Saturday, 25 May 2013

1 2 3 Cinta 15

BAB 15


   Sesampainya di rumah, Datin Rozita segera meletakkan puding pemberian Danisya ke dalam peti sejuk. Selepas itu, dia menuju ke bilik tidurnya untuk menunaikan solat Maghrib bersama-sama suaminya.
             
     Danial yang sedang berehat di bilik terdengar bunyi kereta papanya. Itu bermakna mereka baru pulang dari melawat kawan lama papanya merangkap bakal mentuanya. Dia tiba-tiba berasa haus lalu dia turun ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan jus oren dan menuangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba dia ternampak sebekas puding. Nampak menyelerakan lalu dia mengeluarkan puding tersebut dan meyuap sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya.
            
     ‘Sedap’ puji Danial dalam hati.
             
     Tiba - tiba Danial disergah dari belakang oleh papanya. Mahu tercabut jantungnya.
             
     “Papa, terkejut Danial. Nasib baik Danial tiada sakit jantung, kalau tak dah lama jalan,” ucap Danial
             
     “Habis tu papa tengok kamu betul-betul menikmati puding tu. Sampai tak toleh dah kiri kanan,” tegur Dato’ Razif.
             
     “Sedap sangat. Macam tak cukup je. Papa beli dekat mana?” tanya Danial.
             
     “Mana ada beli, buat,” jawap mamanya. Dato’ Razif turut menyertai menikmati puding tersebut.
              
     “Siapa yang buat?” tanya Danial lagi.
             
     “Mana aci. Makan puding tak ajak Ana,” rungut Raihana yang baru masuk ke dapur. Raihana merupakan adiknya yang bongsu. Mereka hanya dua beradik. Adiknya sekarang berumur 16 tahun.
            
     “Meh la sini, papa suap,” ajak Dato’ Razif. Raihana amat manja dengan mereka sekeluarga. Raihana segera duduk di sebelah papanya.
            
     “Mama, siapa yang buat puding ni?” ulang Danial.
            
     “Bakal isteri kamu la,” jawap Datin Rozita.
             
     “Kak Puteri ke?” tanya Raihana.
            
     “Yummy, sedapnya. Pandai Kak Puteri buat,” puji Raihana setelah merasa puding tersebut.
            
     “Hah!! Puteri tu siapa?” tanya Danial.
            
     “Princess abang la,” jawap Raihana sambil menunggu papanya menyuapkan puding itu.
            
     “Bila masa pula dia jadi princess abang?” soal Danial.
            
     “Ek eleh abang ni, nama bakal kakak ipar Ana merangkap bakal isteri abang tu Puteri,” ucap Raihana.
             
     “Ooo, nama dia Puteri,” bisik Danial pada dirinya.
             
     “And you know something, abang kamu ni bakal bernikah dalam masa sebulan lagi,” ujar Dato’ Razif pada Raihana.
             
     “Sebulan lagi,” jerit Danial dan Raihana serentak.
             
     ‘Asal adik aku ni terkejut mengalahkan aku pula’ getus Danial.
             
     “Yay, yay. Tak sabarnya nak dapat kakak ipar. Mesti Kak Puteri tu comel macam Ana. Boleh la dia buat lagi puding macam ni,” jerit Raihana kegembiraan.
             
     “Eh, sesuka hati dia je. Tak boleh. Abang tak izinkan. Abang suruh Kak Puteri buat puding untuk abang seorang je,” ujar Danial mengusik Raihana.
               
     “Mana boleh. Ana nak juga. Kalau tak Ana cakap dekat Kak Puteri supaya tak payah buat puding untuk abang,” ugut Raihana.
               
     “Tak boleh, tak boleh. Seorang isteri mesti mendengar kata-kata suaminya,”
               
     “Sudah, korang berdua ni, pasal puding pun nak gaduh,” tegur Dato’ Razif meleraikan pergaduhan mulut di antara anak-anaknya.
               
     “Ana tu yang mula dulu,” adu Danial.
               
     “Sudah, papa kata,” marah Dato’ Razif.
               
     “Ueks,” Raihana menjelirkan lidahnya.
               
     “Raihana,” marah Dato’ Razif pula.
               
     Danial tersenyum mengejek .
               
     “Dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Dah la nak kahwin. Tak matured langsung,” bebel Raihana perlahan tapi masih boleh didengari oleh Danial. 
               
     “Ana, abang dengar apa yang Ana bebelkan tu,”
     
     Raihana hanya tersengih. Dia menyuap puding yang terakhir dan cepat-cepat berlari masuk ke biliknya.

1 2 3 Cinta 14

BAB 14


   Danial baru sahaja pulang dari universitinya. Tahun ini tahun terakhir dia belajar di universiti tersebut. Tiba-tiba papanya memanggil.
                   
     “Ada apa papa?” tanya Danial.
                  
     “Danial ingat lagi tak pasal apa yang papa cerita hari itu? Pasal perkahwinan kamu,” tanya Dato’ Razif.
                  
     Danial terdiam. Dia teringat akan permintaan papanya supaya dia bernikah dengan anak kawan papanya. Idea yang gila. Benar-benar gila. Masakan dia boleh hidup dengan orang yang tak dia cintai.
                  
     “Danial,” sergah Dato’ Razif.
                  
     “Hah!! Danial ingat papa,” jawap Danial. Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap hati.
                  
     “Pihak perempuan dah setuju. Jadi papa nak tahu apa jawapan kamu?” tanya Dato’ Razif. Dia risau sekiranya anak lelakinya ini menolak.
                 
     “Ikut papa la,” jawap Danial endah tak endah.
                 
     “Danial, yang nak kahwin  tu kamu bukan papa,” marah Dato’ Razif.
                 
     “Papa, what the best for you is the best for me,” ucap Danial lalu mendaki tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.
                 
     “Danial, papa dengan mama nak pergi rumah bakal mentua kamu untuk tetapkan tarikh pernikahan kamu,” ujar Dato’ Razif.
                 
     Danial tidak mengendahkannya. Dia terus menuju ke arah biliknya. Kemudian dia menuju ke bilik air dan mandi. Dia berharap selepas mandi fikirannya akan lebih tenang.
                 
     Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
                 
     ‘Kenapa perempuan tu bersetuju nak bernikah dengan aku?’
                 
     Danial lantas menyambar tuala yang tersangkut di penyangkut dan keluar dari bilik air. Kemudian dia mengambil handphonenya dan menelefon Edirul.
                 
     “Hello, Edirul aku ada benda nak beritahu dekat kau tapi jangan terkejut pula,” ucap Danial tanpa memberi salam.
                 
     “Walaikumusalam. Apa benda? Sampai kau tak menyempat ni,” sindir Edirul.
                  
     “Sorry la beb. Lupa nak beri salam. Kau percaya tak kalau aku cakap aku nak kahwin?” duga Danial.
                   
     “Kau nak kahwin? Kau ada calon ke? Aku tengok kau ni bukannya jenis layan perempuan macam mana kau nak kahwin?” tanya Edirul was-was.
                   
     “Ke kau kena kahwin paksa?” teka Edirul.
                  
     “Ha, nilah yang aku nak cerita,”
                   
     Danial menceritakan kepada Edirul mengenai permintaan papanya dan juga kehairanannya dengan persetujuan ‘bakal isteri’nya itu.
                   
     “Hah!! Gila kau. Awal gila papa kau suruh kahwin. Kau baru je 21 tahun,” ujar Edirul terkejut dengan cerita Danial.
                   
     “Tahu pun kau. Aku ada juga cakap begitu pada papa aku. Tapi mula la papa aku bercerita pasal kisah cinta dia dengan mama aku. Kau tahu la kan papa aku kahwin waktu umur 20 tahun,” terang Danial.
                   
     “Hem, kau awek pun takde. Tup, tup dah kena kahwin,” ucap Edirul.
                   
     “Nak buat macam mana. Dah jodoh. Kalau nak suruh aku cari isteri sendiri, alamak kempunan la mama aku nak dapat menantu,”
                    
     “Habis, kau tu yang tak reti nak usyar mana-mana awek. Aku rasa ramai gila peminat kau. Hah, Fiqa tu aku tengok dia syok gila dekat kau,”
                     
     “Minah gedik tu. Eei, tolong la. Bukan taste aku untuk jadikan permaisuri dalam hati aku,” Danial tidak dapat menjangka hidupnya kalau berkahwin dengan Fiqa. Mesti lingkup hidup dia.
                     
     “Habis tu, perempuan macam mana yang ada taste kau? Danisya?” teka Edirul.
                     
     “Hah, minah senget tu. Erm, boleh juga la sebab syok bergaduh dengan dia. Tengok muka dia yang putih tu jadi merah macam udang kena bakar, rasa macam nak cubit-cubit je,” ujar Danial. Serta-merta dia terbayang akan Danisya.
                      
     “Wei, kau dah jatuh cinta dengan dia ea?” tanya Edirul.
                      
     “Hah!! Jatuh cinta dengan minah senget tu? Tolonglah. Aku cakap aku suka cari pasal dengan dia je. Minah senget tu aku tengok dah macam tomboi versi tutup aurat,” sangkal Danial.
                      
     “Ada-ada je lah kau ni. Tomboi-tomboi pun aku rasa dia tu comel. Lebih-lebih lagi bila dia marah,” ujar Edirul.
                      
     “Mana ada comel. Aku tengok selekeh ada lah. Wei, aku sekarang nak bercerita pasal problem aku. Asal tetiba keluar cerita pasal minah senget tu pula,” tegur Danial. Dia tiba-tiba berasa tidak suka ada sesiapa yang memuji Danisya.
                        
     “Yelah-yelah. Habis tu kalau kau dah tahu tu idea yang gila asal kau setuju? Kau pun sama gila la,” gurau Edirul.
                        
     “Aku kata idea tu je gila, bukan aku yang gila. Aku setuju sebab aku rasa macam best pula kahwin dengan orang yang kita tak kenal,” jawap Danial.
                        
     “Kan aku dah kata kau tu pun sama gila. Tak logik gila jawapan kau. Kalau ‘bakal isteri’ kau tu nanti gemuk, tak cantik kau tetap nak kahwin juga ke?” gertak Edirul.
                        
     “Wei, jangan la kata gitu. Kata-kata tu satu doa tau. Aku gurau je. Aku setuju sebab aku tak nak jadi seorang anak yang derhaka. Lagipun parents aku dah banyak berkorban untuk aku. Ni masanya aku nak balas jasa mereka,” terang Danial.
                        
     “Hah, aku rasa tu kot sebab ‘bakal isteri’ kau bersetuju nak kahwin dengan kau. Apa nama ‘bakal isteri’ kau?” tanya Edirul.
                        
     “Hem, betul juga. Entah la. Aku langsung tak tahu pasal ‘bakal isteri’ aku tu,” jawap Danial.
                        
     “Nasib kau lah Danial. Kalau kau dah kata macam tu, aku tak boleh nak buat apa-apa lah,”
                        
     “Okey lah wei, aku nak sambung mandi ni. Assalamusalaikum,”
                        
     “Memang tak menyempat betul kau call aku. Walaikumusalam,” jawap Edirul lalu memutuskan panggilan.        
                         
     Setelah menamatkan panggilan, Danial teringat akan Danisya. Malas melayan perasaan dia menuju semula ke bilik air dan mandi.

**************************
                          
     Dato’ Razif dan Datin Rozita menziarahi Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah di kediaman mereka di Mont Kiara.
                          
     “Assalamualaikum,” ucap Dato’ Razif.
                          
     “Walaikumusalam. Jemput la masuk,” jawap Puan Sri Aisyah seraya menjemput tetamunya masuk ke dalam rumah.
                          
     “Danisya, ada tetamu datang ni. Marilah turun,” panggil Puan Sri Aisyah.
                          
     “Jemput duduk,” ajak Tan Sri Saifuddin.
                          
     “Aisyah masuk dapur dulu ya. Nak buat air,” mohon Puan Sri Aisyah lantas menuju ke dapur.
                         
     Danisya segera menuju ke ruang tamu apabila mama memanggilnya. Kemudian dia menyalami tangan Datin Rozita.
                         
     “Kawan papa ea?” tanya Danisya.
                         
     “Ni bakal mak dan ayah mentua kamu,” jawap Tan Sri Saifuddin.
                         
     “Ooo,” Danisya tiba-tiba terdiam. Dia harap mereka membawa berita pasal pernikahannya dibatalkan.
                          
     “Ni ke Puteri?” tanya Datin Rozita.
                          
     “A’ah, aunty. Panggil Isya je,” jawap Danisya.
                          
     “Cantik rupanya Puteri ni,” puji Datin Rozita.
                          
     “Mana ada, aunty. Biasa – biasa je. Aunty panggil Isya je lah,” sangkal Danisya merendah diri.
                          
     “Aunty suka panggil Isya Puteri la. Kan panggilan tu sesuai dengan Isya yang comel ni,” jawap Datin Rozita.
                          
     “Tengok la anak siapa,” ujar Tan Sri Saifuddin membangga diri.
                          
     “Eh, tengok la siapa bakal mentuanya juga,” seloroh Dato’ Razif. Sejuk hatinya melihat akan kesopanan Danisya. Dah la menutup aurat. Comel pula tu.
                          
     “Apa lah papa dengan uncle ni. Melalut je,” ujar Danisya. Tetamunya itu dan papanya rancak bergelak ketawa.
                          
     “Mama, tengok papa dengan uncle ni,” adu Danisya apabila melihat mamanya menuju ke ruang tamu sambil menatang sedulang minuman.
                          
     “La kenapa pula ni?” tanya Puan Sri Aisyah. Dari dalam dapur lagi dia boleh mendengar gelak ketawa mereka.
                          
     “Papa dengan uncle ni main ‘tengok la anak siapa’ pula,” adu Isya meniru kata-kata papanya.
                          
     “Ala, kesian anak mama ni,”
                          
     “Mama!!!” tegur Danisya.
                          
     Sekali lagi papa, mama dan tetamunya melepaskan gelak ketawa.
                          
     “Dah-dah la tu kita usik Puteri,” ujar Datin Rozita.
                         
     “Yelah. Kita kembali ke tujuan asal kedatangan kami. Sebenarnya anak kami dah bersetuju. Alang-alang dua-dua pihak dah bersetuju apa kata kita tetapkan tarikh perkahwinan mereka,” terang Dato’ Razif.
                        
     “Alhamdulillah,” ucap Tan Sri Saifuddin.
                        
     “Erm, hah Isya lupa semalam Isya ada buat puding. Boleh la aunty dan uncle rasa sikit. Isya pergi ambil ya,” ucap Danisya lantas bangun menuju ke arah dapur. Sebenarnya dia ingin melarikan diri. Dia tidak mahu mendengar tentang pernikahannya.
                        
     ‘Kenapa lelaki tu setuju?’ getus Danisya. Musnah harapannya.
                        
     “Jadi bila kita nak adakan perkahwinan mereka?” tanya Dato’ Razif.
                        
     “Saya cadangkan lebih baik kita buat dalam masa sebulan lagi,” cadang Puan Sri Aisyah.
                        
     “Betul juga tu. Sempat la kita nak buat persiapan untuk pernikahan tu,” sokong Datin Rozita.
                       
     “Hem, okey juga,” akui Tan Sri Saifuddin.
                       
     “Sebulan lagi maknanya dalam bulan 6 la. Bagus juga tu alang-alang mereka cuti sem,” ujar Dato’ Razif.
                      
     “A’ah,” akui Datin Rozita dan Puan Sri Aisyah serentak.
                      
     “Pasal persiapan tu kita serahkan pada orang perempuan la,” putus Dato’Razif.
                      
     Perbincangan mereka terhenti apabila Danisya datang sambil menatang dulang yang berisi puding.
                     
     “Jemputlah makan,” ajak Danisya.
                     
     “Kenapa lama sangat?” tanya Puan Sri Aisyah.
                     
     “Isya sakit perut tadi,” bohong Danisya.
                      
     Datin Rozita mengambil sepiring puding dan menyuapnya ke dalam mulut.
                     
     “Hem, sedapnya. Lembut je,” puji Datin Rozita.
                     
     Mendengar isterinya berkata sedemikian, Dato’ Razif segera mencapai sepiring puding tersebut.
                     
     “Betul la. Sedap. Pandai Puteri buat,” puji Dato’ Razif pula.
                     
     “Mana ada, biasa-biasa je,” ucap Danisya merendah diri.
                     
     “Apa yang biasanya. Best apa puding ni. Rasa macam caramel,” puji Dato’ Razif lagi.
                     
     “Ala uncle puji lebih-lebih ni nak bodek Isya la ni, supaya uncle boleh buat balik puding ni sikit kan,”gurau Danisya.
                      
     “Isyh, macam mana Puteri tahu ni,” gurau Dato’ Razif juga.
                     
     “Uncle jangan risau la. Isya dah siap bungkus untuk uncle bawa balik la,” terang Danisya.
                     
     “Betul ke? Wau, langkah kanan betul uncle,” gurau Dato’ Razif.
                     
     “Eh, bang, kita dah lama dekat sini. Cakap punya cakap sampai tak sedar dah nak maghrib dah,” tegur Datin Rozita.
                      
     “A’ah la. Kami minta diri dulu la,” pinta Dato’ Razif.
                     
     “Nak balik dah ke? Tunggu kejap ea,” arah Danisya.
                     
     Selang beberapa minit Danisya muncul semula dengan sebekas puding.
                     
     “Nah, untuk uncle dan aunty,” ucap Danisya seraya menyalami tangan Datin Rozita.
                     
     “Terima kasih, Puteri,” Setelah itu mereka berlalu meninggalkan kediaman itu.
                     
     “Isya tahu bila tarikh Isya nikah?” tanya Puan Sri Aisyah.
                     
     “Tahu. Lagi sebulan kan. Tak sabarnya Isya,” ucap Danisya seraya berlalu menuju ke bilik tidurnya. Sengaja di berkata sedemikian. Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah hanya memerhatikan langkah kaki Danisya.

1 2 3 Cinta 13

BAB 13


        Seminggu sudah pun berlalu. Seperti yang dijanjikan Danisya pulang semula ke rumah keluarganya dengan satu keputusan yang muktamad. Ini bermakna sudah seminggu dia tidak mendengar khabar berita dari mama dan papanya. Sengaja dia tidak berhubung dengan kedua-dua orang tuanya supaya dia dapat berfikir dengan tenang tanpa desakan.
                    
     “Assalamualaikum,” ucap Danisya lantas mencabut kasutnya.
                    
     “Isya!!!,” jerit Puan Sri Aisyah apabila mendengar salam Danisya lantas dia segera memeluk Danisya.
                    
     “Isya apa khabar? Kenapa Isya buat mama macam ni?” ucap Puan Sri Aisyah sambil menahan tangisannya dari terhambur keluar. Sesungguhnya dia amat rindu akan anaknya itu. Kalau diikutkan hati, mahu je dia lawat Isya dekat rumah sewa dia. Tetapi suaminya menghalang.
                    
     “Isya sihat mama. Maafkan Isya, mama. Isya perlukan masa untuk tenangkan fikiran. Lagipun Isya perlu fikir masak-masak tentang permintaan papa tu,” jawap Danisya sambil mengelap air mata mamanya.
                    
     “Isya, mama tak kisah kalau Isya tolak permintaan papa tu. Lebih baik mama tak payah dapat menantu daripada kehilangan puteri mama ni. Isya jangan buat macam ni lagi ye,” esak Puan Sri Aisyah.
                    
     “Dah la mama, jangan nangis. Mama buat Isya nak nangis je. Isya janji Isya takkan buat macam tu lagi. Isya tak nak tengok mama Isya yang tercinta jadi macam ni. Isya nak mama Isya yang selalu ceria,”pujuk Danisya. Puan Sri Aisyah lantas tersenyum mendengar kata-kata Danisya.
                    
     “Mama, papa mana?” tanya Danisya.
                    
     “Biasalah papa kamu time-time macam ni ada dekat pejabat la,”
                   
     “Ooo, mama Isya masuk bilik dulu ea. Nak mandi. Dah ada macam-macam bau ni. Mama tak bau ke? Sedap je mama peluk Isya,” gurau Danisya.
                   
     “Isyh, bertuah punya budak. Dah-dah. Cepat pergi mandi,” arah Puan Sri Aisyah. Tersenyum dia dengan gelagat Danisya yang dirindui. Macam mana lah nanti bila Danisya dah kahwin? Terpaksalah dia berpisah darinya.

                                                   **************************
                
     Sementara menanti papanya pulang, Danisya membantu mamanya menyediakan makan malam. Mamanya memasak makanan kesukaannya iaitu nasi minyak dan ayam masak merah. Setelah itu dia menghidangkan di atas meja makan.
                     
     Tiba-tiba kedengaran ngauman kereta Porsche papanya. Setelah itu kedengaran pintu rumahnya dibuka.
                 
     “Isya, Isya!!!” panggil Tan Sri Saifuddin. Dia ternampak kasut Danisya tersusun di atas rak kasut.
                 
     “Sayang, anak kita mana?” tanya Tan Sri Saifuddin apabila terlihat kelibat Puan Sri Aisyah.
                 
     “Ada,” jawap Puan Sri Aisyah seraya menyalami tangan suaminya.
                 
     “Ehem, ehem,” dehem Danisya.
                 
     “Isya!! Isya sihat? Papa risau tau bila Isya tak jawap panggilan papa. Dah banyak kali papa call,” adu Tan Sri Saifuddin sambil memeluk anaknya itu.
                 
     “Adui, papa, rimas la Isya macam ni. Macam manalah nanti kalau Isya dah kahwin? ,” Papanya memeluknya terlalu erat sampai dia berasa rimas.
                 
     “Sorry, princess. Papa kangen bangat sama kamu,” ucap Tan Sri Saifuddin dalam loghat Indonesia seraya merenggangkan pelukannya.
                 
     “Papa ni mesti dah terpengaruh dengan cerita-cerita sinetron kan,”
                 
     “Memang pun Isya. Kalau boleh dia tak nak miss langsung cerita sinetron tu. Sampaikan mama pun dah terikut sekali. Entah-entah nanti papa ajak kita bercuti di Indon,” adu Puan Sri Aisyah pula.
                 
     “Boleh je nak pergi melancong ke Indon tapi Isya la kena support ,”
                 
     “Eh kenapa pula Isya? Papa la. Papa kan banyak duit,”
                 
     “Cop, cop. Isya ada bau masam la. Mama ada bau tak?” tanya Danisya.
                 
     “A’ah la. Masamnya. Siapalah yang tak mandi lagi ni?” sindir Puan Sri Aisyah mengerti akan kata-kata Danisya.
                 
     “Nak sindir papa la ni. Yelah, yelah papa pergi mandi,”
                 
     “Cepat sikit papa. Isya dah lapar ni,” rengek Danisya.
                 
     “Ala, ala kesiannya anak papa ni. Meh sini papa peluk,” gurau Tan Sri Saifuddin.
                 
     “Papa, Abang,” marah Danisya dan Puan Sri Aisyah serentak.
                 
     “Yelah, yelah. Kesian sayang papa dua orang ni,” ujar Tan Sri Saifuddin lalu mencubit pipi Danisya dan Puan Sri Aisyah. Kemudian dia cepat-cepat berlalu ke arah biliknya.
                 
     “Abang, Papa ”marah Puan Sri Aisyah dan Danisya serentak sekali lagi.
                            
     “Apalah papa ni, kan mama. Kesian kita,”adu Danisya.
                
     “Betul tu,” akui Puan Sri Aisyah. Dia amat gembira dengan kepulangan Danisya kerana Danisya adalah penyeri rumah tangganya dengan Tan Sri Saifuddin.

**************************
                
     Usai makan malam, mereka sekeluarga beristirehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.
                
     “Erm, mama, papa, Isya ada something nak cakap ni,” ucap Danisya.
                
     “Apa, princess?” tanya Tan Sri Saifuddin.
               
     “Isya dah buat keputusan yang . . . yang . . . Isya setuju dengan permintaan papa untuk kah . . . kahwin,” luah Danisya tergagap-gagap.
               
     “Hah, Isya dah fikir betul-betul ke? Papa tak paksa Isya untuk setuju dengan permintaan papa ni,” tanya Tan Sri Saifuddin meminta kepastian.
               
     ‘Tak paksa konon papa ni. Hari tu punyalah ‘Isya tolong lah penuhi permintaan papa…’’ getus Danisya dalam hati.
               
     “Isya dah fikir masak-masak dan ini keputusan Isya. Ini untuk kebaikan papa, mama dan juga Isya,” jawap Danisya dengan tegas.
               
     “Betul ke ni Isya?” soal Tan Sri Saifuddin tidak percaya.
               
     “Iya, papa, mama,”   
               
     “Isya, terima kasih Isya sebab sanggup penuhi permintaan papa. Ya Allah terima kasih,” jerit Tan Sri Saifuddin. 
              
     “Terima kasih, sayang,” ucap Puan Sri Aisyah seraya mencium dahi Danisya. Dia amat gembira mendengar keputusan Danisya.
             
     “Papa juga,” ujar Tan Sri Saifuddin seraya mencium dahi Danisya.
             
     “Tapi. Isya ada satu syarat,” ucap Danisya.
            
     “Apa syaratnya? Papa tak kisah. Sepuluh syarat pun papa sanggup tunaikan,” jawap Tan Sri Saifuddin.
            
     “Isya nak buka kedai kek dan papa mesti support segala pembayaran nak buka kedai kek tu ,” terang Danisya.
           
     “Tapi Isya boleh ke nak handle study dengan kedai kek tu?” tanya Tan Sri Saifuddin.
           
     “Tadi papa dah cakap akan penuhi segala permintaan Isya. Papa ni.. InsyAllah, Isya boleh  buat,” akui Danisya.        
           
     “Hem, kalau macam tu papa janji, papa akan carikan satu tempat untuk Isya buat sebagai kedai kek,” janji Tan Sri Saifuddin.
             
     Danisya tersenyum gembira dengan kata-kata papanya. Impiannya bakal terlaksana. Di sudut hatinya dia berharap agar ‘bakal suaminya’ itu menolak cadangan bodoh ini.

            
     Papa dan mamanya mula tenggelam dalam perbincangan mereka untuk pernikahannya. Perbincangan mereka semakin rancak. Tiba-tiba Danisya berasa sedih. Dia tak sangka dia akan menamatkan zaman bujangnya seawal usia 20 tahun. Danisya perlahan-lahan bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Dia mencapai gitarnya dan mendendangkan lagu Terhenti Disini nyanyian Asfan. Air matanya perlahan-lahan jatuh ke pipi. Dia tenggelam dalam perasaannya.   

1 2 3 Cinta 12


BAB 12




     Fiqa tidak menghadiri kuliahnya pada hari itu. Dia menuju ke arah apartmentnya untuk berjumpa Melissa.
             
     “Asal kau bodoh sangat hah!!! Perkara ni pun kau tak boleh handle. Tengok apa yang dah jadi. Kau dah kena halau. Menyusahkan aku je. Pastu pulak sekarang kita dimalukan di universiti. Hari tu sure sangat kita takkan kena apa-apa. Yang kau tak perasan akan rakaman tu kenapa. Bodoh!!!,” sumpah Fiqa.
             
     “Woi, aku mana tahu si Erin tu ada rakaman tu. Kalau aku tahu takde maknanya aku nak berdiam diri dekat situ,” marah Melissa pula.
             
     “Kalau, kalau, kalau!!! Apa yang ada pada kalau. Kau tahu tak waktu si Erin tu buat pengumuman tu aku tengah tackle Danial. Dah la ada kawan-kawan dia. Malu aku,” sembur Fiqa.
             
     “ Disebabkan pengumuman bodoh tu juga la Danial dan kawan-kawan dia terus blah macam tu je. Yang aku sakit hati ni, aku baru je nak serang Danisya tetiba Danial tarik lengan minah tu dan terus blah. Sakit gila hati aku. Aku ni suka gila dekat Danial. Sampaikan aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan dia. Hatta, bunuh orang pun aku sanggup,”  luah Fiqa.
             
     “Habis tu kau nak aku buat apa? Pergi bunuh dia,” marah Melissa.
             
     “Ikutkan hati aku,memang dah lama aku bunuh dia. Tapi kan, Danial kenal ke Danisya tu siapa, sampai dia sanggup nak selamatkan Danisya dari kena serang?” tanya Fiqa kemarahannya sedikit lega.
             
     “Kau pergi lah siasat. Kau kan banyak duit,” cadang Melissa.
             
     “Betul juga,” Fiqa segera berlalu meninggalkan apartmentnya itu.
             
     Akibat bertegang urat dengan Fiqa tadi, mood tidur Melissa sudah hilang.

   **************************
      
     Malam itu Danisya membongkarkan segala rahsia mengenai siapa dirinya yang selama ini disembunyikan. Seperti yang dijangka Erin terkejut dan tergamam dengan cerita Danisya.
            
     “You must be kidding,” ucap Erin tidak percaya.
            
     “Aku cakap perkara betul la. Aku percaya dekat kau, so sebab tu lah aku cerita semua ni,” akui Danisya.
            
     “So, Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah tu parents kau bukan majikan kau?” tanya Erin.
              
     Danisya mengganguk mengiyakan.
              
     “Kau anak orang kaya la?” tanya Erin lagi.
              
     Sekali lagi Danisya mengganguk.
              
     “Maknanya kau bukan orang miskin la?”
             
     Danisya mengganguk sekali lagi.
             
     “Kau masuk universiti tu bukan atas biasiswa la?” soal Erin.
             
     “Woi, dah-dah la tu. Mau patah tengkuk aku asyik mengganguk. Dah macam burung belatuk pun ada,” tegur Danisya.
             
     “Hehehe, tak percaya aku selama ni aku berkawan dengan anak Tan Sri. Kecil pulak aku rasa,” luah Erin.
             
     “Kau nak aku tampar kau laju-laju ke? Anak Tan Sri ke, anak Dato’ ke, anak nelayan ke semua sama. Ada  mata, ada telinga, ada mulut,” ucap Danisya.
             
     “Yelah, yelah,”
             
     “Kau marah aku ke?” tanya Danisya.
             
     “Marah sebab apa?” soal Erin.
              
     “Sebab aku tipu korang pasal siapa aku yang sebenarnya,”
              
     “Oh pasal tu. Aku tak kisah pun. Lagi pun kau buat macam tu untuk kebaikan kan. Lagi pun bak kata kau semua orang sama je, ada mata, ada telinga,ada hidung,” jawab Erin.
              
     “Kau lah kawan aku sehidup semati,” jerit Danisya kegembiraan.
              
     “Kau pun sama. Harap-harap kita jadi bestfriend forever,” ucap Erin.
              
     “Okey, I promise,”
              
     Mereka berdua saling berpelukan.