Wednesday, 24 April 2013

1 2 3 Cinta 11


BAB 11


  Keesokan harinya, Erin cepat-cepat menuju ke arah pejabat universiti. Danisya yang datang ke universiti bersama-samanya ditinggalkan berjalan keseorangan.
                 
     “Isyh, mana pula si Erin ni menghilangkan diri. Sekejap ada, sekejap takde. Aku baru je pot pet pot pet dengan dia tadi. Tup,Tup dia hilang pula,” bebel Danisya seorang diri.
                 
     Sedang dia berjalan-jalan, dia ternampak Fiqa sedang bercakap dengan Danial dan kawan-kawannya. Danial seperti endah tak endah je bercakap dengan Fiqa. Tiba-tiba dia terdengar satu pengumuman.
                 
     “Erm, assalamualaikum dan selamat pagi,”
                 
     Danisya seperti mendengar suara Erin yang memberi pengumuman. Serentak itu, langkah kakinya terhenti secara automatik.
                 
     “Saya disini untuk menegakkan satu kebenaran buat bestfriend saya. Sebelum tu biar saya memperkenalkan diri saya dulu. Saya Erin dari falkuti perniagaan. Saya adalah classmate Danisya merangkap bestfriendnya. Saya ingin tegaskan ini adalah kebenaran bukan rekaan semata-mata. So, sila dengar rakaman ini dan hayati setiap butir bicara mereka,” ucap Erin lantas memasang rakaman yang dirakamnya sewaktu Danisya sedang bergaduh dengan Melissa.
                  
     Terdengar suara Danisya sedang berkata-kata.
                             
     “Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni?” 
              
     “Okey, fine. Korang dah tahu kan siapa sebenarnya aku. Nilah sikap sebenar aku. Aku minta duduk dekat rumah sewa kau ni pun sebab aku kena intip segala gerak-geri kau. Aku dah lama sakit hati dengan kau. Kau dah lupa ke muka ni yang kau bawa pergi menghadap kounselor sebab kena tangkap khalwat tiga tahun dahulu. Sebab kau lah aku brake dengan pakwe aku. Malah aku turut dapat malu,” luah Melissa.
              
     “Dah ingat? Kalau kau nak tahu Fiqa tu bestfriend aku. Kiteorang kacip gila. Dia sanggup nak bantu aku malukan kau. Aku happy gila lepas kau dimalukan di seluruh universiti. Puas hati aku. Pengumuman tu, aku dengan Fiqa yang buat. Kami yang tampal dekat papan kenyataan. Padan muka kau. Rasalah kau macam mana aku rasa hari tu. Aku akan pastikan kau dimalukan habis-habisan. Aku takkan berhenti dari mengacau hidup kau. Aku yang cadangkan dekat Fiqa untuk tukarkan fakta yang kau kena kahwin disebabkan kau ditangkap khlawat,” terang Melissa.
             
     “Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang,” arah Danisya.
             
     “Hey, aku tak heren la kau halau aku keluar. Aku tak hingin pun duduk dengan kau. Menghadap kau setiap hari buat aku meluat la. Daripada aku menghadap muka kau baik aku menghadap muka pakwe aku. Ada faedahnya juga. Aku tak layak la kawan dengan korang yang miskin-miskin ni,” ucap Melissa.
             
     “Oh ye, aku lupa nak cakap dengan korang. Aku bukan kawan korang. Korang salah orang la. Aku tak pernah ada kawan semiskin korang,” tengking Melissa.
             
     “Mel, aku ada hadiah untuk kau. Sebab kau dah berjaya tipu aku bulat-bulat. Nah,” terdengar pula suara Danisya

     “Pang.”
             
     “Terima kasih sebab pernah jadi salah satu daripada kawan aku. Aku tak pernah menyesal sebab kenal kau. Aku pun tak hadap nak ada kawan macam kau, back stabbing,” ucap Danisya. Setelah itu Erin menamatkan rakaman tersebut.
              
     “Sekarang korang dah dengar kan. Jadi korang fikirlah siapa salah dan siapa betul. Kalau korang tak percaya ikut suka hati korang lah, ini adalah kebenaran. Assalamualaikum dan selamat beramah,” ucap Erin seraya menamatkan pengumuman.
              
     Danial yang sedang bercakap dengan Fiqa serta merta terhenti bercakap lantas dia merenung Fiqa.
              
     “Danial tu tak benar. Itu tipu je. Fiqa takkan buat macam tu. Danial percaya kan kata-kata Fiqa?” rengek Fiqa.
              
     “Ada aku peduli ke? Guys jom blah. Korang dengarkan apa yang terjadi. Aku tak nak bersubahat dengan seorang penfitnah,” sindir Danial.
              
     “Danial,” jerit Fiqa.
              
     Danial tidak mempedulikan panggilan Fiqa.
              
     “Kan aku dah kata minah tu tak kan buat benda terkutuk tu,” ujar  Danial seraya tersenyum.
              
     Sekali lagi Edirul pelik akan kawannya itu.
              
     Fiqa ternampak akan Danisya yang sedang berdiri tegak sambil mengelamun. Lantas dia menuju ke arah Danisya dalam keadaan marah. Danial turut terpandang akan Danisya. Dia juga ternampak Fiqa yang sedang menghampiri Danisya yang terpinga-pinga. Danial terus menuju ke arah Danisya. Kawan-kawannya hanya melihat tindakan Danial.
              
     Belum sempat Fiqa menyerang Danisya, Danial cepat-cepat menarik lengan Danisya dan berlalu dari situ. Fiqa tergamam dengan tindakan Danial.
             
     Danisya hampir terjatuh apabila Danial menarik lengannya. Nasib baik beralas kalau tak mahu dihempuknya si Danial tu.
              
     “Hello, brother apa main tarik- tarik ni? Aku boleh jalan sendiri lah,” ucap Danisya sambil berhati-hati melangkah mengikut langkah kaki Danial.
             
     “Kau ikut je lah,” jawab Danial.
             
     “Adui, tahu la lengan aku ni lembut, kecil pula tu. Sedap je dipegang. Tapi agak- agak la nak pegang lengan anak dara orang. Nasib baik ada alas kalau tak aku back hand kang, mamat sewel,” bisik Danisya perlahan. Namun tahu-tahu la Danisya, berbisik pun macam tengah bercakap. Tak boleh control volume betul. Kata-kata Danisya didengari oleh semua rakan- rakan Danial termasuklah Danial. Lantas Edirul, Safwan, Ikhwan dan Zarif menahan diri dari tergelak. Danial menjeling pada rakan-rakannya.    
            
     “Kau jangan nak berasa boleh tak. Aku just nak selamatkan kau dari kena serang dengan minah gedik tu,” ujar Danial seraya melepaskan pegangannya. Sebenarnya dia terlupa yang dia sedang memegang lengan Danisya.
            
     “Hah?? Adui volume suara aku ni tak boleh control betul. Memalukan aku je,” ucap Danisya pada dirinya sambil menepuk mulutnya.
            
     “Minah gedik tu siapa? Aku ke?” tanya Danisya.
            
     “Kau minah senget la. Minah gedik tu Fiqa la. Lambat pick up betul la kau ni,” jawab Danial. Sesedap rasa je dia kutuk orang.
            
     “Humph, sorang lagi kata aku lampi. Eh, lupa nak perkenalkan diri, saya Danisya,” ujar Danisya seraya memperkenalkan dirinya pada kawan- kawan Danial.
            
     Safwan, Zarif, Edirul dan Ikhwan juga memperkenalkan diri masing-masing.
            
     “Wei, kau dah sampai kelas. Pergi la masuk,” arah Danial menghentikan perbualan yang rancak di antara Danisya dan kawan- kawannya.
           
     “Eh, cepatnya. Baru je nak berborak panjang. Takpelah lain kali je lah ye. Thanks ye, Safwan, Zarif, Edirul, Ikhwan sebab teman saya sampai ke kelas. Bye,” Dia sengaja tidak menyebut nama Danial kerana dia mahu Danial tahu yang dia sedang marah padanya.
           
     “Woi, minah senget, aku yang bersusah payah selamatkan kau, langsung kau tak ucapkan terima kasih. Diaorang yang tak buat apa-apa, kau ucapkan terima kasih pulak,” jerit Danial. Aik, lembu punya susu, sapi dapat nama. Aku penat-penat tolong, orang lain dapat nama.
          
     “Relax la. Terima kasih je kot,” ucap Safwan sambil menepuk bahu Danial.
          
     “Kau jealous ea?” tanya Edirul. 
          
     “Huuuuuh, buat apa aku jealous. Buang masa je. Jom la blah,” ajak Danial. Panas hatinya dengan tindakan Danisya. Rakan-rakannya hanya mentertawakannya.

**************************

     “Woi, asal kau tak beritahu aku dulu pasal rancangan kau ni. Terkejut beruk aku,” sembur Danisya.
          
     “Malam semalam aku dah cakap kan. Kau tu yang lampi sangat,” sindir Erin.
          
     “Ergh, whatever. Anyway thanks. Aku hargai tindakan kau,” akui Danisya.
           
     “Confirm Fiqa tak masuk kelas hari ini,” ujar Erin.
           
     “Ye kot. Aku nampak dia marah gila kat aku. Siap nak serang aku lagi tadi,”
           
     “Hehehe,padan muka dia. Yang pasti mission kita complete,” ujar Erin.  
           
     “Danisya kami nak minta maaf sebab percaya bulat-bulat pada kata-kata Fiqa dan turut sama menfitnah kau. Sorry ea,” ucap beberapa orang kawan sekelasnya.
            
     “Takpe, takpe. Biasalah manusia memang macam tu takkan lari dari melakukan kesilapan,” ujar Danisya.
            
     “Terima kasih Danisya,”
            
     Danisya memandang Erin dan mereka melakukan high five.
            
     “Berani kau ea. Tak sangka kau sanggup buat benda macam tu demi aku,“
            
     “What friend for,” ucap Erin.        
            
     “Aku sayang sangat kawan aku ni. Kalau aku ada abang dah lama aku pinangkan kau,” gurau Danisya.
             
     “Tak payah nak mengada-ngada. Sekarang dah settle pun masalah kau,”
              
     “Yup, wei kau lepak rumah aku lagi malam ni ea,” ajak Danisya.
             
     “Memang itu yang aku tunggu-tunggu,” setuju Erin.

Monday, 15 April 2013

1 2 3 Cinta 10


BAB 10


     Danisya dan Erin cepat-cepat pulang ke rumah sewa Danisya. Mereka berjalan perlahan-lahan ke arah bilik Melissa. Tiba-tiba mereka terdengar suara Melissa sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit.
         
     “So, apa reaksi minah tu bila terbaca pasal artikel tu?” tanya Melissa kepada pemanggil tersebut.
        
     “Hahahaha, betul ke? Padan muka dia. Dah lama aku nak malukan dia satu universiti. Dia ada syak apa-apa tak?” tanya Melissa lagi.
         
     “Hah, Erin tanya kau macam tu.”
         
     “Nasib baik kau pandai kelentong. Kalau diaorang dapat tahu habis lah kita.”
         
     “Okey la. Nanti balik minah tu mati pula aku kalau dia terdengar perbualan kita ni. Bye,” ucap Melissa seraya menamatkan panggilan. Dia masih tidak menyedari akan kepulangan Danisya. Setelah itu dia terus membuka pintu biliknya. Serta-merta handphone yang dipegangnya terjatuh ke lantai akibat terlalu terkejut akan kepulangan Danisya dan Erin.
          
     “Eh, korang bila balik?” tanya Melissa sedikit tergagap. Dia lantas mengambil handphonenya yang terjatuh tadi.
          
     “Asal kau terkejut tengok kiteorang. Macam kiteorang ni hantu je,”tegur Danisya.
          
     “Macam mana aku tak terkejut kalau tiba-tiba korang berdiri tegak kat depan pintu bilik aku nie macam pak guard,” gurau Melissa untuk menutup perasaan gugupnya.
         
     “Sebab dengan jadi pak guard la kiteorang sempat dengar perbualan kau,” sindir Erin.
       
     “Aku borak dengan Imran je,” tipu Melissa.
          
     “Apalagi yang kau nak bohong?” tanya Danisya dalam nada yang keras.
          
     “Aku tak sangka kau macam ni. Kau sanggup tikam aku dari belakang. Apa jenis kawan la kau ni?”sembur Danisya.
          
     “Isya apa yang kau merapu ni?” tanya Melissa sambil membuat muka tidak bersalah.
          
     “Kau jangan buat muka innocent la. Tembelang kau dah pecah. Tak payah nak cover-cover. Kau ingat kami tak tahu segala-galanya ke?” ucap Erin. Erin cepat-cepat merakam perbualan di antara Danisya dan Melissa secara sembunyi-sembunyi.
             
     “Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni?” tanya Danisya. Suaranya sedikit terketar kerana menahan tangisannya daripada terhambur keluar.
              
     “Okey, fine. Korang dah tahu kan siapa sebenarnya aku. Nilah sikap sebenar aku. Aku minta duduk dekat rumah sewa kau ni pun sebab aku kena intip segala gerak-geri kau. Aku dah lama sakit hati dengan kau. Kau dah lupa ke muka ni yang kau bawa pergi menghadap kounselor sebab kena tangkap khalwat tiga tahun dahulu. Sebab kau lah aku brake dengan pakwe aku. Malah aku turut dapat malu,” luah Melissa.
               
     Danisya terdiam. Dia teringat akan kes dia menangkap pelajar sekolah menengah tengah bercumbuan di belakang bangunan sekolah tiga tahun lepas. Dia tidak ingat akan wajah pelajar tersebut.
              
     “Dah ingat? Kalau kau nak tahu Fiqa tu bestfriend aku. Kiteorang kacip gila. Dia sanggup nak bantu aku malukan kau. Aku happy gila lepas kau dimalukan di seluruh universiti. Puas hati aku. Pengumuman tu, aku dengan Fiqa yang buat. Kami yang tampal dekat papan kenyataan. Padan muka kau. Rasalah kau macam mana aku rasa hari tu. Aku akan pastikan kau dimalukan habis-habisan. Aku takkan berhenti dari mengacau hidup kau. Aku yang cadangkan dekat Fiqa untuk tukarkan fakta yang kau kena kahwin disebabkan kau ditangkap khlawat,” terang Melissa.
             
     “Aku nak kau keluar dari rumah ni sekarang,” arah Danisya.
             
     “Hey, aku tak heren la kau halau aku keluar. Aku tak hingin pun duduk dengan kau. Menghadap kau setiap hari buat aku meluat la. Daripada aku menghadap muka kau baik aku menghadap muka pakwe aku. Ada faedahnya juga. Aku tak layak la kawan dengan korang yang miskin-miskin ni,” ucap Melissa sambil tangannya tangkas mengemas pakaiannya ke dalam sebuah beg.
             
     “Oh ye, aku lupa nak cakap dengan korang. Aku bukan kawan korang. Korang salah orang la. Aku tak pernah ada kawan semiskin korang,” tengking Melissa sambil melintasi Danisya dan Erin.
             
     “Mel, aku ada hadiah untuk kau. Sebab kau dah berjaya tipu aku bulat-bulat. Nah,” sewaktu Melissa memusingkan wajahnya menghadap Danisya, “pang”, Danisya cepat-cepat menghadiahkan Melissa sebuah penampar. Jatuh terjelepok Melissa dibuatnya. Kuat juga penampar Danisya. 
             
     “Terima kasih sebab pernah jadi salah satu daripada kawan aku. Aku tak pernah menyesal sebab kenal kau. Aku pun tak hadap nak ada kawan macam kau, back stabbing,” ucap Danisya. Melissa melangkah dengan laju untuk meninggalkan rumah tersebut.
             
     Setelah Melissa meninggalkan rumah tersebut, Danisya jatuh terjelepok.
            
     “Isya,” panggil Erin sambil mengusap-usap belakamg Danisya.
            
     “Tak sangka aku dia sanggup tikam aku dari belakang. Aku dah anggap dia macam kawan aku yang paling rapat. Aku betul-betul tak sangka,” adu Danisya sambil mengelap air matanya.
            
     “Isya, dari dulu lagi aku tak percayakan Melissa. Aku dah cakap dekat kau kan. Tapi kau degil. Tak nak percaya pun cakap aku. Kau percaya sangat si Mel tu. Dah la Isya, perkara dah berlaku apa boleh buat,” nasihat Erin sambil menenangkan Danisya.
                
     “Erin kau takkan buat aku macam tu kan?”tanya Danisya.
                
     “InsyaAllah, aku takkan pernah putuskan persahabatan kita. Kau la kawan aku dunia akhirat,”
                
     “Terima kasih Erin. Aku sayang kau sangat-sangat,” ucap Danisya lantas memeluk Erin.
                
     “Dah-dah. Aku teman kau ea hari ini. Aku call ayah aku dulu,” minta Erin. Danisya hanya mengangguk tanda membenarkan. Erin menelefon ayahnya untuk meminta kebenaran. Familynya sudah menggenali Danisya. Malah, Danisya juga sering bertandang ke rumahnya.
                
     “Kau dah okey ke?” tanya Erin setelah menamatkan panggilan.
                
     “Alhamdulillah, dah okey sikit. Jom solat Asar dulu,” ajak Danisya.
                
     “Jom,”
                
     Usai menunaikan solat Asar, mereka melepak di ruang tamu.
                
     “Nak tahu tak macam mana nak bersihkan nama kau?” tanya Erin memecahkan kesunyian.
                
     “Macam mana?” tanya Danisya pula.
                
     “Tadaaa,”ucap Erin sambil menayangkan handphonenya.
                
     “Buat apa pula kau tayang phone kau depan aku?” tanya Danisya kehairanan.
                
     “Adui, datang dah lampi dia. Pening aku,” ujar Erin sambil menepuk dahinya.
               
     “Asalnya? Aku tak faham apa maksud kau. So, aku tanya la,” ucap Danisya.
               
     “Yelah-yelah. Waktu kau gaduh dengan Mel tadi aku sempat rakam segala perbualan korang. Kau fikir tak apa yang aku fikir?”
               
     “Mana aku tahu apa yang kau fikir. Bukannya aku ada kuasa psikik nak tahu apa yang bermain di kepala otak kau tu.”
               
     “Adui, apa la masalah kepala kau ni. Kau wait and see je lah apa yang aku nak buat esok,” ucap Erin sambil tersenyum. Dia sudah merangka rancangan untuk mengenakan Fiqa dan Melissa.
                
     Danisya tergeleng kehairanan. Ada lah tu rancangan nakal yang sedang direka oleh Erin.

**************************
              
     “Hello, Fiqa. Kita ada problem ni. Minah tu dah tahu la siapa aku,” ucap Melissa setelah Fiqa menjawap panggilannya.
              
     “Hah, macam mana dia boleh tahu? Kau ni cuai sangat la, Bodoh,” marah Fiqa.
             
     “Asal aku pula yang cuai? Salah siapa yang call aku, yang tak sabar-sabar sangat nak beritahu aku pasal Danisya?” sindir Melissa.
             
     “Okey, okey pastu apa jadi?” tanya Fiqa tidak sabar menantikan cerita Melissa.
            
     “Dia halau aku keluar dari rumah sewa. Aku boleh tinggal dengan kau tak?” pohon Melissa.
            
     “Hah, tinggal dengan aku?? Aa.. erm.. hah, kau datang ke kelab yang biasa kita pergi. Aku kasi kau kunci apartment aku. Kau tinggal dekat apartment aku buat masa ni ea,”
             
     “Kenapa?”
             
     “Aku bukan tak nak kau tinggal dengan aku tapi aku takut si Azwan datang cari kau dekat rumah aku,” bohong Fiqa tanpa menanti Melissa menghabiskan ayatnya. Azwan ialah bekas teman lelaki Erin. Erin meminta putus dengan lelaki itu kerana lelaki itu pernah cuba untuk meragut kehormatannya. Tetapi lelaki itu tidak bersetuju untuk memutuskan hubungan. Azwan takkan pernah berhenti mencarinya untuk melempiaskan nafsunya itu semata-mata. Disebabkan itu Melissa tinggal di rumah sewa  Danisya agar Azwan tidak dapat menjumpainya.
             
     “Erm, betul juga tu. Okey lah. Kejap lagi aku sampai,” akui Melissa.
             
     “Cop,cop. Siapa lagi yang tahu pasal kebenaran tu?” tanya Fiqa.
             
     “Danisya dengan Erin je. Aku rasa kita selamat kot. Ada ke orang nak percaya cakap diaorang kalau diaorang hebohkan pasal kita,”
             
     “Betul juga. Cepat sikit. Aku dah nak blah ni,” gesa Fiqa.
             
     “Okey. Bye,” ucap Melissa seraya menamatkan panggilan.

1 2 3 Cinta 9


BAB 9


     Kuliah Danisya bemula pada pukul 2 petang hari ini. Dia sengaja turun awal ke universitinya. Sambil menanti pukul 2 petang, Danisya berjalan-jalan di sekitar universitinya. Tiba-tiba dia terlihat segerombolan para pelajar sedang mengerumuni papan kenyataan.
         
     ‘Asal pula ni?’ tanya Danisya dalam hati.
        
     “Wei, kenapa ni?” tanya Danisya kepada salah seorang pelajar di situ.
         
     Sejurus Danisya berkata-kata semua pelajar yang berada di situ menoleh ke arahnya dengan pandangan yang tersirat seribu makna. Ada pelajar yang sedang berbisik-bisik sesama mereka.
         
     “Isyh, curious betul la,” bisik Danisya lantas mendekati papan kenyataan. Ada sekeping kertas A4 diletakkan disitu. Danisya tergamam setelah membaca kertas tersebut.

ATTANTION
Pengumuman penting sangat!!!!!!!
Buat pengetahuan warga Um sekalian, Cik Danisya kita yang tercinta dari bidang perniagaan akan berkahwin tidak lama lagi. Malahan dia berkahwin kerana di tangkap kahlwat.
Sekian, terima kasih.
 

      
  
     
       



                                                                                                                      
                                           
          
     Danisya cepat-cepat mengoyakkan kertas tersebut dan berlalu dari situ.
         
     “Makhluk mana yang buat benda ni. Memang dah lama hidup nampaknya. Kalau aku jumpa siapa yang buat benda ni siap la dia,” marah Danisya sambil berjalan dengan pantas untuk ke dewan kuliahnya. Mukanya menjadi merah akibat menahan amarah.
         
     Gara-gara berjalan terlalu cepat, Danisya terlanggar seorang lelaki yang berjalan bertentangan dengannya.
         
     “Isyh, aku dah la tengah panas ni. Sesedap je langgar aku,” marah Danisya sambil tunduk kerana dia membebel seorang diri.
         
     “Hello miss siapa yang langgar siapa hah?”
         
     “Apa miss-miss. Aku tak rindu kau la. Nama aku Danisya,” marah Danisya lantas mengangkat muka.
        
     “Alamak, bala apa yang datang ni. Malang betul aku hari ini,” bebel Danisya. Dia terkejut apabila mengetahui orang yang dilanggarnya ialah Danial.
        
     “Ooo, minah senget ni nama Danisya. Kau cakap apa hah?” sindir Danial.
        
     “Takde apa-apa. Bye bye,” ucap Danisya lantas berlalu meninggalkan Danial.
        
     “Berhenti!!  Amboi, dah langgar orang tu buat la cara dah langgar orang,” tegur Danial.
       
     Danisya lantas berhenti lalu berpusing untuk berhadapan dengan Danial.
       
     “Okey, aku salah, sorry. Enough?” ucap Danisya.
       
     “Sorry?? Hahaha.. Kalau tak ikhlas baik tak payah minta maaf,” sindir Danial lantas berlalu dari situ.
      
     “Eii, mamat sewel ni aku terajang kang baru tahu. Kang orang tidur kat rumah, kau tidur kat wad. Kalau dah tahu aku tak ikhlas minta maaf baik tak payah minta,” bebel Danisya kemudian melangkah menuju ke arah dewan kuliahnya.
       
     “Woi, jauhnya termenung,” tegur Edirul yang mengejutkan lamunan Danial.
       
     “Mana ada aku termenung,” dalih Danial. Sewaktu itu dia, Edirul dan Safwan berada di kafetaria.
      
     “Teringat Danisya la tu,” teka Edirul.
       
     “Buang masa aku teringat dekat minah senget tu,”
        
     “Oh ye. Cakap pasal minah tu, aku dah dapat informasi tentang dia. Nah,” ujar Edirul sambil memberikan kertas yang mengandungi biodata Danisya kepada Danial.
       
     Danial mengambil kertas yang diberikan oleh Edirul lantas membacanya sepintas lalu.



BIODATA DANISYA BINTI SAIFUDDIN
NAMA : Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin
TARIKH LAHIR : 27 Jun 1993 (20 tahun pada 2013)
NAMA BAPA : Saifuddin bin Othman
PEKERJAAN BAPA : Nelayan
NAMA IBU : Aisyah binti Ahmad Zulhilmi
PEKERJAAN IBU : Suri rumah
BILANGAN ADIK-BERADIK : 1 (anak tunggal)
MENETAP : Sungai Isap, Kuantan
 









      “Betul ke ni?” tanya Danial. Dia tidak percaya akan isi kandungan biodata tersebut.
          
     “Betul la tu sebab aku siasat dari pejabat universiti,” jawap Edirul.
         
     “Cekap betul kau ni,” puji Danial.
         
     “Biasalah aku kan, Edirul,”
         
     “Dah-dah, sebelum kau masuk bangkul, angkat sendiri baik aku blah,” ucap Danial.
        
     “Eh, nanti jap. Hah, aku baru ingat something bila korang sebut nama Danisya,” ujar Safwan.
        
     “Apa benda?” tanya Danial dan Edirul serentak.
        
     “Petang tadi ada orang letak sekeping kertas dekat  papan kenyataan. Lepas orang tu blah aku pergi la dekat papan tu. And than…,”
        
     “And than?” tanya Danial tidak sabar.
        
     “Kertas tu tetulis pasal Danisya. Dia nak kahwin sebab kena tangkap khalwat,” sambung Safwan.
        
     “Hah!!!” jerit Danial dan Edirul.
        
     “Betul ke?” tanya Edirul.
        
     “Entah la aku pun tak tahu betul ke tak,” jawap Safwan.
         
     “Aku tak percayalah dia sanggup buat macam tu,” ucap Edirul.
         
     “Patut pun muka dia merah macam udang kena bakar. Rupa-rupanya dia tengah marah,” bisik Danial.
         
     “Apa yang kau cakap?” tanya Edirul.
         
     “Eh, takde pape. Jom blah,” ajak Danial.
         
     “Aku pun tak percaya Danisya sanggup buat benda terkutuk tu,” sokong Danial secara tiba-tiba. Masakan perempuan bertudung macam Danisya sanggup buat benda terkutuk tu.
         
     Edirul tersenyum. Ini kali pertama Danial back up seorang perempuan.
     
     “Erin..” panggil Danisya. Semua rakan sekuliahnya asyik menoleh ke arahnya dan saling berbisik-bisik.
     
   “Macam mana cerita ni boleh keluar?” tanya Danisya. Fitnah yang dilemparkan tidak sedikit pun menganggunya. Bagi Danisya kalau berada di pihak yang benar buat apa nak takut. Be cool.  
  
     “Entah.. Sabar ea Isya..,”
         
    “Woi, perempuan murahan. Tak sangka aku kau ni perempuan yang macam tu. Ingatkan alim sangat. Pakai tudung, tutup aurat la. Tapi hampeh. Alim-alim tahi kucing. Astarfirullahalhazim. Tak sanggup aku nak cakap,” sindir Fiqa. Percakapan Erin serta merta terhenti.
         
    “Wei, kau jangan main tuduh-tuduh. Aku tak buat pun semua tu. Jangan nak fitnah aku sesuka hati,” marah Danisya.
         
    “Hey guys, you all percaya ke apa yang poorest kita cakap?” tanya Fiqa. Ada rakan mereka yang menggeleng, ada juga yang mengangguk.
         
     “See diaorang semua tak percaya dekat kau. Al-maklumlah orang miskin macam kau ni sanggup lakukan apa sahaja untuk jadi kaya. Gadai body pun sanggup,” sindir Fiqa.
         
    “Cukup!! Aku bukan macam yang kau cakap. Kalau kau nak tahu aku ni…,” Percakapan Danisya terhenti. Nasib dia tidak terlepas cakap perkara yang sebenarnya. Danisya mengemas buku-bukunya dan terus berlalu keluar
         
    “Tahu apa hah Danisya?? Tahu yang kau dah mengandungkan anak luar nikah. OMG,” jerit Fiqa masih terus menerus mahu menfitnah Danisya.
         
    “Fiqa, cukup-cukup la nak menfitnah orang. Jangan-jangan kau yang tampal kertas tu kat papan kenyataan kan?” serkap Erin.
        
     “Hah, kertas apa? Bukan aku. Aku terbaca je,” bohong Fiqa lantas berlalu ke tempat duduknya.
     
     Erin cepat-cepat mengemas peralatannya dan bergegas mengejar langkah  Danisya.
        
     “Sabar ye Danisya. Ni salah satu ujian untuk kau,” nasihat Erin.
        
     “Lepas satu satu aku diuji. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa pun pasal kes kahwin tu kecuali dekat kau dan…”
        
     “Melissa,” potong Erin.
        
     “Kau fikir tak apa yang aku fikir?” tanya Erin.
        
     “Tapi kita tak boleh tuduh dia tanpa bukti. Lagi pun aku tak percaya la dia buat macam tu. Muka dia nampak baik je,” ucap Danisya.
        
     “Isya, kita tak boleh menilai seseorang dari rupa. Kita tak tahu lagi sikap dia yang sebenar. Ni lah problem kau, mudah sangat percayakan seseorang. Sampai dia pijak kepala kau pun kau tak sedar,” marah Erin.
        
     “Lagi pun takkan aku yang tampal kertas tu. Bodoh lah aku nak aniya bestfriend aku sendiri,” sambung Erin.
         
     “Aku mesti siasat perkara ni. Jom balik rumah sewa aku,” ajak Danisya.

1 2 3 Cinta 8


BAB 8


 Petang keesokkan harinya, Danisya menerima satu berita yang mengejutkan.

     “What?!!  Papa, it is a stupid and crazy idea. How could you,” jerit Danisya.
          
     “Princess please hear to me, sayang,” rayu Tan Sri Saifuddin.
          
     “No papa. I said no. Please jangan paksa Isya buat benda mengarut tu,”  rayu Danisya pula.
          
     “Isya sayangkan papa dan mama kan?” tanya Puan Sri Aisyah setelah lama berdiam diri.
         
     “Sayang. Tapi it is unfair. Cuba mama fikir. Isya muda lagi baru 20 tahun. Isya tak yakin dapat pegang tanggungjawab sebagai isteri yang mithali. Tanggungjawab tu terlalu besar. Mama, papa please think it twice,” rayu Danisya. Matanya sudah berkaca-kaca. Ada ke patut mama dan papanya menyuruhnya bernikah dengan orang yang dia tak kenal hati budinya. Lagi pun dia muda lagi. Baru nak merasai erti kebebasan.
         
     “Honey, papa dah fikir masak-masak. Ini yang terbaik buat Isya juga buat kami. Ini adalah janji papa dengan kawan lama papa. Papa pun dah lupa akan janji tersebut,”
        
     “Papa, its was your promise not mine. So I don’t want to get involve in this ridiculous thing,” putus Danisya. Dia tidak mahu memusnahkan masa hadapannya. Danisya sudah berura-ura untuk meninggalkan ruang tamu yang dirasakan sungguh merimaskan.
       
     “Isya, dengar dulu cerita papa boleh tak,” pinta Tan Sri Saifuddin. Wajahnya menjadi sugul disebabkan kejadian ini.
       
     Danisya memutuskan untuk mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh papanya.
      
     “Waktu itu Isya berumur 5 tahun. Isya ingat lagi tak kita pergi bercuti di Indonesia. Tanpa disangka ada gempa berlaku disana. Kita terselamat tapi ada pelancong dari Malaysia yang terperangkap di dalam runtuhan itu. Papa tolong selamatkan mereka. Nama dia Razif. Waktu tu Razif, isteri dia dan seorang anak mereka terperangkap. Mujur papa cepat menyelamatkan mereka kalau tidak mereka sudah mendapat ajal kerana kekurangan oksigen. Sebagai menghargai jasa papa, Razif berkeras mahu menjodohkan Isya dengan anak mereka ketika itu sewaktu besar nanti. Lagipun dia mahu mengeratkan silaturrahim. Papa tak dapat nak menolaknya kerana Razif tidak mahu mendapat bantuan pernafasan selagi papa tidak menyetujuinya. Isya tahu kan nabi tak suka umatnya memungkiri janji yang sudah dipersetujui,” terang Tan Sri Saifuddin. Masih terbayang-bayang di kotak fikirannya akan mayat yang bergelimpangan akibat gempa tersebut.
        
     Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Razif. Dengan izin Allah dia dipertemukan dengannya di majlis ulang tahun syarikatnya. Ketika itulah Razif mengingatinya tentang janji mereka. Fikirannya sekarang benar-benar buntu.
        
     “Isya mama merayu pada Isya. Kali ini sahaja. Mama janji ini adalah last time mama paksa Isya turuti kata-kata mama. Please Isya. Kami nak sangat tengok Isya bersanding sebelum kami menutup mata,” rayu Puan Sri Aisyah.
         
     “I need time. Lagi seminggu Isya beri jawapan,” putus Danisya lantas berlalu menuju ke biliknya.
         
     “Abang, kita tak boleh paksa Isya buat benda yang dia tak suka. Lagipun Isya satu-satunya anak kita. Tidak ada sesiapa lagi yang boleh kita bergantung harap. Abang terima je lah apa jawapan dia nanti,” nasihat Puan Sri Aisyah.
         
     Danisya sempat lagi mendengar butir bicara mamanya tadi. Dia cepat-cepat berlalu ke dalam biliknya. Lantas dia menyembamkan mukanya pada bantal dan menangis sepuas-puasnya. Patut ke di mengorbankan masa hadapannya?
        
     Danisya segera mencapai tudung dan berlalu meninggalkan rumah tersebut tanpa memberitahu kepada sesiapa pun. Dia ingin pulang ke rumah sewanya. Sambil berjalan dia memikirkan tentang kewajarannya mengikuti kata-kata papa dan mamanya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata mamanya tadi. Dia akui sedikit sebanyak ada benarnya juga kata-kata mamanya.
         
     Dia adalah satu-satunya tempat mama dan papanya bergantung harap. Papa dan mama sering memberikan apa yang dimahunya. Masakan dia tidak mahu menuruti permintaan papanya kali ini. Dia tidak mahu menjadi seorang anak derhaka. Tapi perlu ke dia menikahi orang yang dia tidak cintai? Dia perlukan seseorang untuk meluahkan masalahnya itu.

***********************
         
     Sesampainya di rumah sewannya, dia melihat Melissa dan Erin sedang asyik menonton drama Korea yang bertajuk Princess Hour.
         
     “Assalamualaikum,” ucap Danisya lantas membuka kasutnya.
        
     “Walaikumusalam,” jawap Erin dan Melissa serentak. Mereka menoleh ke arah pintu untuk melihat siapa yang memberi salam.
        
     “Ya Allah, Danisya kenapa dengan kau ni?” tanya Erin seraya meluru ke arah Danisya. Danisya nampak tidak terurus. Tudung Danisya habis senget-benget. Malah ada sisa air mata di pipi Danisya. Melissa hanya memerhatikan dari jauh.
        
     ‘Perempuan ni nak buat drama la ni’ getus Melissa. Meluat dia melihat Danisya.
         
     Erin memimpin Danisya menuju ke arah sofa di mana Melissa berada. Melissa tidak mengendahkan keadaan Danisya. Dia meneruskan tontonannya. Erin pelik dengan sikap Melissa. Lantas dia mencapai remote control lalu menutup televisyen. Melissa menjeling marah ke arah Erin.
         
     “Isya,” panggil Erin.
         
     “Korang rasa kalau korang kena kahwin apa yang korang buat? Korang terima tak?” tanya Danisya.
        
     “Ala, kahwin je lah. Lagi pun kau tu kan miskin tak baik memilih,” jawap Melissa dengan kasar. Erin terkejut dengan kata-kata Melissa yang kurang ajar. Dia merenung Melissa dengan tajam. Melissa yang ingin menyambung kata-katanya tidak jadi meneruskannya apabila menyedari akan renungan tajam Erin.
        
     “Isya kenapa ni?” tanya Erin. Dia pelik dengan soalan yang ditanyakan oleh Danisya tadi.
        
     Danisya menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia melepaskannya perlahan-lahan. Danisya menceritakan tentang permintaan papanya yang mahu dia berkahwin.
        
     Melissa tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh Danisya. Dalam pemikirannya sudah ada agenda yang akan dilakukan.
        
     “Hah, betul ke ni?” tanya Erin terkejut dengan cerita Danisya.
        
     “Kau tengok muka aku ni ada main-main ke?” soal Danisya pula.
        
     “Tak. So, apa jawapan kau?” tanya Erin lagi.
        
     “Aku kata aku perlukan masa untuk berfikir. Hari Ahad minggu depan aku beritahu jawapannya,” jawap Danisya.
        
     “Apa pendapat korang? Aku fikir lebih baik aku ikut je kata papa aku tu,” sambung Danisya.
        
     “Hem, kau fikir betul-betul dah ke?”
        
     “Baik kau fikir masak-masak. Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak dah kahwin tak boleh nak berundur,” sambung Erin.
        
     “Emm, aku dah fikir betul-betul. Lagipun mama dan papa aku hanya ada aku seorang. Diorang dah banyak berkorban untuk aku. Ini masanya aku balas jasa mereka. Aku hanya nak tahu pendapat korang,”
        
     “Kalau kau dah kata macam tu, aku hanya mampu doakan kebahagian kau. Sabar ye. Ni ujian dari Allah SWT,” pujuk Erin.
        
     “Aku redha kalau ini dah takdir aku,” pasrah Danisya.
        
     “Aku sokong,” ujar Melissa sambil tersenyum. Sekali lagi Erin menjeling tajam ke arah Melissa.
        
     “Eh, cop. Macam mana kau tahu kau kena kahwin sedangkan kau duduk dekat rumah Puan Sri tu?” tanya Melissa untuk menyelamatkan dirinya  dari jelingan tajam Erin.
         
     “Hah, ar.. Em.. Ala aku baru balik Kuantan hari ni. So, aku terus pergi lawat family aku. Dah lama aku tak jenguk diorang. Pastu, alih-alih aku kena macam ni,” jawap Danisya tergagap.

     ‘Sejak bila pulak dia ni pergi Kuantan?’ getus Melissa.
         
     “Aku nak rehat la dulu,” sambung Danisya seraya menuju ke biliknya dengan pantas.
         
     “Aku pun nak blah la. Rasa panas pulak rumah ni,” sindir Erin lantas menyarungkan tudungnya dan berlalu dari rumah sewa Danisya.

**********************
        
     Fiqa yang sedang nyenyak tidur, terganggu dengan deringan telefon bimbitnya. Lantas dia menggapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katilnya.
       
     “Hello. Siapa ni?” ucap Fiqa dengan malas.
      
     “Wei, kau tak bangun tidur lagi ke. Ni Mel la.”
      
     “Kau nak apa?” marah Fiqa.
      
     “Aku ada cerita best ni. Confirm selepas kau dengar cerita aku ni kau takkan rasa nak tidur dah.”
     
     “Cerita apa?” tanya Fiqa. Kemarahannya sudah kendur apabila mendengar ada cerita terbaik dari tali barutnya itu.
      
     “Cerita gempak punya,” ucap Fiqa lalu ketawa.

     “Woi, kau boleh straight to the point tak? Tak payah nak berputar-belit,” marah Fiqa. Serta merta tawa Melissa terhenti.

     “Yelah, yelah. Danisya kena kahwin paksa,” ujar Melissa.
      
     “Hah!! Kahwin?”jerit Fiqa lantas terbangun dari pembaringan akibat terkejut dengan berita yang diberitahu oleh Melissa.
       
     “Yup,” akui Melissa. Dia menceritakan segala-galanya tentang apa yang terjadi kepada Danisya.
       
     “Bagus,teruskan kerja kau. Aku nak tahu lebih lanjut tentang Danisya. Aku dah tahu apa nak buat nanti,” puji Fiqa lalu menamatkan panggilan tersebut. Dalam fikirannya sudah bermacam-macam agenda yang dirancangkan untuk Danisya.
       
     ‘Siap lah kau Danisya,’ getus Fiqa lalu baring semula di atas katilnya. Namun matanya tidak mahu terlelap gara-gara terlalu gembira dengan berita yang didengarinya.

Sunday, 14 April 2013

1 2 3 Cinta 7


BAB 7


     Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Puan Sri Aisyah cepat-cepat bersiap supaya dia dapat menyolek wajah Danisya. Pada malam itu dia memakai jubah berwarna putih dan memakai tudung Syria yang sama warna dengan bajunya. Kemudian dia mengenakan solekan nipis pada wajahnya.
                    
     “Cantiknya sayang malam ni,” bisik Tan Sri Saifuddin di telinga isterinya.
                    
     “Ala, abang pun apa kurangnya,” Tan Sri Saifuddin mengenakan tuksedo yang sama dondon warnanya dengan baju Puan Sri Aisyah.
                    
     “Abang, Aisyah nak jenguk Isya jap. Sambil tu.. Taraaa. Aisyah nak make-up dia,” ujr Puan Sri Aisyah seraya menunjukkan barang-barang make-up kepada Tan Sri Saifuddin.
                   
     “Tak sabar abang nak tengok hasilnya,”
                   
     “Mestilah hasilnya cantik macam mama dia ni,” puji Puan Sri Aisyah.
                   
     “Yelah, sebab tulah abang makin sayang dekat Aisyah,” akui Tan Sri Saifuddin lantas mencium pipi Puan Sri Aisyah.
                   
     “Dah la abang ni. Aisyah nak pergi bilik Danisya dulu. Kang terlewat pula,” pinta Puan Sri Aisyah. Pipinya sudah kemerah-merahan menahan malu. Tan Sri Sifuddin memberikan kebenaran buat isterinya berlalu.
                    
     “Tok,Tok,” Puan Sri Aisyah mengetuk pintu bilik Danisya lantas memasuki bilik anak tunggalnya itu.
                     
     “Mak aii, cantiknya Isya,” puji Puan Sri Aisyah. Dia terkejut melihat perubahan Danisya apabila mengenakan gaun labuh.
                     
     “Mama tak selesa la,” adu Danisya sambil membetulkan baju gaunnya itu.
                     
     “Cantiknya mama malam ni,” sambung Danisya.
                     
     “Dah-dah jangan nak melalut. Cantik apa kamu pakai gaun tu. Mari sini mama betulkan,” arah Puan Sri Aisyah.
                     
     “Okey, sekarang jom,” ajak Puan Sri Aisyah seraya menarik tangan Danisya menuju ke meja solek.
                    
     “Kenapa mama,” tanya Danisya kehairanan.
                    
     “Tadaa. Ni adalah…” tunjuk Puan Sri Aisyah.
                    
     “Make up!!! No,no,no!!! Mama,” potong Danisya sebelum Puan Sri Aisyah menghabiskan kata-katanya. Danisya lantas bangun untuk melarikan diri dari menjadi mangsa solekan Puan Sri Aisyah.
                    
     “Danisya,” panggil Puan Sri Aisyah sambil membuat muka sugul.
                    
     “Okey, okey.. Mama ni,” rajuk Danisya lantas duduk semula di kerusi meja solek.
                    
     Puan Sri Aisyah lantas tersenyum. Lalu dia memulakan tugasnya untuk menyolek Danisya. Puan Sri Aisyah mengenakan solekan yang nipis sahaja pada wajah Danisya.
                    
     “Okey, beres. Dah siap. Ya Allah, cutenya macam Barbie doll,” jerit Puan Sri Aistah kagum.
                    
     “Mengarut je la mama ni. Mana sama muka Isya ni dengan muka Barbie doll,” bangkang Danisya lantas dia memusingkan wajahnya untuk menghadap cermin.
                    
     ‘Comel jugak aku ni bila dah make up. Macam tak percaya pula dalam cermin tu aku,” monolog Danisya.
                    
     “Kenapa? Tak percaya ke. Tengok la siapa yang solekkan,” ujar Puan Sri Aisyah, berbangga dengan hasil sentuhannya di wajah Danisya.
                    
    “Meh sini mama tolong pakaikan tudung,” sambung Puan Sri Aisyah lalu membantu Danisya memakai selendang satin itu.
                    
    “Mama, tak suka la pakai tudung ni,” rungut Danisya.
                    
    “Ala, sayang, sekali-sekala je. Nanti Isya biasalah pakai tudung ni,” rayu Puan Sri Aisyah. Tangannya lincah sahaja melilit selendang itu di kepala Danisya.
                    
     “Yes, perfect,”
                    
     Sekali lagi Danisya menoleh ke arah cermin.
                   
     “Mama, nampak lain la muka Isya,” ujar Danisya.
                   
     “A’ah. Lagi cantik + comel dari kebiasaan,” akui Puan Sri Aisyah.
                   
     “Ada-ada jelah mama ni. Jom la mama. Nanti terlewat pulak,” ajak Danisya.
                   
     Sewaktu menuruni tangga untuk ke ruang tamu, Danisya ternampak papanya sedang membaca surat khabar.
                   
     “Abang tengok la anak kita ni,” jerit Puan Sri Aisyah tidak sabar untuk memberitahu Tan Sri Saifuddin.
                   
     Tan Sri Saifuddin melipat surat khabar yang dibeleknya tadi dan memandang ke arah Danisya. 
                 
     “Anak siapa ni? Cantiknya,” puji Tan Sri Saiffudin.     
                 
     “Anak siapa lagi. Anak Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah la,” jawab Danisya sambil tersengih.
                
     “Kalau Isya pakai macam ni hari-hari confirm tak lama lagi kami dapat cucu,” gurau Tan Sri Saifuddin.
                
     “Papa!!!” jerit Danisya.
                
     “Hahaha. Papa gurau je. Jom lah. Kita dah lewat ni,” ajak Tan Sri Saifuddin.

                                                     ***************************

     Sesampainya di dewan Hotel Seri Malaysia ,iaitu di mana majlis ulang tahun syarikat papanya berlangsung, mama dan papanya terus bersalaman dengan tetamu yang hadir. Danisya ditinggalkan keseorangan. Inilah yang dia tidak suka apabila menghadiri majlis ulang tahun syarikat papanya. Nasib baik dia sudah biasa.
          
     Danisya berjalan-jalan di sekitar dewan itu. Dia tidak perasan akan sorotan mata tetamu yang hadir pada hari ini. Ramai yang menoleh ke arahnya dan memuji kecantikan Danisya.
          
     Apabila sampai di bahagian makanan, Danisya segera mengambil pinggan lantas dia mengambil sedikit puding karamel yang telah disediakan. Setelah itu, dia menuju ke arah meja yang kosong. Dia tidak peduli akan persembahan yang disediakan untuk menceriakan majlis.
          
     Sedang asyik menjamu selera, matanya terpandang akan seorang pemuda yang asyik merenungnya. Cepat-cepat Danisya menutup mukanya.
        
     ‘Adui, bala dah datang. Asal mamat sewel ni mesti ada dekat majlis ni?’ getus Danisya lalu terus bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Danisya ternampak papanya sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki, mungkin kawan papanya. Perbincangan tersebut nampak seperti serius.

     ‘Macam kenal je minah ni’ getus Danial. Dia seperti mengenali seorang gadis yang sedang duduk keseorangan sambil menikmati puding. Malah gadis itu seperti kebosanan.
         
     “Cantikkan perempuan tu? Kulit dia fulamak putih mulus,” ucap Safwan mengejutkan Danial dari lamunannya. Safwan tahu Danial sedang memerhatikan gadis itu. Safwan, Zarif, Edirul dan Ikhwal turut hadir pada majlis itu kerana bapa mereka turut bekerjasama dengan syarikat Saiysh Holding.
         
     “Memang cantik pun. Kalau aku dapat perempuan tu walau apa pun yang berlaku aku tak akan lepaskan dia. Tapi aku rasa macam kenal je lah dengan perempuan tu,” luah Danial tentang perkara yang membelenggunya tadi.
         
     “Eleh, kau tu pantang tengok perempuan lawa mesti nak kebas,”sindir Safwan.
         
     “Kau ke aku yang suka tukar-tukar makwe?” sindir Danial.
         
     “Bukan salah aku ea. Dah diorang yang suka aku. Aku pun on je lah,” jawap Safwan membela diri. Di universtinya dia memang terkenal dengan sikap playboynya. Walaupun begitu, masih ada yang suka akannya.
         
     “Kau yang mengayat diorang. Macam mana diorang tak cair…”
         
     “Wei, perempuan tu dah nak blah la,” potong Safwan. Dia melihat Danisya sudah meninggalkan meja yang didudukinya.  
        
     “Hah, aku chow dulu la,” ujar Danial seraya berlalu untuk mengejar langkah Danisya.
        
     “Wei, kalau kau tak nak perempuan tu pass la dekat aku,” gurau Safwan.
       
     “Kau ingat dia bola ke, nak main pass-pass,” marah Danial lantas meneruskan langkahnya.

     ‘Adui  ini yang aku tak suka kalau pakai high heel. Nak jalan laju pun payah apatah lagi nak berlari. Melambatkan pergerakan aku je’ rungut Danisya dalam hati.

     Dia mengangkat sedikit gaunnya agar dia tidak terpijak kain gaunnya itu. Danisya lantas membuka pintu dewan tersebut dan berlalu dari situ. Dia berjalan dengan pantas tapi berhati-hati. Danisya terasa seperti ada yang mengekorinya lalu dia berpaling untuk melihat gerangannya. Danisya tergamam, dia mempercepatkan lagi langkahnya apabila menyedari Danial sedang mengejarnya. Dia ingin berlari tetapi pergerakkannya terbatas oleh high heel dan gaun yang dipakainya.
        
     Namun malang tidak berbau,  dia tersilap langkah dan terpelecok kaki gara-gara high heel yang dipakainya itu. Danisya tidak dapat mengimbangi badannya lalu dia terjatuh. Nasib baik Danial sempat menyambutnya dari terjatuh. Danisya terpampang. Dia segera membetulkan posisi badannya.
        
     “Ouch,” jerit Danisya kesakitan. Nyaris sekali lagi dia nak terjatuh tapi cepat-cepat Danial menahannya dari terjatuh.
        
     “Kaki awak terseliuh tu. Apa kata saya dudukkan awak dekat bangku tu?” tanya Danial sambil menunding jarinya ke arah bangku yang berdekatan.
        
     Danisya hanya mengangguk. Danial membantu memapah Danisya ke bangku tersebut. Lalu dia melutut di hadapan Danisya dan memegang kaki Danisya. Namun perbuatannya terhenti apabila Danisya menegahnya.
         
     “Awak nak buat apa ni?” tanya Danisya kehairanan.
         
     “Kaki awak tu terseliuh. Kalau tak diurut nanti masuk angin. Bila masuk angin kaki akan membengkak,” terang Danial lantas membuka high heel Danisya. Setelah itu, dia mengurut perlahan-lahan kaki Danisya.  
         
     Danisya menahan sakit akibat urutan Danial dengan mengetap bibirnya. Sekali-sekala Danial memerhatikan raut Danisya yang sedang menahan sakit. Dia tersenyum.
         
     ‘Comel’ puji Danial dalam hati.
         
     “Okey. Dah siap,” ujar Danial seraya menyarung kembali high heel Danisya pada kakinya.
         
     Danisya mengerakkan kakinya. Sakitnya sudah berkurangan.
         
     “Terima kasih. Dah kurang sedikit sakit,” ucap Danisya. Dilihatnya Danial bangun lalu duduk disebelahnya.
         
     “Sama-sama. Next time kalau pakai high heel jangan la nak berlari,” nasihat Danial.
         
     “Macam mana saya tak lari kalau ada mamat sewel yang kejar saya,” sindir Danisya.
         
     Danial terdiam. Dia seperti pernah mendengar seseorang menggelarnya mamat sewel cuma dia tidak ingat siapakah gerangannya.
          
     “Sorry, nak tanya sikit. Kita ni pernah berjumpa ke?” tanya Danial.
          
     Danisya cepat-cepat menggeleng. Dia amat bersyukur mama menyoleknya sampai Danial pun tidak mengenalinya. Mujur rahsianya masih terselamat kalau tidak hancur lah dunianya.
          
     “Hem, maybe saya salah orang kot. Saya Danial. Awak?” ujar Danial seraya memperkenalkan dirinya.
           
     “Iriana,” jawab Danisya lalu dia bangun.
           
     “Saya nak balik dulu la. Saya rasa tak sihat sangat la. Assalamualaikum,” sambung Danisya.
           
     “Nak saya hantarkan?” tawar Danial.
           
     Danisya hanya menggelengkan kepalanya lalu dia berjalan terjongket-jongket untuk keluar dari hotel tersebut. Lagi cepat dia keluar dari situ, lagi selamat dia. Danisya sempat menghantar pesanan ringkas kepada mamanya bahawa dia pulang dulu kerana tak sihat badan.