Wednesday, 20 February 2013

1 2 3 Cinta 2

Bab 2


    Danisya ternampak akan kelibat mamanya yang sedang meletakan kereta di tempat meletakan kenderaan. Lalu dia menghampiri mamanya dan memeluk mamanya dari belakang.
 
     “Assalamualaikum, mama,” ucap Danisya seraya mencium pipi mamanya.

     “Walaikumusalam, sayang. Jom,” ajak Puan Sri Aisyah lantas menarik tangan anaknya itu menuju ke arah  Butik Seri Andaman. 
 
     “Mama ni, tak sabar-sabar betul nak shopping hari ini,” tegur Danisya. 

     “Mestilah. Mama nak belikan kamu gaun yang sesuai untuk ke majlis ulang tahun syarikat papa,” Tangan Puan Sri Aisyah lincah sahaja membelek gaun-gaun yang tergantung di situ. 

     Wait mama. Did you mention about gown just now? For me?,”

     Yup, my dear,”

     “Mama dekat rumah kan dah ada banyak gaun. Cantik-cantik belaka. Isya bukannya suka sangat pakai gaun ni,” protes Danisya.
 
     “Sayang tu fesyen lama. Yang ni fesyen terbaru,” jawab Puan Sri Aisyah.

     “Tapi mama…”

     No excuse. Please Isya,” rayu Puan Sri Aisyah sambil membuat muka kesian.

     Okey, fine. Jom kita balik. Tak payah beli gaun, tak payah pergi majlis tu. Isya memang tak sayang mama,” rajuk Puan Sri Aisyah lantas berura-ura untuk meninggalkan butik tersebut.

     “Mama, okey kali ni je ea. Takkan la Isya nak ke majlis ulang tahun syarikat papa dengan pakai t-shirt dan seluar trek je,” pujuk Danisya. 

     Good girl,” ujar Puan Sri Aisyah sambil tersenyum. Lalu dia kembali melakukan kejanya yang tergendala tadi. Danisya sudah berasa bosan melihat mamanya memadankan beberapa gaun pada badannya.

     Sekali lagi Puan Sri Aisyah memadankan sepasang gaun pada badan Danisya. Gaun yang dipilih oleh mamanya ialah sepasang gaun berwarna merah jambu yang berlengan panjang dan sarat dengan labuci di bahagian leher.

      Try this,” arah Puan Sri Aisyah.

      “ Tak payah cuba la mama. Isya rasa kita ambik yang ni je la. Lagi pun Isya suka gaun ni, menutup aurat,” jelas Danisya sambil membelek gaun tersebut.

      “Mama pun rasa macam tu. Okey lah kita ambik yang ni je,” akui Puan Sri Aisyah.

      Finally,” ucap Danisya perlahan lantas dia tersenyum kegembiraan. Selepas ini boleh la dia balik ke rumah keluarganya. Sudah terbayang-bayang akan keempukan katilnya.

      Setelah membayar harga gaun tersebut, Puan Sri Aisyah mengajak Danisya ke Pavilion.

      Apabila mendengar ajakan mamanya yang berupa satu arahan, senyuman Danisya menjadi kendur. Puan Sri Aisyah tergelak dengan reaksi Danisya.

      “Okey, mama. Jom,” 

      Setelah mendapat persetujuan Danisya, Puan Sri Aisyah segera memandu keretanya menuju ke Pavilion.

      Sesampainya di Pavilion, Puan Sri Aisyah segera menuju ke arah Butik Prada.

      “Mama,” panggil Danisya seraya berlari untuk menyaingi  langkah mamanya.   
 
      “Cepatlah sayang,”

      Puan Sri Aisyah menuju ke arah rak yang menempatkan high heels. Hampir terbuntang biji mata Danisya  melihat pelbagai jenis high heels tersusun di hadapannya. Selama ini dia mengutuk sesiapa yang menggunakan high heels. Sekarang dia tiada alasan untuk menolak dari memakai high heel. Danisya hanya mendiamkan dirinya.

       Setelah membeli kasut, Puan Sri Aisyah mengajak Danisya menuju ke Baskin Robbins untuk melepaskan lelah.

       “Mama lepas ni kita pergi  ke Butik Ariani ea. Isya nak cari tudung yang sesuai untuk dipakai,” ajak Danisya seraya menyuapkan sesudu ais krim ke dalam mulutnya.

       “Mama setuju sangat,” Puan Sri Aisyah  tersenyum mendengar cadangan Danisya.

       “Kenapa? Tak kan Isya nak pakai gaun tu dengan tudung biasa je?” tanya Danisya apabila melihat senyuman mamanya yang lain dari biasa.

       “Mama tak kata apa-apa pun,”

       “Habis tu, kenapa mama senyum?” 

       “Ala, mama nak senyum pun tak boleh ke?”

       “Apa-apa je lah mama ni. Jom ma,” ajak Danisya usai menghabiskan ais krimnya.

       Disebabkan Danisya lemah dalam bab berfesyen jadi, dia memberikan tugas untuk mencari tudung untuknya pada mamanya.

       Puan Sri Aisyah memilih sehelai selendang satin. Lalu dia menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar harga selendang tersebut.

        “Okey, dah siap. Jom balik,” ajak Puan Sri Aisyah.

        “Eh, nak balik dah ke? Mama tak nak singgah butik mana-mana lagi?” sindir Danisya.

        “Erm…. Hah bila Isya cakap butik ni, tiba-tiba mama teringat something jap ea,” Puan Sri Aisyah cepat-cepat berlalu dari situ dan menuju ke arah butik Sasa. Dia tersenyum apabila memikirkan reaksi Danisya apabila mengetahui dirinya akan disolek. 

        “Eh, mama!!” jerit Isya. Namun mamanya sudah pun lesap ditelan lautan pengunjung Pavilion.

        ‘Macam chipsmore. Sekejap je lesap. Adui, mama ni. Ingat nak sindir mama, last-last aku yang terkena’ bebel Danisya dalam hati. Dia membimbit beg-beg shopping itu  dan berlalu menuju ke arah kereta mamanya. 

        “Tok! Tok!” Puan Sri Aisyah mengetuk cermin tingkap di tempat memandu apabila dia melihat Danisya berada di situ.

        “Opocot” latah Danisya. Dia yang sedang berangan-angan terkejut apabila mendengar ketukan di cermin tingkap kereta mamanya. Berterbangan segala angan-angannya.

        “Mama, I’ll drive okey. Nak lepas gian ni,”ujar Danisya setelah menurunkan cermin tingkap kereta.

        Puan Sri Aisyah hanya mengangguk lalu dia menuju ke arah tempat duduk penumpang.

        “Mama, bila majlis ulang tahun syarikat papa berlangsung?” tanya Danisya sambil memandu.

        “Hari Sabtu minggu depan. Kosongkan jadual kamu pada hari tu tau. Mama nak kamu pergi. Tahun lepas kamu tak pergi kan. So, you have to go this time.,” leter Puan Sri Aisyah.

        “Umph, mama ni tak kasi peluang langsung untuk Isya cipta alasan,” keluh Danisya.

        “Mestilah. Kalau mama kasi chance kamu cipta alasan, mesti banyak kamu beri,”

        “Tau pun mama,”ujar Danisya.  
      Sesampainya di rumah keluarganya, Danisya segera membantu mengangkat barang-barang yang dibeli oleh mamanya tadi. Setelah itu, dia menuju ke arah bilik tidurnya. Bilik tidurnya terletak di tingkat teratas sekali di rumahnya. Rumahnya itu merupakan rumah banglo 2 tingkat. Danisya lantas membuka suis penghawa dingin dan melompat ke atas katilnya. Tiba-tiba dia teringat bahawa dia belum menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah. Cepat-cepat dia menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Asar. Usai solat dia merebahkan dirinya di atas katil. Sedar tak sedar dia telah terlelap.

No comments:

Post a Comment