Saturday, 25 May 2013

1 2 3 Cinta 15

BAB 15


   Sesampainya di rumah, Datin Rozita segera meletakkan puding pemberian Danisya ke dalam peti sejuk. Selepas itu, dia menuju ke bilik tidurnya untuk menunaikan solat Maghrib bersama-sama suaminya.
             
     Danial yang sedang berehat di bilik terdengar bunyi kereta papanya. Itu bermakna mereka baru pulang dari melawat kawan lama papanya merangkap bakal mentuanya. Dia tiba-tiba berasa haus lalu dia turun ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan jus oren dan menuangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba dia ternampak sebekas puding. Nampak menyelerakan lalu dia mengeluarkan puding tersebut dan meyuap sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya.
            
     ‘Sedap’ puji Danial dalam hati.
             
     Tiba - tiba Danial disergah dari belakang oleh papanya. Mahu tercabut jantungnya.
             
     “Papa, terkejut Danial. Nasib baik Danial tiada sakit jantung, kalau tak dah lama jalan,” ucap Danial
             
     “Habis tu papa tengok kamu betul-betul menikmati puding tu. Sampai tak toleh dah kiri kanan,” tegur Dato’ Razif.
             
     “Sedap sangat. Macam tak cukup je. Papa beli dekat mana?” tanya Danial.
             
     “Mana ada beli, buat,” jawap mamanya. Dato’ Razif turut menyertai menikmati puding tersebut.
              
     “Siapa yang buat?” tanya Danial lagi.
             
     “Mana aci. Makan puding tak ajak Ana,” rungut Raihana yang baru masuk ke dapur. Raihana merupakan adiknya yang bongsu. Mereka hanya dua beradik. Adiknya sekarang berumur 16 tahun.
            
     “Meh la sini, papa suap,” ajak Dato’ Razif. Raihana amat manja dengan mereka sekeluarga. Raihana segera duduk di sebelah papanya.
            
     “Mama, siapa yang buat puding ni?” ulang Danial.
            
     “Bakal isteri kamu la,” jawap Datin Rozita.
             
     “Kak Puteri ke?” tanya Raihana.
            
     “Yummy, sedapnya. Pandai Kak Puteri buat,” puji Raihana setelah merasa puding tersebut.
            
     “Hah!! Puteri tu siapa?” tanya Danial.
            
     “Princess abang la,” jawap Raihana sambil menunggu papanya menyuapkan puding itu.
            
     “Bila masa pula dia jadi princess abang?” soal Danial.
            
     “Ek eleh abang ni, nama bakal kakak ipar Ana merangkap bakal isteri abang tu Puteri,” ucap Raihana.
             
     “Ooo, nama dia Puteri,” bisik Danial pada dirinya.
             
     “And you know something, abang kamu ni bakal bernikah dalam masa sebulan lagi,” ujar Dato’ Razif pada Raihana.
             
     “Sebulan lagi,” jerit Danial dan Raihana serentak.
             
     ‘Asal adik aku ni terkejut mengalahkan aku pula’ getus Danial.
             
     “Yay, yay. Tak sabarnya nak dapat kakak ipar. Mesti Kak Puteri tu comel macam Ana. Boleh la dia buat lagi puding macam ni,” jerit Raihana kegembiraan.
             
     “Eh, sesuka hati dia je. Tak boleh. Abang tak izinkan. Abang suruh Kak Puteri buat puding untuk abang seorang je,” ujar Danial mengusik Raihana.
               
     “Mana boleh. Ana nak juga. Kalau tak Ana cakap dekat Kak Puteri supaya tak payah buat puding untuk abang,” ugut Raihana.
               
     “Tak boleh, tak boleh. Seorang isteri mesti mendengar kata-kata suaminya,”
               
     “Sudah, korang berdua ni, pasal puding pun nak gaduh,” tegur Dato’ Razif meleraikan pergaduhan mulut di antara anak-anaknya.
               
     “Ana tu yang mula dulu,” adu Danial.
               
     “Sudah, papa kata,” marah Dato’ Razif.
               
     “Ueks,” Raihana menjelirkan lidahnya.
               
     “Raihana,” marah Dato’ Razif pula.
               
     Danial tersenyum mengejek .
               
     “Dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Dah la nak kahwin. Tak matured langsung,” bebel Raihana perlahan tapi masih boleh didengari oleh Danial. 
               
     “Ana, abang dengar apa yang Ana bebelkan tu,”
     
     Raihana hanya tersengih. Dia menyuap puding yang terakhir dan cepat-cepat berlari masuk ke biliknya.

3 comments:

  1. BEST CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.

    ReplyDelete
  2. lama dah tunggu bila writer nak upload bab yang seterusnya lagi???

    ReplyDelete
  3. sorry readers kind of busy studying.. InsyaAllah cuti sem sye upload bnyk2..

    ReplyDelete