BAB 3
Sudah
banyak kali telefon bimbit Danisya menjerit-jerit minta diangkat, namun Danisya
sedikit pun tidak tersedar dari lenanya. Puan Sri Aisyah sewaktu itu ingin
menjenguk Danisya terdengar bunyi telefon bimbit Danisya. Lantas dia
menjawapnya.
“Wei, jenuh aku call kau. Baru sekarang kau nak jawab.
Isyh, apalah kau ni. Aku risau punya nak gila kau boleh tak endah kan panggilan
aku,” sembur Melissa tanpa memberi salam.
“Erm, assalamualaikum.
Maaf, Isya tengah tidur la. Maybe dia
keletihan sebab saya ajak dia temankan saya bershopping sehari suntuk ni,” ucap Puan Sri Aisyah.
“Opss, maaf Puan Sri ya.
Saya Mel, Melissa. Kawan serumah Danisya. Saya risau sebab Isya tak balik lagi.
Ingatkan dia kena apa-apa tadi. Huuuh, lega saya dia selamat,” ujar Melissa
kelegaan.
“Tak apa. Dia selamat cuma
dia tak balik hari ni. Saya perlukan bantuan dia sekejap,” Puan Sri Aisyah tahu
Danisya berbohong dengan mengatakan bahawa dia bekerja dengannya.
“Baiklah Puan Sri. Terima
kasih. Assalamualaikum,” Melissa menamatkan panggilan tersebut setelah dia
memberi salam.
“Walaikumusalam,”
“Isya bangun. Dah nak
maghrib ni,” kejut Puan Sri Aisyah sambil mengoyangkan bahu Danisya.
Danisya bangun dari tidur
seraya mengeliat. Lalu dia menuju ke bilik air.
Puan Sri Aisyah menutup suis
penghawa dingin dan mengemas katil Danisya sebelum dia keluar dari bilik
Danisya.
“Where my Princess?” tanya Tan Sri
Saifuddin apabila dia ternampak kelibat Puan Sri Aisyah yang sedang menuruni tangga.
“Ada kat atas. Tengah mandi.
Kejap lagi dia turun lah,” jawab Puan Sri Aisyah.
“Rindunya abang pada anak
kita tu,” ucap Tan Sri Saifuddin lalu menarik tangan isterinya supaya isterinya
itu duduk di sebelahnya.
“Tau pun. Aisyah pun rindu
sangat kat Isya. Kalau boleh Aisyah nak dia duduk serumah dengan kita. Tapi apa
boleh buat. Itu syarat yang dia letak. Huuuh,” keluh Puan Sri Aisyah.
“Terpaksa Aisyah ‘seludup’
Isya mari sini,” tambah Puan Sri Aisyah.
Tan Sri Saifuddin tergelak
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.
“Apa abang ni Aisyah cakap
betul apa. Kenapa gi gelak?” marah Puan Sri Aisyah lantas mencubit lengan Tan
Sri Saifuddin.
“Adui, sayang sakit la,”
adu Tan Sri Saifuddin sambil menggosok lengannya.
“Sakit ke papa. Nah Isya
tambah lagi,” ucap Danisya lantas mencubit bahu papanya. Dia baru saja turun
dari biliknya,setelah usai solat Maghrib.
“Princess, sakit la. Nak kena ni,” jerit Tan Sri Saifuddin lalu
menarik tangan Danisya. Danisya tak sempat melarikan diri lantas dia terduduk
betul-betul di tengah-tengah antara papa dan mamanya. Lalu Tan Sri Saifuddin
mengeletek Danisya.
“Mama tak nak masuk campur,”
Puan Sri Aisyah tergelak melihat keletah anak dan suaminya.
“Papa, Isya menyerah,”Danisya mengangkat tangan tanda
menyerah kalah.
“Yeah, papa menang,” sorak
Tan Sri Saifuddin.
“Huh, tak adil. Papa dengan
mama ni tak malu la bermesra depan Isya. Isya pula yang rasa malu,”
“Eleh, jealous la tu. Papa suruh kahwin, tak nak,” usik Tan Sri Saifuddin.
“A’ah,mama dah tak sabar
nak timang cucu sulung ni,” usik Puan Sri Aisyah pula.
“Mama!! Papa!! Nope, I don’t want. Isya muda lagi. Baru je 20
tahun,” tergeleng Danisya mendengar kata-kata mama dan papanya.
“Eh, mama, papa Isya dah
lewat nak balik rumah sewa Isya la,” jerit Danisya. Kelam-kabut dia berlari
menuju ke biliknya untuk mengambil tudung. Tak sempat Puan Sri Aisyah untuk
menghalang Danisya.
“Okey mama, papa Isya
berangkat dulu. Assalamualaikum,”ucap Danisya seraya menyalami kedua-dua orang tuanya.
“Princess, tadi kawan kamu call.
Mama cakap kat dia yang kamu tak balik ke rumah sewa malam ni,” ujar Puan Sri
Aisyah lantas menyuruh Danisya duduk disebelahnya.
“Hah, siapa mama? Mama
cakap apa?” Danisya terkejut mendengar kata-kata mamanya.
“Mama cakap kat Melissa yang
kamu ada kerja malam ni. Jadi kamu tak balik rumah sewa la malam ni. Jangan
risau mama tak bocorkan rahsia kamu la,”
“Huuuh, selamat. Sayang
mama,” ucap Danisya seraya menarik nafas kelegaan. Danisya lalu mencium pipi
mamanya.
“Sayang mama je. Papa?” tanya Tan
Sri Saifuddin.
“Okey, sayang papa juga,”
Danisya mengucup pipi papanya.
“Jom kita makan, mama dah
lapar la,” ajak Puan Sri Aisyah.
“Jom,” ajak Danisya pula seraya
menarik tangan kedua-dua orang tuanya.
Usai makan,Danisya
menunaikan solat Isyak kemudian dia mengambil gitar yang dibelinya menggunakan
duitnya sendiri. Danisya mendendangakn lagu Fall
For You nyanyian Secondhand Serenade.
Dia mula memetik gitarnya.
The best
thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it
be that we have been this way before
I know you
don’t think that I’m trying
I know
you’re wearing thin down to the cure
Petikan gitar Danisya
semakin rancak.
But hold
your breath
Because
tonight will be the night that I will fall for you over again
Don’t make
me change my mind
Or I won’t
live to see another day
I swear
it’s true
Because a
girl like you is impossible to find
You’re
impossible to find
Setelah menghabiskan
nyanyiannya, Danisya menutup lampu biliknya dan merehatkan dirinya.

No comments:
Post a Comment