Monday, 11 November 2013

1 2 3 Cinta 19


Bab 19
  Sebanyak sepuluh buah kereta mengiringi mereka ke Masjid Negara iaitu di mana Danisya akan dinikahkan.
        
     Semakin hampir mereka ke Masjid Negara, semakin laju jantung Danisya berdegup. Dia segera menggengam tangan Erin untuk mendapatkan kekuatan.  Sesampainya di situ, dia melihat ramai wartawan yang hadir untuk membuat liputan mengenai majlis kahwinnya. Biasalah anak Tan Sri kan.
         
     Danisya dibawa mamanya ke satu sudut yang khusus untuknya.  Tetamu yang hadir di masjid itu tak henti-henti memuji Danisya. Tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan Erin.
        
     “Baiklah nampak gayanya pengantin perempuan sudah sampai. Jadi bolehlah kita mulakan majlis,” terdengar suara tok kadi memulakan bicara.
        
     Hati Danisya tak payah nak katalah, rasa macam nak expload  je.
       
     Tok kadi tersebut mula-mula memberitahu akan tanggungjawap suami dan isteri, juga diselangi dengan beberapa nasihat.
     
     “Bismillahirahmanirahim, aku nikahkan dikau Adam Danial bin Razif dengan Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai berserta dengan sepasang telekung dan senaskah kitab Al-Quran,” ucap tok kadi lalu menggoncang tangan Danial sebagai isyarat untuk mengucapkan kabulnya.
      
     Danisya terdengar nama Adam Danial yang disebut tok kadi lantas dia berpaling pada Erin yang sedang memandangnya dengan wajah kehairanan. Danisya hanya menjongketkan bahunya.
     
     ‘Dia ke, bukan dia kot? Ramai lagi yang nama Adam Danial. Kalau dia??? Alamak mati la aku,’ getus Danisya dalam hati.
     
     ‘Puteri Danisya Iriana,’ sebut Danial dalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan nama sebenar Danisya yang diberikan Edirul kepadanya. Aduii, minah tu ke? Tapi minah tu bukan anak Tan Sri.
      
     “Danial,” sergah Dato’ Razif sambil menyiku pinggang anaknya itu.
      
     “Aku terima nikahnya Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai berserta sepasang telekung dan senaskah kitab Al-Quran,” ucap Danial dengan terang dan jelas.
      
     Hanya sekali lafaz sahaja Danisya sudah menjadi hak milik mutlak Danial.
     
     Danisya berasa dunianya menjadi terumbang-ambing seketika. Dalam hati, dia menangis kesayuan. Tamat lah sudah zaman bujangnya. Dia menadah tangan untuk mengaminkan doa apabila disiku Erin. Setitik air matanya jatuh ke pipi.
      
     Sesudah mengaminkan doa, Danial memandang rakan-rakannya yang turut hadir pada hari itu. Masing-masing tidak tahu siapa gerangan isterinya itu.
      
     “Danial pergi sarungkan cincin tu pada isteri kau,” bisik Safwan.
       
     Danial terlupa akan hal tersebut lantas dia bangun menuju ke arah Danisya dan duduk di hadapannya.
      
     Danisya hanya menundukkan wajahnya. Dia menghulurkan jarinya apabila disiku sekali lagi oleh Erin.
      
     Danial menyarungkan cincin yang bertakhtakan berlian pada jari  manis Danisya. Muat-muat je cincin tersebut. Danisya lantas mencium tangan suaminya. Danial mengangkat muka Danisya untuk mencium dahinya namun mereka berdua terpempang.
      
     ‘Aduii, mamat sewel ni suami aku!!!!! Habis la aku. Why? Why? Ya Allah!!!’ getus Danisya dalam hati. 
      
     ‘Iriana’ panggil Danial dalam hati. Dia teringat akan pertemuannya dengan Danisya di majlis ulang tahun syarikat Syaisyh Holding. Fikiran Danial menjadi bercelaru.
      
     Danial lantas mencium dahi Danisya. Terlihat kelipan lensa kamera wartawan mahupun tetamu yang hadir. Setelah itu Danisya dan Danial bersalaman dengan kedua-dua orang tua mereka.
      
     Danial ingin bersua muka dan berbicara dengan Danisya tetapi terhalang dek para tetamu yang ingin mengucapkan tahniah.
       
     Danisya memeluk Erin dengan erat sekali. Dia amat bersyukur mempunyai kawan sebaik Erin. Erin sentiasa disisinya di kala duka dan lara mahupun senang.
      
     Barang-barang hantaran yang diterima Danisya dari pihak lelaki telah diangkut masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan barang hantaran yang diterima oleh Danial. Pihak Danisya memberi sebanyak 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran dari pihak lelaki.
Danisya cepat-cepat menarik tangan Erin menuju ke kereta papanya.
      
     “Erin, mampus lah aku lepas ni,” adu Danisya
      
     “Kenapa nak mampusnya? Aku confirm lepas ni kau dengan Danial tak keluar-keluar dari bilik. Kau beruntung la dapat Danial, jejaka idaman Malaya tu,” usik Erin.
      
     “Tengkorak hang, otak kuning dia mai daaa. A’ah tak keluar-keluar bilik sebab berperang kan. Dia tu boleh dikatakan ibarat musuh aku la. Asal berjumpa mesti bergaduh, asal bergaduh mesti jumpa dia,”
      
     “Tulah kau benci sangat dekat dia. Alih-alih kau kena kahwin dengan dia. Padan muka. Aku dah cakap korang ni ada jodoh. Biasalah tu mula-mula benci, last-last nanti sayang laa,” ejek Erin.
      
     “Erin!!” jerit Danisya.
       
     Belum sempat dia memarahi Erin, papanya tiba-tiba datang.
      
     “Hah, Isya, kamu pergi naik dengan suami kamu tu,” arah Tan Sri Saifuddin.
    
     “Apa papa? No No No. Please, papa,” pujuk Danisya. Serta-merta wajahnya menjadi pucat apabila mendengar arahan papanya.
    
     “Apa Isya merepek ni. Diakan suami kamu,” ucap Puan Sri Aisyah pula.
    
     “Mama, papa, please,” pujuk Danisya lagi.
     
     Danisya ternampak kelibat Danial dan rakan-rakannya menuju ke arah mereka. Cepat- cepat Danisya masuk ke dalam kereta papanya. Tan Sri Saifuddin hanya menggeleng melihat akan kedegilan Danisya manakala Erin pula menahan tawanya dari terhambur keluar.
     
     “Ermm,Danial, papa minta Danisya untuk balik dengan papa ye,” pinta Tan Sri Saifuddin.
     
     “Okey je papa. Danial tak kisah. Sekejap lagi Danial boleh jumpa juga dengan Puteri,” ucap Danial lantas menoleh ke arah Danisya yang memandang ke arah lain.
      
     “Have we met before?” tanya Danial apabila terpandang Erin.

     “Erin kan?” teka Danial.
      
     “Yup, jaga kawan aku ni baik-baik,” nasihat Erin.
      
     Danial sudah mendapat jawapan untuk kekeliruannya selama ini. Iriana dan Danisya adalah orang yang sama. Cuma ada satu hal yang dia masih keliru.
      
     “Okeylah, jom kita berangkat,” ajak Tan Sri Saifuddin.

**************************
       
     Perkahwinan Danial disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Seluruh Malaysia mengetahui perkahwinan Danial itu.
       
     Melissa dan Fiqa turut menyaksikan perkahwinan tersebut melalui televisyen.
       
     “Arggghh!!! Dia milik aku. Dia sepatutnya milik aku,” jerit Fiqa sambil memeluk televisyen. Tak dapat peluk tuan, peluk televisyen pun jadilah.
      
     “Wei, gila apa. Terkejut aku tiba-tiba kau menjerit. Ingatkan dah kena histeri. Relax la Fiqa,” ucap Melissa.
      
     “Tengkorak kau relax. Ya, ya, aku gila. Aku gilakan si Danial. Hanya dia yang aku mahukan,” jerit Fiqa dengan linangan air mata.
      
     “Wei, kumbang bukan seekor la,”
      
     “Memang lah kumbang bukan seekor. Tapi dia hanya seorang dalam berjuta, bengong,” cantas Fiqa.
      
     “Habis tu kau nak buat macam mana? Si Danial tu dah kahwin. Silap hari bulan dia orang dah ada anak dah pun,” ucap Melissa menyedarkan Fiqa akan situasi yang sedang terjadi dan bakal terjadi.
      
     “Aku tak kira aku akan pecah belahkan perkahwinan diorang. Aku akan siasat siapa Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin ni. Aku akan cari sampai ke lubang cacing,” luah Fiqa dengan penuh bersemangat.
      
     “Bagus la kau dah ada plan. Tapi aku macam pernah dengar je nama perempuan tu. Tapi aku tak ingat la di mana dan siapa,” ujar Melissa sambil berfikir.
      
     “Gila punya kaya perempuan tu. Anak Tan Sri lagi. Untunglah siapa yang dapat kawan dengan perempuan tu,” sambung Melissa
      
     “Bodoh!!!!,” jerit Fiqa.
       
     Melissa tergelak melihat kemarahan Fiqa yang memuncak. Habis barang-barang dilemparnya. Melissa hanya memerhati tingkah laku Fiqa. Apa nak heran semua barang-barang yang dilempar Fiqa tu semua hak dia.

**************************

     Danial menaiki kereta yang di pandu Zarif untuk ke kediaman Danisya.
       
     “Aku dah ingat, Puteri Danisya Iriana ialah minah senget tu. Puteri dan Danisya ialah orang yang sama,” ujar Danial.

     “So, amacam kau bila dapat tahu yang kau kena kahwin dengan seteru kau?” tanya Edirul.

     “Macam biasa je,” jawap Danial menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
       
     “Yelah tu macam biasa je. Tak sangka doa aku diperkenankan oleh Allah. Kan aku dah cakap mesti kau akan kahwin dengan Danisya,” ucap Safwan.
       
     “Eh, minah yang sentiasa berkepit dengan isteri kau tu siapa?” tanya Safwan, offtopic.

     “Kawan baik Danisya, Erin. Ingat tak yang buat pengumuman hari tu,” jawap Danial.
       
     “Asal? Kau berminat ke?” tanya Edirul.
       
     “Fuhh, kalau korang nak tahu hati aku ni berdebar-debar bila melihat dia. Semacam ada taman je dalam hati. Siap ada air terjun lagi. Tenang je,” terang Safwan.
       
     “Woi, jiwang karat,” ejek  Ikhwal.
       
     “Mana ada. I’m fall in love at the first sight with Erin,” luah Safwan.
       
     “Wah,wah.. Cinta pandang pertama la ni. Takpe nanti aku tolong usyharkan,”  ujar Danial.
       
     “Kan betul aku kata hari tu. Beruntung kau jadi pengapit aku kan dah jumpa soulmate kau,” sambung Danial.

     “Hem, kembali pada cerita aku. Aku rasa dia tu orang yang sama yang aku terjumpa sewaktu di majlis ulang tahun syarikat Syaisyh Holding,” luah Danial.
       
     “Iriana?” tanya Zarif.
       
     Danial mengangguk tanda mengiakan kata – kata Zarif.
       
     “Emm, Iriana dah Danisya orang yang sama. Cuma, kenapa dia tipu yang dia tu miskin?” tanya Danial kehairanan.

       
     “Kau simpan dan tanya je lah isteri kau tu sendiri. Kita dah sampai,”jawap Zarif.

No comments:

Post a Comment