BAB 13
Seminggu sudah pun berlalu. Seperti yang
dijanjikan Danisya pulang semula ke rumah keluarganya dengan satu keputusan
yang muktamad. Ini bermakna sudah seminggu dia tidak mendengar khabar berita
dari mama dan papanya. Sengaja dia tidak berhubung dengan kedua-dua orang
tuanya supaya dia dapat berfikir dengan tenang tanpa desakan.
“Assalamualaikum,” ucap Danisya
lantas mencabut kasutnya.
“Isya!!!,” jerit Puan Sri
Aisyah apabila mendengar salam Danisya lantas dia segera memeluk Danisya.
“Isya apa khabar? Kenapa
Isya buat mama macam ni?” ucap Puan Sri Aisyah sambil menahan tangisannya dari
terhambur keluar. Sesungguhnya dia amat rindu akan anaknya itu. Kalau diikutkan
hati, mahu je dia lawat Isya dekat rumah sewa dia. Tetapi suaminya menghalang.
“Isya sihat mama. Maafkan
Isya, mama. Isya perlukan masa untuk tenangkan fikiran. Lagipun Isya perlu
fikir masak-masak tentang permintaan papa tu,” jawap Danisya sambil mengelap
air mata mamanya.
“Isya, mama tak kisah kalau
Isya tolak permintaan papa tu. Lebih baik mama tak payah dapat menantu daripada
kehilangan puteri mama ni. Isya jangan buat macam ni lagi ye,” esak Puan Sri
Aisyah.
“Dah la mama, jangan
nangis. Mama buat Isya nak nangis je. Isya janji Isya takkan buat macam tu
lagi. Isya tak nak tengok mama Isya yang tercinta jadi macam ni. Isya nak mama
Isya yang selalu ceria,”pujuk Danisya. Puan Sri Aisyah lantas tersenyum
mendengar kata-kata Danisya.
“Mama, papa mana?” tanya
Danisya.
“Biasalah papa kamu time-time macam ni ada dekat pejabat la,”
“Ooo, mama Isya masuk bilik
dulu ea. Nak mandi. Dah ada macam-macam bau ni. Mama tak bau ke? Sedap je mama
peluk Isya,” gurau Danisya.
“Isyh, bertuah punya budak.
Dah-dah. Cepat pergi mandi,” arah Puan Sri Aisyah. Tersenyum dia dengan gelagat
Danisya yang dirindui. Macam mana lah nanti bila Danisya dah kahwin?
Terpaksalah dia berpisah darinya.
**************************
Sementara menanti papanya
pulang, Danisya membantu mamanya menyediakan makan malam. Mamanya memasak
makanan kesukaannya iaitu nasi minyak dan ayam masak merah. Setelah itu dia
menghidangkan di atas meja makan.
Tiba-tiba kedengaran
ngauman kereta Porsche papanya. Setelah itu kedengaran pintu
rumahnya dibuka.
“Isya, Isya!!!” panggil Tan
Sri Saifuddin. Dia ternampak kasut Danisya tersusun di atas rak kasut.
“Sayang, anak kita mana?”
tanya Tan Sri Saifuddin apabila terlihat kelibat Puan Sri Aisyah.
“Ada,” jawap Puan Sri Aisyah
seraya menyalami tangan suaminya.
“Ehem, ehem,” dehem Danisya.
“Isya!! Isya sihat? Papa risau
tau bila Isya tak jawap panggilan papa. Dah banyak kali papa call,” adu Tan Sri Saifuddin sambil
memeluk anaknya itu.
“Adui, papa, rimas la Isya
macam ni. Macam manalah nanti kalau Isya dah kahwin? ,” Papanya memeluknya
terlalu erat sampai dia berasa rimas.
“Sorry, princess. Papa kangen bangat sama kamu,” ucap Tan Sri
Saifuddin dalam loghat Indonesia seraya merenggangkan pelukannya.
“Papa ni mesti dah terpengaruh
dengan cerita-cerita sinetron kan,”
“Memang pun Isya. Kalau boleh
dia tak nak miss langsung cerita
sinetron tu. Sampaikan mama pun dah terikut sekali. Entah-entah nanti papa ajak
kita bercuti di Indon,” adu Puan Sri Aisyah pula.
“Boleh je nak pergi melancong
ke Indon tapi Isya la kena support ,”
“Eh kenapa pula Isya? Papa la.
Papa kan banyak duit,”
“Cop, cop. Isya ada bau masam
la. Mama ada bau tak?” tanya Danisya.
“A’ah la. Masamnya. Siapalah
yang tak mandi lagi ni?” sindir Puan Sri Aisyah mengerti akan kata-kata Danisya.
“Nak sindir papa la ni. Yelah,
yelah papa pergi mandi,”
“Cepat sikit papa. Isya dah
lapar ni,” rengek Danisya.
“Ala, ala kesiannya anak papa
ni. Meh sini papa peluk,” gurau Tan Sri Saifuddin.
“Papa, Abang,” marah Danisya
dan Puan Sri Aisyah serentak.
“Yelah, yelah. Kesian sayang
papa dua orang ni,” ujar Tan Sri Saifuddin lalu mencubit pipi Danisya dan Puan
Sri Aisyah. Kemudian dia cepat-cepat berlalu ke arah biliknya.
“Abang, Papa ”marah Puan Sri
Aisyah dan Danisya serentak sekali lagi.
“Apalah papa ni, kan mama.
Kesian kita,”adu Danisya.
“Betul tu,” akui Puan Sri Aisyah. Dia amat gembira dengan kepulangan
Danisya kerana Danisya adalah penyeri rumah tangganya dengan Tan Sri Saifuddin.
**************************
Usai makan malam, mereka sekeluarga beristirehat di ruang tamu sambil
menonton televisyen.
“Erm, mama, papa, Isya ada
something nak cakap ni,” ucap Danisya.
“Apa, princess?” tanya Tan Sri
Saifuddin.
“Isya dah buat keputusan yang . . .
yang . . . Isya setuju dengan permintaan papa untuk kah . . . kahwin,” luah
Danisya tergagap-gagap.
“Hah, Isya dah fikir betul-betul ke? Papa tak paksa Isya untuk setuju
dengan permintaan papa ni,” tanya Tan Sri Saifuddin meminta kepastian.
‘Tak paksa konon papa ni. Hari tu punyalah ‘Isya tolong lah penuhi
permintaan papa…’’ getus Danisya dalam hati.
“Isya dah fikir masak-masak dan ini keputusan Isya. Ini untuk kebaikan
papa, mama dan juga Isya,” jawap Danisya dengan tegas.
“Betul ke ni Isya?” soal Tan Sri Saifuddin tidak percaya.
“Iya, papa, mama,”
“Isya, terima kasih Isya sebab sanggup penuhi permintaan papa. Ya Allah
terima kasih,” jerit Tan Sri Saifuddin.
“Terima kasih, sayang,” ucap Puan Sri Aisyah seraya mencium dahi
Danisya. Dia amat gembira mendengar keputusan Danisya.
“Papa juga,” ujar Tan Sri Saifuddin seraya mencium dahi Danisya.
“Tapi. Isya ada satu syarat,” ucap Danisya.
“Apa syaratnya? Papa tak kisah. Sepuluh syarat pun papa sanggup tunaikan,”
jawap Tan Sri Saifuddin.
“Isya nak buka kedai kek dan papa mesti support segala pembayaran nak buka kedai kek tu ,” terang Danisya.
“Tapi Isya boleh ke nak handle
study dengan kedai kek tu?” tanya Tan Sri Saifuddin.
“Tadi papa dah cakap akan penuhi segala
permintaan Isya. Papa ni.. InsyAllah, Isya boleh buat,” akui Danisya.
“Hem, kalau macam tu papa janji, papa akan carikan satu tempat untuk
Isya buat sebagai kedai kek,” janji Tan Sri Saifuddin.
Danisya tersenyum gembira dengan kata-kata papanya. Impiannya bakal
terlaksana. Di sudut hatinya dia berharap agar ‘bakal suaminya’ itu menolak
cadangan bodoh ini.
Papa dan mamanya mula tenggelam dalam perbincangan mereka untuk
pernikahannya. Perbincangan mereka semakin rancak. Tiba-tiba Danisya berasa
sedih. Dia tak sangka dia akan menamatkan zaman bujangnya seawal usia 20 tahun.
Danisya perlahan-lahan bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Dia mencapai
gitarnya dan mendendangkan lagu Terhenti Disini nyanyian Asfan. Air matanya
perlahan-lahan jatuh ke pipi. Dia tenggelam dalam perasaannya.

No comments:
Post a Comment