Wednesday, 20 February 2013

1 2 3 Cinta 1


BAB 1


     Hem… Kehidupan seorang pelajar amat memenatkan lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar universiti. Inilah rutin Danisya mengejutkan kawan serumahnya daripada lena iaitu Melissa. Liat betul Melissa nak bangun.

     “Woi, Mel bangun la dah pukul berapa ni tau tak.. Anak dara jenis apa kau ni.. Mel, kau tak ada kelas ke hari ini?” Sudah banyak kali dia mengejutkan sahabatnya itu namun sedikit pun Melissa tidak berkutik.

     Danisya sudah nekad, dia menuju ke arah bilik air dan memenuhi gayung dengan air. Kemudian dia menuju ke arah Melissa lalu menjirus Melissa.

     “What the……” jerit Melissa lantas mencerlungkan matanya pada Danisya.

     “Apa what the, what the… Cepat bangun kau tak ada kelas ke hari ini? Dah sembahyang Subuh ke?” potong Danisya sebelum Melissa menghabiskan kata-katanya.

     “Ala, Isya aku tak ada kelas la hari ini,” jawap Melissa sambil mengelap mukanya dengan tuala.

     “Habis tu dah solat ke?” tanya Danisya sekali lagi.

     “Cuti,” jawap Melissa lantas menarik gebarnya semula untuk menyambung tidurnya yang terganggu tadi.

     Danisya menggeleng kepalanya. Itulah ragam Melissa. Selagi tengah hari belum muncul selagi itu lah Melissa akan berlingkar dekat atas katil.

     Danisya kembali ke biliknya lalu mengemas tempat tidurnya dan bersiap untuk ke universitinya. Kuliahnya bermula pukul 9.00 pagi. Dia mengambil bidang perniagaan dan perakaunan di Universiti Malaya (UM) atas desakan papanya iaitu Tan Sri Saifuddin walhal dia amat meminati bidang kulinari. Dia amat gemar membuat kek, biskut, dan sebagainya.

     “Adui, mana bas ni? Kang lewat lak aku sampai,” rungut Danisya.

     Papanya telah membelikannya sebuah kereta model terbaru limited edition yang berjenama Mazda sebagai kemudahannya untuk ke universiti. Tetapi Danisya tidak menggunakan kereta tersebut atas sebab-sebab tertentu. Kereta tersebut ditinggalkannya di rumah keluarganya di Mont Kiara. Memang dia akui itu adalah kereta idamannya tetapi untuk membawanya ke universiti adalah amat mustahil.

     “Hai Danisya, bas tak sampai lagi ke? Kesiannya… Nak tumpang?” tanya Fiqa membuat muka kesian.

     “Opss!! Lupa lak kau orang miskin tak layak dan tak setaraf untuk naik kereta dengan aku. Kau tunggu la bas tu sampai naik kematu kaki kau. Bye bye poorest ..” sindir Fiqa tanpa menunggu jawapan Danisya. Lantas dia memecutkan Honda Jazznya.

     Selang beberapa minit, bas yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai. Danisya cepat-cepat menaiki bas tersebut.

     Geram Danisya dengan perangai Fiqa yang berlagak nak mampus. Syafiqah binti Dato’ Abdul Quyyum, anak orang berada dan seuniversiti dengannya. Malah Fiqa juga merupakan classmatenya. Salah satu perangai yang dibencinya ialah seorang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk seperti Fiqa. Fiqa amat anti dengan orang yang miskin terutama sekali dia. Disebabkan itu Fiqa menggelarnya ‘poorest’.

     Di universitinya tiada sesiapa pun yang tahu bahawa dia adalah anak Tan Sri. Mereka semua menganggapnya orang miskin. Ini adalah syarat yang dikenakan olehnya terhadap papanya sekiranya papanya mahu dia mengambil bidang perniagaan iaitu dia ingin merahsiakan dirinya yang sebenar dari pengetahuaan sesiapa. Oleh sebab itu, dia tidak mahu membawa keretanya itu.

     Fiqa sering mencari gaduh dengannya. Kalau boleh setiap saat. Nak kata Fiqa dengki dengan dia, tak juga. Nak kata dia cantik, boleh la sebab papa selalu kata wajahnya menyerupai wajah mamanya, Puan Sri Aisyah. Mamanya menjadi rebutan pada zaman mudanya dahulu. Danisya mempunyai wajah yang bujur dan putih kemerah-merahan . Dia amat bersyukur kerana wajahnya tidak pernah dicemari dengan jerawat dan bintik-bintik hitam. Papa dan mamanya tidak pernah lupa memberikan didikan agama yang sempurna untuknya. Danisya seorang yang bertudung tetapi dia tidak suka tudung yang berlilit-lilit dan berfesyen-fesyen. Rimas. Dia lebih suka memakai t-shirt dan seluar trek untuk kemana-mana. Biar simple asal selesa.

     Tepat pukul 8.50pagi, dia sampai ke universitinya. Dia terus menuju ke kelasnya.

     “Dah sampai pun poorest kita. Amacam best tak tunggu bas sorang-sorang. Elok lagi ke kaki tu? Ke dan tercabut kepala lutut ?” sindir Fiqa sesampainya Danisya ke kelasnya. Kata-kata Fiqa disambut oleh geng-geng yang sekepala dengan Fiqa.

     Danisya tidak mengendahkan kata-kata Fiqa. Makin dilayan makin berasap Danisya jadinya. Dia terus menuju je tempat duduknya disebelah Erin, best friendnya.

     Hari ini Puan Razana , guru perniagaan mereka akan mengajar tentang ‘Law of Business’. Walaupun dia dipaksa oleh papanya, dia tetap memberikan tumpuan 100% kepada bidang yang diambilnya. Hasilnya dia sering mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan.

     “Guys jom tengok wayang. Aku belanja,” jerit Fiqa setelah kelas tamat. Seluruh kelas itu menjadi gamat dengan sorakan geng-geng Fiqa.

     “Cop!! Cop!! Poorest tak dibenarkan ikut. Kalu nak ikut kau tanggung la sendiri,” Fiqa menunding jarinya pada muka Danisya. Dia sengaja membuat begitu untuk membuatkan Danisya berasa rendah diri. Geng-geng Fiqa mentertawakan Danisya.

     “Masa bila aku cakap nak ikut kau? Baik aku balik rumah dan tidur dari membuang masa macam korang,” jawap Danisya dengan riak yang slumber. Dia menepis jari Fiqa yang menunding ke arahnya. Erin yang berada di belakang Danisya tertegun dengan tindakan Danisya.

     Setelah itu Danisya berlalu meninggalkan Fiqa yang turut terkejut dengan tindakan berani Danisya. Kebiasaannya Danisya hanya mendiamkan diri apabila disindir oleh Fiqa.

     “Aku tabik dengan tindakan kau tadi. Berani betul kau,” tegur Erin setelah mereka keluar dari dewan kuliah.

     “Buat apa nak takut kat dia. Dia pun manusia biasa. Mana makan orang. Makan nasi jugak macam kita,” jawab Danisya.

     “Yelah aku tau dia tak makan orang. Eh, aku lepak rumah kau ea hari ni”,

     “Asyik-asyik rumah aku. Takde tempat lain ke kau nak lepak?”

     “Habis tu nak lepak mana lagi? Rumah kau je ada. Nak lepak kat KLCC tak mampu,’ jawab Erin.

     Belum sempat Danisya membalas kata-kata Erin, mereka dikejutkan dengan suara jeritan Fiqa and the geng berserta dengan bunyi larian mereka. Gerun Erin dan Danisya melihat Fiqa berlari dengan high heel. Mereka berkelakuan begitu disebabkan oleh kehadiran Adam Danial, Edirul Fahmi, Safwan, Ahmad Ikhwal dan Zarif Azfar ke universiti mereka. Mereka berlima merupakan seorang yang amat popular disini kerana mereka mempunyai rupa paras yang mampu menggetarkan jiwa sesiapa yang memandangnya. Malah mereka juga adalah anak orang berada yang merupakan penyumbang terbesar di universiti tersebut.

     Erin dan Danisya tidak mengendahkan jeritan kaum hawa yang terjerit-jerit memanggil nama kaum adam yang diminati. Mereka pun berlalu dari situ.

*************************

     Setiap kali ke rumah sewa Danisya, Erin pasti akan dijamu dengan pelbagai makanan yang enak-enak belaka. Buktinya hari ini dia dijamu dengan nasi goreng kampung berserta ayam goreng .

     “Beruntung betul kau Mel, hari-hari dapat makan makanan yang best macam ni. Itulah sebabnya aku suka lepak kat rumah kau dapat makan free,” ujar Erin. Bangga dia dapat seorang kawan yang pandai masak dan cantik macam Danisya.

     ‘Apa yang beruntungnya? Setakat makan makanan kampung, aku pun boleh buat laa,’ getus Melissa di dalam hati.

     “Memang beruntung pun. Kenyang perut aku. Lagi pun save duit aku kalau hari-hari macam ni,” Melissa berkata sambil melemparkan senyuman palsu.

     “Yelah korang je yang beruntung, aku tak dapat apa-apa pun,”

     “Wei, kau ni macam tak ikhlas je masak untuk kitaorang ni?” tegur Erin.

     “Aku ikhlas la. Aku gurau je. Aku happy bila dapat masak untuk korang. Jangan anggap macam tu,” ujar Danisya dengan ikhlas.

     “Pelik betul aku dengan kau, Isya. Tak pernah pun aku tengok duit kau kering. Pastu lak kau la satu-satunya orang yang selalu beli barang keperluan kat dalam rumah ni. Selain itu, aku tengok kat dalam fridge tu banyak dengan Cadbury. Mahal tu,” ucap Melissa sambil menuangkan air sirap ke dalam gelasnya.

     “La, aku kan kerja. Korang sendiri tahukan. So, aku boleh la beli semua benda tu. Cadbury tu kan one of my favourite chocolate. Tak boleh la kalau tak beli. Kempunan aku nanti. Aku rela duit aku habis untuk coklat tu dari habis kat panggung wayang,” terang Danisya.

     ‘Isyh, minah ni macam perli aku je. Argh, aku peduli apa. Lantak kau la Danisya. Kau nantikan je balasannya,’ getus Melissa. Menanam dendam.

     “Betul tu. Aku sokong kata-kata kau. Tapi, aku lagi suka simpan duit tu kat bank, dari membazir macam kau,” sindir Erin.

     “Yelah Cik Erin ku sayang. Aku ada simpan duit kat bank la. Don’t worry and be happy,”

     Mereka bertiga saling bantu-membantu untuk mengemas segala pinggan mangkuk yang telah digunakan . Setelah itu, Danisya dan Erin segera menunaikan solat Zuhur.

     “Wei, kau takde kuliah kan hari ini. So, kau buat apa? Takkan kau duduk kat rumah je?” tanya Erin usai menunaikan solat.

     ‘Eii, sibuk betul la minah ni,’ getus Melissa.

     “Aku pergi tengok wayang dengan Imran,” jawab Melissa.

     “Mel, dah banyak kali aku cakap dengan kau. Imran tu tak layak untuk kau. Kau boleh dapat lelaki yang lebih baik lagi dari si Imran tu,” nasihat Danisya.

     “Aku sokong. Aku sendiri pernah nampak dia berkepit dengan perempuan lain,” ujar Erin menyokong kata-kata Danisya.

     “Korang boleh jangan sibuk tak dengan hal aku. Jangan tau jaga tepi kain orang je, nanti kain sendiri terlondeh pun tak sedar. Aku tau la macam mana perangai Imran tu,” marah Melissa. Lantas, dia menuju ke arah sofa dan membuka televisyen.

     “Biasalah tu bendera Jepun tengah naik. Memang mudah naik angin,” bisik Danisya.

     “Patut pun angin semacam,” bisik Erin pula.

     Erin dan Danisya tersenyum. Kemudian, mereka berdua menuju ke arah sofa yang diduduki oleh Melissa dan bersama-sama menonton cerita Harry Potter.

     Sedang ralit menonton televisyen, Danisya di kejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya. Ada mesej yang baru diterimanya. Lantas dia membuka mesej tersebut.

Princess, jom teman
mama pergi shopping
kat Butik Seri Andaman

     “Korang aku kena pergi kerja dah la sekarang,” ucap Dnisya seraya membalas mesej yang diterima daripada mamanya, Puan Sri Aisyah.

     Melissa dan Erin hanya mengangguk. Tak berkutik langsung mereka dari menonton cerita Harry Potter. Danisya menuju ke arah biliknya untuk menyarung tudung. Dia menahan sebuah teksi untuk ke Butik Seri Andaman.

No comments:

Post a Comment