Saturday, 25 May 2013

1 2 3 Cinta 14

BAB 14


   Danial baru sahaja pulang dari universitinya. Tahun ini tahun terakhir dia belajar di universiti tersebut. Tiba-tiba papanya memanggil.
                   
     “Ada apa papa?” tanya Danial.
                  
     “Danial ingat lagi tak pasal apa yang papa cerita hari itu? Pasal perkahwinan kamu,” tanya Dato’ Razif.
                  
     Danial terdiam. Dia teringat akan permintaan papanya supaya dia bernikah dengan anak kawan papanya. Idea yang gila. Benar-benar gila. Masakan dia boleh hidup dengan orang yang tak dia cintai.
                  
     “Danial,” sergah Dato’ Razif.
                  
     “Hah!! Danial ingat papa,” jawap Danial. Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap hati.
                  
     “Pihak perempuan dah setuju. Jadi papa nak tahu apa jawapan kamu?” tanya Dato’ Razif. Dia risau sekiranya anak lelakinya ini menolak.
                 
     “Ikut papa la,” jawap Danial endah tak endah.
                 
     “Danial, yang nak kahwin  tu kamu bukan papa,” marah Dato’ Razif.
                 
     “Papa, what the best for you is the best for me,” ucap Danial lalu mendaki tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.
                 
     “Danial, papa dengan mama nak pergi rumah bakal mentua kamu untuk tetapkan tarikh pernikahan kamu,” ujar Dato’ Razif.
                 
     Danial tidak mengendahkannya. Dia terus menuju ke arah biliknya. Kemudian dia menuju ke bilik air dan mandi. Dia berharap selepas mandi fikirannya akan lebih tenang.
                 
     Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
                 
     ‘Kenapa perempuan tu bersetuju nak bernikah dengan aku?’
                 
     Danial lantas menyambar tuala yang tersangkut di penyangkut dan keluar dari bilik air. Kemudian dia mengambil handphonenya dan menelefon Edirul.
                 
     “Hello, Edirul aku ada benda nak beritahu dekat kau tapi jangan terkejut pula,” ucap Danial tanpa memberi salam.
                 
     “Walaikumusalam. Apa benda? Sampai kau tak menyempat ni,” sindir Edirul.
                  
     “Sorry la beb. Lupa nak beri salam. Kau percaya tak kalau aku cakap aku nak kahwin?” duga Danial.
                   
     “Kau nak kahwin? Kau ada calon ke? Aku tengok kau ni bukannya jenis layan perempuan macam mana kau nak kahwin?” tanya Edirul was-was.
                   
     “Ke kau kena kahwin paksa?” teka Edirul.
                  
     “Ha, nilah yang aku nak cerita,”
                   
     Danial menceritakan kepada Edirul mengenai permintaan papanya dan juga kehairanannya dengan persetujuan ‘bakal isteri’nya itu.
                   
     “Hah!! Gila kau. Awal gila papa kau suruh kahwin. Kau baru je 21 tahun,” ujar Edirul terkejut dengan cerita Danial.
                   
     “Tahu pun kau. Aku ada juga cakap begitu pada papa aku. Tapi mula la papa aku bercerita pasal kisah cinta dia dengan mama aku. Kau tahu la kan papa aku kahwin waktu umur 20 tahun,” terang Danial.
                   
     “Hem, kau awek pun takde. Tup, tup dah kena kahwin,” ucap Edirul.
                   
     “Nak buat macam mana. Dah jodoh. Kalau nak suruh aku cari isteri sendiri, alamak kempunan la mama aku nak dapat menantu,”
                    
     “Habis, kau tu yang tak reti nak usyar mana-mana awek. Aku rasa ramai gila peminat kau. Hah, Fiqa tu aku tengok dia syok gila dekat kau,”
                     
     “Minah gedik tu. Eei, tolong la. Bukan taste aku untuk jadikan permaisuri dalam hati aku,” Danial tidak dapat menjangka hidupnya kalau berkahwin dengan Fiqa. Mesti lingkup hidup dia.
                     
     “Habis tu, perempuan macam mana yang ada taste kau? Danisya?” teka Edirul.
                     
     “Hah, minah senget tu. Erm, boleh juga la sebab syok bergaduh dengan dia. Tengok muka dia yang putih tu jadi merah macam udang kena bakar, rasa macam nak cubit-cubit je,” ujar Danial. Serta-merta dia terbayang akan Danisya.
                      
     “Wei, kau dah jatuh cinta dengan dia ea?” tanya Edirul.
                      
     “Hah!! Jatuh cinta dengan minah senget tu? Tolonglah. Aku cakap aku suka cari pasal dengan dia je. Minah senget tu aku tengok dah macam tomboi versi tutup aurat,” sangkal Danial.
                      
     “Ada-ada je lah kau ni. Tomboi-tomboi pun aku rasa dia tu comel. Lebih-lebih lagi bila dia marah,” ujar Edirul.
                      
     “Mana ada comel. Aku tengok selekeh ada lah. Wei, aku sekarang nak bercerita pasal problem aku. Asal tetiba keluar cerita pasal minah senget tu pula,” tegur Danial. Dia tiba-tiba berasa tidak suka ada sesiapa yang memuji Danisya.
                        
     “Yelah-yelah. Habis tu kalau kau dah tahu tu idea yang gila asal kau setuju? Kau pun sama gila la,” gurau Edirul.
                        
     “Aku kata idea tu je gila, bukan aku yang gila. Aku setuju sebab aku rasa macam best pula kahwin dengan orang yang kita tak kenal,” jawap Danial.
                        
     “Kan aku dah kata kau tu pun sama gila. Tak logik gila jawapan kau. Kalau ‘bakal isteri’ kau tu nanti gemuk, tak cantik kau tetap nak kahwin juga ke?” gertak Edirul.
                        
     “Wei, jangan la kata gitu. Kata-kata tu satu doa tau. Aku gurau je. Aku setuju sebab aku tak nak jadi seorang anak yang derhaka. Lagipun parents aku dah banyak berkorban untuk aku. Ni masanya aku nak balas jasa mereka,” terang Danial.
                        
     “Hah, aku rasa tu kot sebab ‘bakal isteri’ kau bersetuju nak kahwin dengan kau. Apa nama ‘bakal isteri’ kau?” tanya Edirul.
                        
     “Hem, betul juga. Entah la. Aku langsung tak tahu pasal ‘bakal isteri’ aku tu,” jawap Danial.
                        
     “Nasib kau lah Danial. Kalau kau dah kata macam tu, aku tak boleh nak buat apa-apa lah,”
                        
     “Okey lah wei, aku nak sambung mandi ni. Assalamusalaikum,”
                        
     “Memang tak menyempat betul kau call aku. Walaikumusalam,” jawap Edirul lalu memutuskan panggilan.        
                         
     Setelah menamatkan panggilan, Danial teringat akan Danisya. Malas melayan perasaan dia menuju semula ke bilik air dan mandi.

**************************
                          
     Dato’ Razif dan Datin Rozita menziarahi Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah di kediaman mereka di Mont Kiara.
                          
     “Assalamualaikum,” ucap Dato’ Razif.
                          
     “Walaikumusalam. Jemput la masuk,” jawap Puan Sri Aisyah seraya menjemput tetamunya masuk ke dalam rumah.
                          
     “Danisya, ada tetamu datang ni. Marilah turun,” panggil Puan Sri Aisyah.
                          
     “Jemput duduk,” ajak Tan Sri Saifuddin.
                          
     “Aisyah masuk dapur dulu ya. Nak buat air,” mohon Puan Sri Aisyah lantas menuju ke dapur.
                         
     Danisya segera menuju ke ruang tamu apabila mama memanggilnya. Kemudian dia menyalami tangan Datin Rozita.
                         
     “Kawan papa ea?” tanya Danisya.
                         
     “Ni bakal mak dan ayah mentua kamu,” jawap Tan Sri Saifuddin.
                         
     “Ooo,” Danisya tiba-tiba terdiam. Dia harap mereka membawa berita pasal pernikahannya dibatalkan.
                          
     “Ni ke Puteri?” tanya Datin Rozita.
                          
     “A’ah, aunty. Panggil Isya je,” jawap Danisya.
                          
     “Cantik rupanya Puteri ni,” puji Datin Rozita.
                          
     “Mana ada, aunty. Biasa – biasa je. Aunty panggil Isya je lah,” sangkal Danisya merendah diri.
                          
     “Aunty suka panggil Isya Puteri la. Kan panggilan tu sesuai dengan Isya yang comel ni,” jawap Datin Rozita.
                          
     “Tengok la anak siapa,” ujar Tan Sri Saifuddin membangga diri.
                          
     “Eh, tengok la siapa bakal mentuanya juga,” seloroh Dato’ Razif. Sejuk hatinya melihat akan kesopanan Danisya. Dah la menutup aurat. Comel pula tu.
                          
     “Apa lah papa dengan uncle ni. Melalut je,” ujar Danisya. Tetamunya itu dan papanya rancak bergelak ketawa.
                          
     “Mama, tengok papa dengan uncle ni,” adu Danisya apabila melihat mamanya menuju ke ruang tamu sambil menatang sedulang minuman.
                          
     “La kenapa pula ni?” tanya Puan Sri Aisyah. Dari dalam dapur lagi dia boleh mendengar gelak ketawa mereka.
                          
     “Papa dengan uncle ni main ‘tengok la anak siapa’ pula,” adu Isya meniru kata-kata papanya.
                          
     “Ala, kesian anak mama ni,”
                          
     “Mama!!!” tegur Danisya.
                          
     Sekali lagi papa, mama dan tetamunya melepaskan gelak ketawa.
                          
     “Dah-dah la tu kita usik Puteri,” ujar Datin Rozita.
                         
     “Yelah. Kita kembali ke tujuan asal kedatangan kami. Sebenarnya anak kami dah bersetuju. Alang-alang dua-dua pihak dah bersetuju apa kata kita tetapkan tarikh perkahwinan mereka,” terang Dato’ Razif.
                        
     “Alhamdulillah,” ucap Tan Sri Saifuddin.
                        
     “Erm, hah Isya lupa semalam Isya ada buat puding. Boleh la aunty dan uncle rasa sikit. Isya pergi ambil ya,” ucap Danisya lantas bangun menuju ke arah dapur. Sebenarnya dia ingin melarikan diri. Dia tidak mahu mendengar tentang pernikahannya.
                        
     ‘Kenapa lelaki tu setuju?’ getus Danisya. Musnah harapannya.
                        
     “Jadi bila kita nak adakan perkahwinan mereka?” tanya Dato’ Razif.
                        
     “Saya cadangkan lebih baik kita buat dalam masa sebulan lagi,” cadang Puan Sri Aisyah.
                        
     “Betul juga tu. Sempat la kita nak buat persiapan untuk pernikahan tu,” sokong Datin Rozita.
                       
     “Hem, okey juga,” akui Tan Sri Saifuddin.
                       
     “Sebulan lagi maknanya dalam bulan 6 la. Bagus juga tu alang-alang mereka cuti sem,” ujar Dato’ Razif.
                      
     “A’ah,” akui Datin Rozita dan Puan Sri Aisyah serentak.
                      
     “Pasal persiapan tu kita serahkan pada orang perempuan la,” putus Dato’Razif.
                      
     Perbincangan mereka terhenti apabila Danisya datang sambil menatang dulang yang berisi puding.
                     
     “Jemputlah makan,” ajak Danisya.
                     
     “Kenapa lama sangat?” tanya Puan Sri Aisyah.
                     
     “Isya sakit perut tadi,” bohong Danisya.
                      
     Datin Rozita mengambil sepiring puding dan menyuapnya ke dalam mulut.
                     
     “Hem, sedapnya. Lembut je,” puji Datin Rozita.
                     
     Mendengar isterinya berkata sedemikian, Dato’ Razif segera mencapai sepiring puding tersebut.
                     
     “Betul la. Sedap. Pandai Puteri buat,” puji Dato’ Razif pula.
                     
     “Mana ada, biasa-biasa je,” ucap Danisya merendah diri.
                     
     “Apa yang biasanya. Best apa puding ni. Rasa macam caramel,” puji Dato’ Razif lagi.
                     
     “Ala uncle puji lebih-lebih ni nak bodek Isya la ni, supaya uncle boleh buat balik puding ni sikit kan,”gurau Danisya.
                      
     “Isyh, macam mana Puteri tahu ni,” gurau Dato’ Razif juga.
                     
     “Uncle jangan risau la. Isya dah siap bungkus untuk uncle bawa balik la,” terang Danisya.
                     
     “Betul ke? Wau, langkah kanan betul uncle,” gurau Dato’ Razif.
                     
     “Eh, bang, kita dah lama dekat sini. Cakap punya cakap sampai tak sedar dah nak maghrib dah,” tegur Datin Rozita.
                      
     “A’ah la. Kami minta diri dulu la,” pinta Dato’ Razif.
                     
     “Nak balik dah ke? Tunggu kejap ea,” arah Danisya.
                     
     Selang beberapa minit Danisya muncul semula dengan sebekas puding.
                     
     “Nah, untuk uncle dan aunty,” ucap Danisya seraya menyalami tangan Datin Rozita.
                     
     “Terima kasih, Puteri,” Setelah itu mereka berlalu meninggalkan kediaman itu.
                     
     “Isya tahu bila tarikh Isya nikah?” tanya Puan Sri Aisyah.
                     
     “Tahu. Lagi sebulan kan. Tak sabarnya Isya,” ucap Danisya seraya berlalu menuju ke bilik tidurnya. Sengaja di berkata sedemikian. Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah hanya memerhatikan langkah kaki Danisya.

No comments:

Post a Comment