Tuesday, 5 November 2013

1 2 3 Cinta 18


Bab 18
     Hari yang ditakuti akhirnya tiba jua. Segala hiasan di tempat persandingan telah pun siap  disusun atur. Memang terbaik hasil sentuhan wedding planner yang mama tempah. Dia terdengar bahawa pihak lelaki akan hadir sebelum waktu Zohor.
           
     “Isya cepat la apa yang dimenungkan tu,” kejut Puan Sri Aisyah.
           
     “Kenapa mama kelam-kabut sangat ni?” tanya Danisya.
           
     “Sayang tahu tak dah pukul berapa ni? Kita dah lewat tau,” jerit Puan Sri Aisyah melawan suara bising tetamu yang datang untuk membantu.
           
     “Baru pukul 11 pagi mama. Rilexxx,” jawap Danisya.
           
     “Baru Isya cakap. Dah lewat la. Nak bersiap lagi. Takut tak sempat pula. Dah-dah jom,” ajak Puan Sri Aisyah lantas menarik tangan Danisya.
           
     “Mama, Erin pun kena bersiap juga. Dia kan pengapit Danisya,” ucap Danisya mengingatkan mamanya.
           
     “A’ah la, lupa pula. Erin!!!,” jerit Puan Sri Aisyah memanggil Erin.
           
     Erin yang sedang membantu mengemas rumah segera menuju ke arah Puan Sri Aisyah.
           
     “Kenapa aunty?” tanya Erin kehairanan.
           
     “Aunty tengok kamu ni dari semalam tak henti-henti buat kerja. Dah jom pergi bersiap,” ajak Puan Sri Aisyah yang merupakan satu arahan sebenarnya.  
           
     Danisya dan Erin cepat-cepat menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Puan Sri Aisyah turut melakukan perkara yang sama. Dia terserempak dengan Tan Sri Saifuddin yang sedang bersiap-siap.
           
     “Sayang, cepat la bersiap,” tegur Tan Sri Saifuddin.
           
     “Yelah, nak bersiap la ni,” jawap Puan Sri Aisyah.
           
     Selang beberapa minit kemudian, Puan Sri Aisyah keluar dari bilik mandi dan menyarungkan jubah berwarna putih pada tubuhnya. Tudung solehah menjadi pilihannya untuk dipakaikan bersama-sama jubah tersebut.
           
     Tan Sri Saifuddin turut mengenakan baju melayu yang berwana senada dengan jubah Puan Sri Aisyah. Setelah bersolek ala kadar, Puan Sri Aisyah ingin melihat keadaan Danisya dan Erin.
           
     “Isya, Erin dah siap ke?” tanya Puan Sri Aisyah seraya memasuki bilik tersebut.
           
     “Wau, kebaya tu seperti memang direka untuk Erin je. Sesuai sangat. Isyh, kalau aunty ada anak laki dah lama aunty pinangkan Erin,” puji Puan Sri Aisyah, kagum dengan penampilan Erin pada hari bersejarah itu.
          
     “Isyh, aunty ni, mana ada lah. Biasa-biasa je Erin ni. Mana cantik pun, baju ni ye lah cantik. Baju ni pun Isya yang pilih. Sejak bila ntah dia pandai pilih baju-baju yang berfesyen ni,” ucap Erin, merendah diri.
          
     “Ek eleh, malu-malu pula. Danisya memang tahu sikit-sikit pasal fesyen ni cuma dia malas je nak berlebih-lebih. By the way, Danisya mana?” tanya Puan Sri Aisyah apabila menyedari kelibat Danisya tiada di bilik tersebut.
          
     “Isya, dalam toilet lagi, aunty. Entah apa yang dibuatnya sampai tak keluar-keluar lagi,” jawap Erin.
          
     “Err, aunty reti tak nak pakai selendang ni macam mana? Erin tak pandailah. Erin ingat ni untuk alas meja tapi rupa-rupanya spesis tudung gak,” tanya Erin, mati-mati dia ingat selendang tu adalah alas meja.
          
     “Ada ke patut samakan selendang  dengan alas meja. Lawak lah Erin ni. Kesian Erin. Meh aunty tolong pakaikan tapi sebelum tu kena make-up dulu,” ujar Puan Sri Aisyah.
          
     “Make-up?” jerit Erin.
          
     “Aunty tak kira. Kamu kena jugak make-up,” arah Puan Sri Aisyah.
          
     ‘Memang sehati sejiwa betul Erin dan Isya ni,’ getus Puan Sri Aisyah.
          
     So, Erin pun terpaksalah menyetujui dalam rela dan paksa. Puan Sri Aisyah cepat-cepat melaksanakan tugasnya.
         
     “Erin, adui asal la mama aku ni tempah baju cam ni, tak selesa la,” rungut Danisya sambil keluar dari toilet. Dia memakai baju kurung satin berkain duyung yang bercekak musang dan  berwarna putih.
         
     “Berjam-jam aku nak pakai baju ni. Payah betul,” adu Danisya lagi tanpa menyedari akan kehadiran mamanya.
         
     “Dah memang waktu nikah kena pakai baju macam tu. Putih suci bersih,” jawap Puan Sri Aisyah yang mengejutkan Danisya.    
         
     “Eh, mama!! Panjang umur. Isya tak kisah warna dia la. Masalahnya kain dia ni sempit, terseksa Isya nak jalan,” terang Danisya.
         
     “Okey apa Isya. Cantik je bila kau pakai. Ayu gitu,” puji Erin.
         
     “Hah, Erin pun setuju dengan baju tu. Pandaikan aunty pilih,”ujar Puan Sri Aisyah, tak habis-habis dengan memuji diri sendiri.
         
     “Pandai-pandai. Aunty memang the best la,” puji Erin sampil menaikan ibu jarinya.
         
     “Alang-alang kau dah suka apa kata kita tukar. Boleh aku merasa jadi ratu kebaya. Kot-kot nanti ada yang cari aku untuk jadi miss world kan,” cadang Danisya.
         
     “Miss world taik kucing kau. Tak nak aku, kang tak pasal orang ingat aku pulak pengantin perempuan,” tolak Erin. Gila apa Isya ni nak suruh aku tukar baju dengan dia. Nanti aku pulak yang kena kahwin paksa. Mau naik darah tinggi mak aku kalau tahu aku yang kena kahwin.
         
     “Aku gurau je,” jawap Danisya.
         
     “Lagipun aku tengok kau dah perfect dengan baju kebaya tu. Habis cun melecun dah. Ni mesti ada yang terpikat ni. Alang-alang tu boleh nikah sekali dengan aku,” usik Danisya.
         
     “Mengarut lah kau ni,” sangkal Erin.
         
     “Betul apa yang Isya cakap tu. Aunty setuju,”
         
     “Dah-dah la tu Isya usik Erin. Meh sini mama tolong make-up kan,” sambung Puan Sri Aisyah apabila melihat Danisya ingin membuka mulut. Tak lain tak bukan nak usik Erin lagi la tu.
         
     “Make-up, make-up.. Asyik-asyik make-up,” bebel Danisya perlahan. Namun dia menuruti kata-kata mamanya.
        
     Erin ralit melihat Puan Sri Aisyah menyolek Danisya. Dalam hati dia memuji kecantikan Danisya.
        
     “Isya ni kalau tak make-up pun cantik. Kalau make-up lagi laa, superb. Nanti suami kau tengok mesti tergoda. Jatuh cinta pandang pertama gitu,” puji Erin. Dia sudah lama memerhatikan tingkah laku Danisya selama ini. Pakai t-shirt yang biasa-biasa je, tudung pula hanya diselempangkan. Memang orang lain tak jangka la Danisya ni anak Tan Sri.
        
     “Mula la nak melalut tu. Takde maknanya,” sangkal Danisya.
        
     “Ada maknanya ea. Apa yang aku cakap tu betul apa,” jawap Erin.
        
     Puan Sri Aisyah hanya mendengar perbualan Erin dengan anaknya. Setelah menyolek Danisya, dia mencapai anak tudung awning dan selendang schanaz satin berwarna putih lalu dipakaikan di kepala Danisya. Kemudian dia menyarungkan kain lace yang ditempah khas di Butik D’Rias Collection. Tidak lupa diselitkan juga tiara kecil di atas kepala Danisya.
       
     “Okey dah siap,” ucap Puan Sri Aisyah puas hati dengan hasil sentuhannya.
       
     “Comelnya, Isya. Warna putih memang sesuai dengan kau yang putih melepak,” puji Erin lagi.
       
     “Tak habis-habis dengan pujian. Boring dah aku dengar. Aku dah lama tahu aku comel. So, stop memuji aku yang comel ni,” ucap Danisya lantas dia berpusing untuk mengadap cermin. Terkejut dia dengan penampilannya. Lain benar dengan dia yang dulu. Teringat pulak sewaktu dia ke majlis syarikat papanya. Patutlah Erin tak henti-henti memujinya, memang cantik sentuhan mamanya. Tak payah susah-susah tempah mak andam.
       
     “Kenapa? Tak percaya ke?” usik Puan Sri Aisyah apabila anaknya tak berkelip melihat penampilan dirinya sendiri.
       
     “Dah siap ke? Dah pukul 12.30 tengah hari ni. Kang terlewat pula,” tanya Tan Sri Saifuddin yang baru memasuki bilik tersebut. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang amat comel dengan baju kurung satin berwarna putih.
       
     “Princess ke ni? Macam Barbie doll yang pakai tudung. Cantik nya,” puji Tan Sri Saifuddin lantas mencubit pipi Danisya.
       
     “Eh, ni Erin ke? Wau, cantiknya dia. Macam nak naik pelamin sekali dengan Isya dah,” usik Tan Sri Saifuddin.
      
     “Betul tu papa. Kita cari la sorang laki untuk nikah dengan Erin kejap lagi. Boleh buat majlis perkahwinan serentak,” acah Danisya pula.
      
     “Cop, cop.. Uncle, Isya, jangan nak mengarut ea. Erin tak nak kahwin lagi. Kang nanti Erin balik rumah terkejut mak Erin bila dapat tahu yang Erin dah kahwin tanpa persetujuan dia,”
      
     “Bagus, bagus. Bab kahwin ni memang kena ada restu parents baru lah sesebuah perkahwinan tu bahagia. Macam kami ni,” nasihat Tan Sri Saifuddin lalu memeluk pinggang isterinya dan mencium dahi isterinya.
      
     Malu Puan Sri Aisyah diperlakukan sebegitu di hadapan Erin dan Danisya.
      
     “Wau, romantik la uncle dengan aunty ni,”
      
     “Memang la romantik, bila kat depan aku my mom and my dad ni tak bertapis pon. Aku pula yang malu. Nasib baik da lepas 18 tahun,” adu Danisya.
      
     “Laa ni lah resepi nak bahagia, saling sayang-menyayangi,” jawap Tan Sri Saifuddin.
      
     Belum sempat Danisya nak membalas kata-kata papanya, tiba-tiba terdengar panggilan dari telefon bimbit papanya. Usai panggilan ditamatkan, Tan Sri Saifuddin mengajak mereka ke Masjid Negara kerana pihak lelaki sudah sampai.
     
     Danisya dan Erin cepat-cepat menyarungkan sepatu masing-masing. Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah telah keluar untuk menunggu di dalam kereta.
     
     “Aku lemah betul la bila kena pakai menatang ni,” adu Danisya.
    
     “Dah jangan banyak cakap. Aku pun tak suka pakai high heel ni,”
    
     Danisya dan Erin segera keluar dan menuju ke kereta papanya. Tetamu yang datang ke rumahnya tidak henti-henti memuji kecantikan Danisya dan Erin.

2 comments: