BAB 15
Sesampainya
di rumah, Datin Rozita segera meletakkan puding pemberian Danisya ke dalam peti
sejuk. Selepas itu, dia menuju ke bilik tidurnya untuk menunaikan solat Maghrib
bersama-sama suaminya.
Danial yang sedang berehat di
bilik terdengar bunyi kereta papanya. Itu bermakna mereka baru pulang dari
melawat kawan lama papanya merangkap bakal mentuanya. Dia tiba-tiba berasa haus
lalu dia turun ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan jus oren dan
menuangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba dia ternampak sebekas puding. Nampak
menyelerakan lalu dia mengeluarkan puding tersebut dan meyuap sedikit demi
sedikit ke dalam mulutnya.
‘Sedap’ puji Danial dalam hati.
Tiba - tiba Danial disergah dari
belakang oleh papanya. Mahu tercabut jantungnya.
“Papa, terkejut Danial.
Nasib baik Danial tiada sakit jantung, kalau tak dah lama jalan,” ucap Danial
“Habis tu papa tengok kamu betul-betul
menikmati puding tu. Sampai tak toleh dah kiri kanan,” tegur Dato’ Razif.
“Sedap sangat. Macam tak cukup je.
Papa beli dekat mana?” tanya Danial.
“Mana ada beli, buat,” jawap
mamanya. Dato’ Razif turut menyertai menikmati puding tersebut.
“Siapa yang buat?” tanya
Danial lagi.
“Mana aci. Makan puding tak ajak
Ana,” rungut Raihana yang baru masuk ke dapur. Raihana merupakan adiknya yang
bongsu. Mereka hanya dua beradik. Adiknya sekarang berumur 16 tahun.
“Meh la sini, papa suap,” ajak
Dato’ Razif. Raihana amat manja dengan mereka sekeluarga. Raihana segera duduk
di sebelah papanya.
“Mama, siapa yang buat puding ni?”
ulang Danial.
“Bakal isteri kamu la,” jawap Datin
Rozita.
“Kak Puteri ke?” tanya Raihana.
“Yummy, sedapnya. Pandai Kak Puteri
buat,” puji Raihana setelah merasa puding tersebut.
“Hah!! Puteri tu siapa?” tanya
Danial.
“Princess abang la,” jawap Raihana sambil menunggu papanya menyuapkan
puding itu.
“Bila masa pula dia jadi princess abang?” soal Danial.
“Ek eleh abang ni, nama bakal kakak
ipar Ana merangkap bakal isteri abang tu Puteri,” ucap Raihana.
“Ooo, nama dia Puteri,” bisik
Danial pada dirinya.
“And you know something, abang kamu ni bakal bernikah dalam masa
sebulan lagi,” ujar Dato’ Razif pada Raihana.
“Sebulan lagi,” jerit Danial dan
Raihana serentak.
‘Asal adik aku ni
terkejut mengalahkan aku pula’ getus Danial.
“Yay, yay. Tak sabarnya nak dapat
kakak ipar. Mesti Kak Puteri tu comel macam Ana. Boleh la dia buat lagi puding
macam ni,” jerit Raihana kegembiraan.
“Eh, sesuka hati dia je. Tak
boleh. Abang tak izinkan. Abang suruh Kak Puteri buat puding untuk abang
seorang je,” ujar Danial mengusik Raihana.
“Mana boleh. Ana nak juga. Kalau
tak Ana cakap dekat Kak Puteri supaya tak payah buat puding untuk abang,” ugut
Raihana.
“Tak boleh, tak boleh. Seorang
isteri mesti mendengar kata-kata suaminya,”
“Sudah, korang berdua ni, pasal
puding pun nak gaduh,” tegur Dato’ Razif meleraikan pergaduhan mulut di antara
anak-anaknya.
“Ana tu yang mula dulu,” adu
Danial.
“Sudah, papa kata,” marah Dato’
Razif.
“Ueks,” Raihana menjelirkan
lidahnya.
“Raihana,” marah Dato’ Razif
pula.
Danial tersenyum mengejek .
“Dah besar panjang tapi perangai
macam budak-budak. Dah la nak kahwin. Tak matured
langsung,” bebel Raihana perlahan tapi masih boleh didengari oleh Danial.
“Ana, abang dengar apa yang Ana
bebelkan tu,”
Raihana hanya tersengih. Dia menyuap puding
yang terakhir dan cepat-cepat berlari masuk ke biliknya.

BEST CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.
ReplyDeletelama dah tunggu bila writer nak upload bab yang seterusnya lagi???
ReplyDeletesorry readers kind of busy studying.. InsyaAllah cuti sem sye upload bnyk2..
ReplyDelete