Monday, 4 March 2013

1 2 3 Cinta 4


BAB 4

                    
     Keesokannya, Danisya bercadang untuk pulang awal ke rumah sewanya. Sesudah dia mandi dan mengemas tempat tidurnya, dia pun menuju ke arah meja makan.
                    
     “Morning mama, papa,”ucap Danisya seraya mencium pipi mama dan papanya.
                      
     “Morning sayang,” hampir serentak Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Saifuddin menjawapnya.
                   
     “Mama,papa Isya balik rumah sewa dulu ea. Majlis tu hari Sabtu kan?” tanya Danisya lalu menyuap roti bakar yang disapu dengan jem coklat ke dalam mulutnya.
                    
     “A’ah. Isya jangan lupa pula. Isya nak papa hantar ke?” pelawa Tan Sri Saifuddin.
                   
     “Tak payah la papa. Isya naik teksi je,”
                   
     “Isya pergi dulu ea. Takut teksi takde pula. Assalamualaikum,” tambah Danisya seraya menyalami tangan mama dan papanya. Danisya bergegas untuk memakai kasut lalu menuju ke perhentian bas yang terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya.
                      
     “Walaikumusalam,”jawab Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Saifuddin serentak.
                    
     “Abang tak faham la. Kenapa Isya nak rahsiakan status dia tu? Sampaikan dia sanggup naik pengangkutan awam daripada bawa kereta idaman dia tu,” adu Tan Sri Saifuddin tentang sikap anak tunggalnya itu.
                    
     “Apa yang abang tak fahamnya? Itukan salah satu dari syarat yang dia tetapkan. Isya pernah cakap, dia tak nak orang kawan dengan dia sebab harta. Lagi pun kawan bersuka-ria senang dicari tapi kawan berduka susah ditemui. Aisyah rasa elok juga Isya buat macam itu,” terang Puan Sri Aisyah
                    
     “Betul juga apa yang sayang cakap tu. Abang dapat tengok Isya tu pandai jaga diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa,” akui Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Eh, Danisya ada baju yang sesuai tak untuk majlis ulang tahun syarikat tu nanti? “ tanya Tan Sri Saifuddin.
                   
     “Dah ada. Baru je beli semalam. Aisyah belikan Isya gaun, high heel,tudung dan yang paling penting make up,” jawab puan Sri Aisyah.
                   
     “Amboi, pantas betul sayang ni. Isya sanggup ke pakai semua tu?” puji Tan Sri Aisyah.
                   
     “Tengok orang la bang. Ini Puan Sri Aisyah la. Sentiasa cepat dan pantas,”
                   
     “Astarfirullahalhazim, perasannya orang tu,” sindir Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Apanya.. Abang yang puji Aisyah. Aisyah cuma ulang balik je,”
                    
     “Hem.. Gaun, high heel dengan tudung tu Isya tahu dah. Cuma pasal make up, Isya tak tahu lagi,” tambah Puan Sri Aisyah lantas dia tersengih.
                    
     “Hah, Isya tak tahu lagi? Habis tu dia nak ke pakai make up tu?” Tan Sri Saifuddin terkejut dengan kata-kata isterinya. Setahunya Danisya tidak suka mengenakan sebarang alat make up pada wajahnya. Walaupun tidak mengenakan make up, anaknya itu tetap kelihatan cantik macam mamanya juga.
                    
     “Aisyah akan pastikan dia bersolek pada hari itu. Abang tengok je lah nanti,” ucap Puan Sri Aisyah
                      
     Tan Sri Saifuddin tergeleng mendengar kata-kata isterinya. Dia dapat menjangka apa yang akan isterinya lakukan.
                    
     “Abang dapat bayangkan macam mana reaksi Danisya bila dapat tau dia kena solek. Mesti mata dia yang kecil tu jadi bulat,” ujar Tan Sri Saifuddin lalu tergelak.
                  
     Puan Sri Aisyah turut tergelak apabila terbayang akan reaksi kebiasaan Danisya bila dia terkejut.

No comments:

Post a Comment