Bab 18
Hari yang ditakuti akhirnya tiba jua. Segala hiasan di tempat persandingan telah pun siap disusun atur. Memang terbaik hasil sentuhan wedding planner yang mama tempah. Dia terdengar bahawa pihak
lelaki akan hadir sebelum waktu Zohor.
“Isya cepat la apa yang dimenungkan tu,” kejut
Puan Sri Aisyah.
“Kenapa mama kelam-kabut sangat ni?” tanya
Danisya.
“Sayang tahu tak dah pukul berapa ni? Kita dah
lewat tau,” jerit Puan Sri Aisyah melawan suara bising tetamu yang datang untuk
membantu.
“Baru
pukul 11 pagi mama. Rilexxx,” jawap Danisya.
“Baru Isya cakap. Dah lewat la. Nak bersiap
lagi. Takut tak sempat pula. Dah-dah jom,” ajak Puan Sri Aisyah lantas menarik
tangan Danisya.
“Mama, Erin pun kena bersiap juga. Dia kan
pengapit Danisya,” ucap Danisya mengingatkan mamanya.
“A’ah la, lupa pula. Erin!!!,” jerit Puan Sri
Aisyah memanggil Erin.
Erin yang sedang membantu
mengemas rumah segera menuju ke arah Puan Sri Aisyah.
“Kenapa aunty?” tanya Erin kehairanan.
“Aunty tengok kamu ni dari semalam tak henti-henti buat kerja. Dah
jom pergi bersiap,” ajak Puan Sri Aisyah yang merupakan satu arahan sebenarnya.
Danisya dan Erin cepat-cepat menuju ke bilik mandi untuk membersihkan
diri. Puan Sri Aisyah turut melakukan perkara yang sama. Dia terserempak dengan Tan Sri
Saifuddin yang sedang bersiap-siap.
“Sayang, cepat la bersiap,”
tegur Tan Sri Saifuddin.
“Yelah, nak bersiap la ni,”
jawap Puan Sri Aisyah.
Selang beberapa minit kemudian,
Puan Sri Aisyah keluar dari bilik mandi dan menyarungkan jubah berwarna putih
pada tubuhnya. Tudung solehah menjadi pilihannya untuk dipakaikan bersama-sama
jubah tersebut.
Tan Sri Saifuddin turut
mengenakan baju melayu yang berwana senada dengan jubah Puan Sri Aisyah.
Setelah bersolek ala kadar, Puan Sri Aisyah ingin melihat keadaan Danisya dan
Erin.
“Isya, Erin dah siap ke?” tanya Puan Sri
Aisyah seraya memasuki bilik tersebut.
“Wau, kebaya tu seperti memang
direka untuk Erin je. Sesuai sangat. Isyh, kalau aunty ada anak laki dah lama aunty
pinangkan Erin,” puji Puan Sri Aisyah, kagum dengan penampilan Erin pada hari
bersejarah itu.
“Isyh, aunty ni, mana ada lah. Biasa-biasa je Erin ni. Mana cantik pun, baju ni ye lah cantik. Baju ni pun Isya yang pilih. Sejak bila ntah dia pandai pilih baju-baju yang berfesyen ni,”
ucap Erin, merendah diri.
“Ek eleh, malu-malu pula. Danisya memang tahu sikit-sikit pasal fesyen ni cuma dia malas je nak berlebih-lebih. By the way, Danisya
mana?” tanya Puan Sri Aisyah apabila menyedari kelibat Danisya tiada di bilik
tersebut.
“Isya, dalam toilet lagi, aunty.
Entah apa yang dibuatnya sampai tak keluar-keluar lagi,” jawap Erin.
“Err, aunty reti tak nak pakai selendang ni macam mana? Erin tak
pandailah. Erin ingat ni untuk alas meja tapi rupa-rupanya spesis tudung gak,”
tanya Erin, mati-mati dia ingat selendang tu adalah alas meja.
“Ada ke patut samakan selendang dengan alas meja. Lawak lah Erin ni. Kesian
Erin. Meh aunty tolong pakaikan tapi
sebelum tu kena make-up dulu,” ujar
Puan Sri Aisyah.
“Make-up?”
jerit Erin.
“Aunty
tak kira. Kamu kena jugak make-up,”
arah Puan Sri Aisyah.
‘Memang sehati sejiwa betul Erin dan
Isya ni,’ getus Puan Sri Aisyah.
So,
Erin pun terpaksalah menyetujui dalam rela dan paksa. Puan Sri Aisyah cepat-cepat
melaksanakan tugasnya.
“Erin, adui asal la mama aku ni tempah baju cam ni, tak selesa la,” rungut Danisya sambil keluar dari toilet. Dia memakai baju kurung satin
berkain duyung yang bercekak musang dan
berwarna putih.
“Berjam-jam aku nak pakai baju ni.
Payah betul,” adu Danisya lagi tanpa menyedari akan kehadiran mamanya.
“Dah memang waktu nikah kena pakai
baju macam tu. Putih suci bersih,” jawap Puan Sri Aisyah yang mengejutkan
Danisya.
“Eh, mama!! Panjang umur. Isya tak kisah warna dia
la. Masalahnya kain dia ni sempit, terseksa Isya nak jalan,” terang Danisya.
“Okey apa Isya. Cantik je bila kau
pakai. Ayu gitu,” puji Erin.
“Hah, Erin pun setuju dengan baju tu.
Pandaikan aunty pilih,”ujar Puan Sri Aisyah, tak habis-habis dengan memuji diri sendiri.
“Pandai-pandai. Aunty memang the best
la,” puji Erin sampil menaikan ibu jarinya.
“Alang-alang kau dah suka apa kata
kita tukar. Boleh aku merasa jadi ratu kebaya. Kot-kot nanti ada yang cari aku untuk jadi miss world kan,” cadang Danisya.
“Miss world taik kucing kau. Tak nak aku, kang tak pasal orang
ingat aku pulak pengantin perempuan,” tolak Erin. Gila apa Isya ni nak suruh
aku tukar baju dengan dia. Nanti aku pulak yang kena kahwin paksa. Mau naik darah tinggi mak aku kalau tahu aku yang kena kahwin.
“Aku gurau je,” jawap Danisya.
“Lagipun aku tengok kau dah perfect dengan baju kebaya tu. Habis
cun melecun dah. Ni mesti ada yang terpikat ni. Alang-alang tu boleh nikah
sekali dengan aku,” usik Danisya.
“Mengarut lah kau ni,” sangkal Erin.
“Betul apa yang Isya cakap tu. Aunty setuju,”
“Dah-dah la tu Isya usik Erin. Meh
sini mama tolong make-up kan,”
sambung Puan Sri Aisyah apabila melihat Danisya ingin membuka mulut. Tak lain
tak bukan nak usik Erin lagi la tu.
“Make-up, make-up.. Asyik-asyik
make-up,” bebel Danisya perlahan.
Namun dia menuruti kata-kata mamanya.
Erin ralit melihat Puan Sri Aisyah menyolek Danisya. Dalam hati dia
memuji kecantikan Danisya.
“Isya ni kalau tak make-up pun cantik. Kalau make-up lagi laa, superb. Nanti suami kau tengok mesti tergoda. Jatuh
cinta pandang pertama gitu,” puji Erin. Dia sudah lama memerhatikan tingkah
laku Danisya selama ini. Pakai t-shirt yang biasa-biasa je, tudung pula hanya
diselempangkan. Memang orang lain tak jangka la Danisya ni anak Tan Sri.
“Mula la nak melalut tu. Takde maknanya,” sangkal Danisya.
“Ada maknanya ea. Apa yang aku cakap tu betul apa,” jawap Erin.
Puan Sri Aisyah hanya mendengar perbualan Erin dengan anaknya. Setelah
menyolek Danisya, dia mencapai anak tudung awning dan selendang schanaz satin
berwarna putih lalu dipakaikan di kepala Danisya. Kemudian dia menyarungkan
kain lace yang ditempah khas di Butik D’Rias Collection. Tidak lupa diselitkan
juga tiara kecil di atas kepala Danisya.
“Okey dah siap,” ucap Puan Sri
Aisyah puas hati dengan hasil sentuhannya.
“Comelnya, Isya. Warna putih
memang sesuai dengan kau yang putih melepak,” puji Erin lagi.
“Tak habis-habis dengan pujian. Boring dah aku dengar. Aku dah lama tahu aku comel. So, stop memuji aku yang comel ni,” ucap Danisya
lantas dia berpusing untuk mengadap cermin. Terkejut dia dengan penampilannya.
Lain benar dengan dia yang dulu. Teringat pulak sewaktu dia ke majlis syarikat papanya. Patutlah Erin tak henti-henti memujinya, memang
cantik sentuhan mamanya. Tak payah susah-susah tempah mak andam.
“Kenapa? Tak percaya ke?” usik
Puan Sri Aisyah apabila anaknya tak berkelip melihat penampilan dirinya
sendiri.
“Dah siap ke? Dah pukul 12.30
tengah hari ni. Kang terlewat pula,” tanya Tan Sri Saifuddin yang baru memasuki
bilik tersebut. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang amat comel
dengan baju kurung satin berwarna putih.
“Princess ke ni? Macam Barbie
doll yang pakai tudung. Cantik nya,” puji Tan Sri Saifuddin lantas mencubit
pipi Danisya.
“Eh, ni Erin ke? Wau, cantiknya
dia. Macam nak naik pelamin sekali dengan Isya dah,” usik Tan Sri Saifuddin.
“Betul tu papa. Kita cari la
sorang laki untuk nikah dengan Erin kejap lagi. Boleh buat majlis perkahwinan
serentak,” acah Danisya pula.
“Cop, cop.. Uncle, Isya, jangan nak mengarut ea. Erin tak nak kahwin lagi. Kang
nanti Erin balik rumah terkejut mak Erin bila dapat tahu yang Erin dah kahwin
tanpa persetujuan dia,”
“Bagus, bagus. Bab kahwin ni
memang kena ada restu parents baru
lah sesebuah perkahwinan tu bahagia. Macam kami ni,” nasihat Tan Sri Saifuddin
lalu memeluk pinggang isterinya dan mencium dahi isterinya.
Malu Puan Sri Aisyah diperlakukan sebegitu di hadapan Erin dan Danisya.
“Wau, romantik la uncle dengan aunty ni,”
“Memang la romantik, bila kat depan aku my mom and my dad ni tak bertapis pon. Aku
pula yang malu. Nasib baik da lepas 18 tahun,” adu Danisya.
“Laa
ni lah resepi nak bahagia, saling sayang-menyayangi,” jawap Tan Sri Saifuddin.
Belum sempat Danisya nak membalas kata-kata
papanya, tiba-tiba terdengar panggilan dari telefon bimbit papanya. Usai
panggilan ditamatkan, Tan Sri Saifuddin mengajak mereka ke Masjid Negara kerana
pihak lelaki sudah sampai.
Danisya dan Erin cepat-cepat menyarungkan sepatu masing-masing. Tan Sri
Saifuddin dan Puan Sri Aisyah telah keluar untuk menunggu di dalam kereta.
“Aku lemah betul la bila kena
pakai menatang ni,” adu Danisya.
“Dah jangan banyak cakap. Aku pun tak suka pakai high heel ni,”
Danisya dan Erin segera keluar dan menuju ke kereta papanya. Tetamu yang
datang ke rumahnya tidak henti-henti memuji kecantikan Danisya dan Erin.

best nak lagi ya tq.
ReplyDeletemekasih sudi singgah..
Delete