tegur Danisya.
             
     “Hehehe, tak percaya aku selama ni aku berkawan dengan anak Tan Sri. Kecil pulak aku rasa,” luah Erin.
             
     “Kau nak aku tampar kau laju-laju ke? Anak Tan Sri ke, anak Dato’ ke, anak nelayan ke semua sama. Ada  mata, ada telinga, ada mulut,” ucap Danisya.
             
     “Yelah, yelah,”
             
     “Kau marah aku ke?” tanya Danisya.
             
     “Marah sebab apa?” soal Erin.
              
     “Sebab aku tipu korang pasal siapa aku yang sebenarnya,”
              
     “Oh pasal tu. Aku tak kisah pun. Lagi pun kau buat macam tu untuk kebaikan kan. Lagi pun bak kata kau semua orang sama je, ada mata, ada telinga,ada hidung,” jawab Erin.
              
     “Kau lah kawan aku sehidup semati,” jerit Danisya kegembiraan.
              
     “Kau pun sama. Harap-harap kita jadi bestfriend forever,” ucap Erin.
              
     “Okey, I promise,”
              
     Mereka berdua saling berpelukan.

No comments:

Post a Comment