Monday, 11 November 2013

1 2 3 Cinta 20


Bab 20
  Sudah ramai tetamu yang hadir di rumah Danisya. Danisya dan Danial diapit oleh Safwan dan Erin sewaktu mereka memasuki perkarangan rumah Danisya.
       
     “Danisya, tunjukkan Danial bilik kamu. Sekarang kita tunaikan solat zohor kemudian majlis persandingan korang akan bermula,” arah Puan Sri Aisyah.
       
     Danisya pandang Danial, kemudian menunding jari ke arah dirinya membawa isyarat ‘Isya ke yang kena tunjukkan,’ kepada mamanya.
      
     “Iyalah sayang oii. Dah sekarang pergi cepat,” tegas Puan Sri Aisyah.
      
     Danisya lantas cepat-cepat menuju ke arah bilik yang didudukinya dengan Erin. Danial hanya mengikuti langkah Danisya.
      
     Tiba-tiba Danisya terasa ada seseorang yang mengikutinya lantas dia berpaling.
     
     “Eh, asal awak ikut saya ni?” tanya Danisya kehairanan. Dia terlupa akan arahan mamanya untuk menujukan biliknya yang sebenar kepada Danial. Padahal baru sebentar tadi Puan Sri Aisyah menyuruhnya. Gamaknya tertelan banyak sangat semut la kot sampai jadi pelupa ni.
     
     “Laa, saya nak solat dan salin baju la,” jawap Danial pelik dengan soalan Danisya.
      
     “Abis tu asal awak ikut saya?” tanya Danisya kembali.
      
     “Lupa la tu. Mama suruh awak tunjukkan bilik dekat saya,” jawap Danial.
      
     “Ooo, lupa pula. Ingatkan mamat sewel ni nak buat apa dekat aku tadi,” ucap Danisya perlahan namun masih didengari Danial.
      
     “Hah, awak naik dekat tingkat atas tu sebelah ruang tamu atas,” tunjuk Danisya. Tiba-tiba dia menyedari akan renungan Danial.

     “Kenapa? Kalau saya buat apa-apa pun dekat awak bukannya haram. Halal lagi tu,” usik Danial.
      
     “Gila!!!,” jerit Danisya lantas terburu-buru memasuki bilik tetamu yang didudukinya itu dan menguncinya.
      
     Danial tergelak dengan keletah Danisya. Lalu dia menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Danisya tadi.

          **************************
      
     “Adui, malangnya nasib aku. Volume mulut ni memang tak leh berkerjasama langsung dengan tuan dia,” rungut Danisya sambil menepuk mulutnya. Kemudian dia menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.
       
     Usai solat Zohor, dia menyarungkan dress berwarna merah jambu dan bercorak hitam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lantas Danisya membuka pintu tersebut.
       
     “Okey, it’s time for make-up,” ucap Puan Sri Aisyah.
       
     “Hump, make-up,make-up..,” dengus Danisya. Namun dia menuruti kata-kata mamanya.
       
     Selesai menyolek, Puan Sri Aisyah menyarungkan anak tudung Syria dan selendang silk pada kepala Danisya. Setelah itu, Puan Sri Aisyah membawa Danisya mendekati Danial yang memakai baju melayu bercekak musang berwarna sedondon dan bersampin. Puan Sri Aisyah meninggalkan mereka berdua.
       
     “Ermmm, hah!! Nak amik kasut jap ea,” minta Danisya memecahkan kebisuan di antara mereka.
Baru sahaja Danisya ingin melangkah, tiba-tiba Danial menarik tangannya dan mendudukannya di atas tangga. Kemudian dia melutut untuk menyarungkan high heels berwarna hitam pada kaki Danisya. Tergamam Danisya dibuatnya.
       
     “Do you remember ‘bout this?” tanya Danial sambil merenung ke dalam anak mata Danisya. Danisya tidak selesa akan renungan Danial lantas melarikan matanya dari terus direnung Danial.
       
     “Huuuh, I remember,” keluh Danisya. Dia ingat lagi sewaktu Danial membantu mengurut kakinya yang terseliuh gara-gara memakai high heels. Tiada gunanya lagi dia nak menipu. Lambat-laun Danial akan tahu juga siapa sebenarnya dia.
       
     “Who are you, truthly? Danisya, Iriana,” tanya Danial lagi.
       
     “Isya, Danial, cepat la. Korang kena bersanding ni,” arah Erin yang muncul entah dari mana. Sebenarnya dari tadi lagi Erin melihat sketsa yang diciptakan mereka. Malah sudah ada beberapa keping gambar yang ditangkap oleh dia.
       
     “Jom,” ajak Danial lalu menghulurkan tangannya.
       
     Danisya menyambut tanpa ragu-ragu. Sekali lagi Erin menangkap gambar mereka berdua untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Danisya dan Danial menuju ke tempat persandingan sambil berpegangan tangan.
       
     Persandingan mereka dimulakan dengan bacaan doa. Setelah habis majlis menepung tawar, sesi bergambar diadakan. Senyuman palsu terukir dibibirnya sementelah dia diminta untuk bergambar bersama-sama Danial.
       
     Danial diminta untuk memeluk Danisya lantas dengan slumbernya dia memeluk pinggang Danisya dari belakang. Cuak Danisya dibuatnya. Mukanya dirapatkan di telinga Danisya.
       
     “Sporting la sayang. Nikan majlis kita,” bisik Danial sengaja dia memanggil Danisya ‘sayang’.
       
     Danisya membuat endah tak endah akan kata-kata Danial. Dalam hati, mau dihempuknya Danial apabila mendengar Danial memanggilnya sebegitu. Setelah beberapa keping gambar diambil, mereka pun berlalu untuk mengisi perut.
       
     Dalam pukul  5 petang tetamu yang hadir semakin berkurangan. Danisya dan Danial sudah menukar pakaian masing-masing dengan memakai trek dan t-shirt.
      
     “Bye, Kak Isya,” ucap Raihana lalu bersalaman dengan Danisya.
      
     “Eh, Kak Isya, by the way best la puding gula hangus akak. Nanti ajarkan Ana yup,” sambung Raihana.
      
     “No problem. Bila-bila masa Kak Isya boleh ajarkan,” janji Danisya.
      
     “Okeylah Isya, Danial kami gerak dulu la. Dah nak maghrib ni,” pinta Datin Rozita. Danisya lantas menyalami  mentuanya itu.
      
     “Abang, nanti ajak la akak datang rumah kita,” minta Raihana.
      
     “InsyaAllah. Nanti abang bawa Kak Isya,” janji  Danial.
     
     “Danial, jaga Isya tu baik-baik tau. Sekarang kamu dah ada tanggungjawap kamu sendiri,” nasihat Dato’ Razif.
      
     “Kalau boleh cepat-cepatlah kasi mama cucu,” sambung Datin Rozita. Terdiam dibuatnya Danisya dan Danial.
      
     “InsyaAllah, mama, papa. Kalau ada rezeki ada lah,” jawapan selamat dari Danial.
     
     “Memang  la. Tapi kena la usaha,” nasihat Datin Rozita lagi.
      
     “Udah-udah la ayang oii. Mereka kan baru je nikah. Biarlah mereka rasa hidup berdua dulu. Jom lah kita balik kang terlepas maghrib pulak. Kami pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Dato’ Razif menamatkan kata-kata Datin Rozita sekaligus menyelamatkan mereka. 

**************************
        
     “Hai,” tegur Safwan. Sewaktu itu Erin sedang duduk di bangku berdekatan dengan kolam terjun buatan di rumah Danisya.
         
     “Saya Safwan,” ucap Safwan memperkenalkan dirinya.
         
     “Erin, kawan Danisya,” ujar Erin pula memperkenalkan diri.
         
     “Bestfriend dia kan,”
          
     Erin mengangguk mengiyakan. Sebenarnya dia berasa gugup duduk berduaan dengan Safwan. Nasib baik lah bukan dekat tempat yang tersembunyi kalau tidak mahu ditangkap basah oleh ahli-ahli keluarga Danisya.
         
     “Erm, tak sangka ya,”
         
     “Apa yang tak sangka?” tanya Erin apabila Safwan tidak menghabiskan kata-katanya.
        
     “You’re so beautiful in those kebaya,” puji Safwan. Terbayang-bayang akan kecantikan Erin sewaktu memakai baju kebaya tersebut.
          
     “Isyh, mengarut la awak ni,” sangkal Erin. Mamat ni macam nak menjual minyak dengan aku je.
          
     “Betul saya tak tipu. Saya bukannya nak jual minyak okey. It’s a fact,” akui Safwan. Terdiam Erin sebentar.
          
     “Okey, okey. Tadi je la cantik sekarang tak dah. Tu pun sebab make-up,”
          
     “Cantik bukan diukur pada paras rupa,” ujar Safwan sambil merenung Erin.
          
     “Habis tu kalau bukan paras rupa, cantik diukur dengan apa? Harta kekayaan?” tanya Erin.
          
     “I’m fell in love with you,” luah Safwan berani.
          
     “Hah!!? Awak jangan main-main boleh tak?” marah Erin. Terkejut dia mendengar luahan hati Safwan yang tiba-tiba.
          
     “Hati dan perasaan tak boleh dibuat main-main Cik Erin. Nanti ada hati yang akan kecewa,”
          
     “Erin, perasaan saya ikhlas terhadap awak. Saya suka dekat awak semenjak awak tampil membuat pengumuman di universiti dulu,” terang Safwan.
          
     “Safwan, awak belum pun mengenali hati budi saya lagi. Lagipun taraf hidup kita berbeza,” ujar Erin sayu.
          
     “Kita boleh mencuba. Belum cuba belum tahu. Awak, cinta saya bukan berlandaskan harta kekayaan,”ucap Safwan. Keluarga dia tidak pernah membezakan antara miskin dengan kaya. Papanya dulu pernah hidup susah sebelum dia berjaya hingga sekarang.
          
     “Masakan enggang nak terbang dengan pipit?” tanya Erin. Selalu sahaja di melihat atau membaca kisah-kisah cinta antara dua darjat, walaupun bahagia di akhir cerita namun adakah dia pun mampu mencapai bahagia itu.
          
     “Itu hanya pepatah, Erin. Harta kekayaan itu hanya sementara. Bila-bila masa boleh hilang. Harta tidak menjamin kebahagiaan,” terang Safwan. Terdiam Erin mendengar kata-kata Safwan.
          
     “So, would you be my girlfriend?” tanya Safwan lalu mengenggam tangan Erin.
          
     “Hah!!!?  Safwan kita baru je kenal. Apa kata kita berkawan dahulu,” putus Erin setelah memikirkan luahan Safwan.
          
     “Hump, I expect our relationship is more than friend but kawan pun kawan la,” setuju Safwan.
         
     “Ehem.. Kacau jap ea drama korang. Erin dah lewat ni. Kau nak balik tak?” tanya Danisya dengan sengihan mengusik.
          
     Terdengar sahaja suara Danisya, Erin cepat-cepat menarik tangannya dari genggaman Safwan.
          
     “Ala Isya, aku baru je nak beramah mesra dengan Erin,” keluh Safwan.
          
     “Kalau macam tu apa kata kau tolong hantarkan Erin?” tanya Danisya. Dia sengaja memberi cadangan begitu supaya Safwan dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Erin.
          
     “Idea yang bernas. Aku setuju,” sokong Safwan.
         
     “Hati-hati bawa anak dara orang ni. Kalau jadi apa-apa dekat Erin siap kau aku kerjakan. Okelah chow dulu,” ugut Danisya.
         
     “Eh,eh, tunggu kejap. Tak aci, tak minta pun pandangan Erin,” rajuk Erin. Siaplah kau Danisya. Kurang asam!!!
          
     “No complain. Jom, saya hantarkan. Gangster juga ya Isya ni,” kutuk Safwan.

          
     “Of course la. Sebab dia sayangkan saya,” bela Erin. Dengan berat hati Erin mengambil beg pakaiannya dan menuju ke arah kereta yang dipandu Safwan. Kemudian mereka pun berlalu dari situ.

1 2 3 Cinta 19


Bab 19
  Sebanyak sepuluh buah kereta mengiringi mereka ke Masjid Negara iaitu di mana Danisya akan dinikahkan.
        
     Semakin hampir mereka ke Masjid Negara, semakin laju jantung Danisya berdegup. Dia segera menggengam tangan Erin untuk mendapatkan kekuatan.  Sesampainya di situ, dia melihat ramai wartawan yang hadir untuk membuat liputan mengenai majlis kahwinnya. Biasalah anak Tan Sri kan.
         
     Danisya dibawa mamanya ke satu sudut yang khusus untuknya.  Tetamu yang hadir di masjid itu tak henti-henti memuji Danisya. Tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan Erin.
        
     “Baiklah nampak gayanya pengantin perempuan sudah sampai. Jadi bolehlah kita mulakan majlis,” terdengar suara tok kadi memulakan bicara.
        
     Hati Danisya tak payah nak katalah, rasa macam nak expload  je.
       
     Tok kadi tersebut mula-mula memberitahu akan tanggungjawap suami dan isteri, juga diselangi dengan beberapa nasihat.
     
     “Bismillahirahmanirahim, aku nikahkan dikau Adam Danial bin Razif dengan Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai berserta dengan sepasang telekung dan senaskah kitab Al-Quran,” ucap tok kadi lalu menggoncang tangan Danial sebagai isyarat untuk mengucapkan kabulnya.
      
     Danisya terdengar nama Adam Danial yang disebut tok kadi lantas dia berpaling pada Erin yang sedang memandangnya dengan wajah kehairanan. Danisya hanya menjongketkan bahunya.
     
     ‘Dia ke, bukan dia kot? Ramai lagi yang nama Adam Danial. Kalau dia??? Alamak mati la aku,’ getus Danisya dalam hati.
     
     ‘Puteri Danisya Iriana,’ sebut Danial dalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan nama sebenar Danisya yang diberikan Edirul kepadanya. Aduii, minah tu ke? Tapi minah tu bukan anak Tan Sri.
      
     “Danial,” sergah Dato’ Razif sambil menyiku pinggang anaknya itu.
      
     “Aku terima nikahnya Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin dengan mas kahwin sebanyak 80 ringgit tunai berserta sepasang telekung dan senaskah kitab Al-Quran,” ucap Danial dengan terang dan jelas.
      
     Hanya sekali lafaz sahaja Danisya sudah menjadi hak milik mutlak Danial.
     
     Danisya berasa dunianya menjadi terumbang-ambing seketika. Dalam hati, dia menangis kesayuan. Tamat lah sudah zaman bujangnya. Dia menadah tangan untuk mengaminkan doa apabila disiku Erin. Setitik air matanya jatuh ke pipi.
      
     Sesudah mengaminkan doa, Danial memandang rakan-rakannya yang turut hadir pada hari itu. Masing-masing tidak tahu siapa gerangan isterinya itu.
      
     “Danial pergi sarungkan cincin tu pada isteri kau,” bisik Safwan.
       
     Danial terlupa akan hal tersebut lantas dia bangun menuju ke arah Danisya dan duduk di hadapannya.
      
     Danisya hanya menundukkan wajahnya. Dia menghulurkan jarinya apabila disiku sekali lagi oleh Erin.
      
     Danial menyarungkan cincin yang bertakhtakan berlian pada jari  manis Danisya. Muat-muat je cincin tersebut. Danisya lantas mencium tangan suaminya. Danial mengangkat muka Danisya untuk mencium dahinya namun mereka berdua terpempang.
      
     ‘Aduii, mamat sewel ni suami aku!!!!! Habis la aku. Why? Why? Ya Allah!!!’ getus Danisya dalam hati. 
      
     ‘Iriana’ panggil Danial dalam hati. Dia teringat akan pertemuannya dengan Danisya di majlis ulang tahun syarikat Syaisyh Holding. Fikiran Danial menjadi bercelaru.
      
     Danial lantas mencium dahi Danisya. Terlihat kelipan lensa kamera wartawan mahupun tetamu yang hadir. Setelah itu Danisya dan Danial bersalaman dengan kedua-dua orang tua mereka.
      
     Danial ingin bersua muka dan berbicara dengan Danisya tetapi terhalang dek para tetamu yang ingin mengucapkan tahniah.
       
     Danisya memeluk Erin dengan erat sekali. Dia amat bersyukur mempunyai kawan sebaik Erin. Erin sentiasa disisinya di kala duka dan lara mahupun senang.
      
     Barang-barang hantaran yang diterima Danisya dari pihak lelaki telah diangkut masuk ke dalam kereta. Begitu juga dengan barang hantaran yang diterima oleh Danial. Pihak Danisya memberi sebanyak 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran dari pihak lelaki.
Danisya cepat-cepat menarik tangan Erin menuju ke kereta papanya.
      
     “Erin, mampus lah aku lepas ni,” adu Danisya
      
     “Kenapa nak mampusnya? Aku confirm lepas ni kau dengan Danial tak keluar-keluar dari bilik. Kau beruntung la dapat Danial, jejaka idaman Malaya tu,” usik Erin.
      
     “Tengkorak hang, otak kuning dia mai daaa. A’ah tak keluar-keluar bilik sebab berperang kan. Dia tu boleh dikatakan ibarat musuh aku la. Asal berjumpa mesti bergaduh, asal bergaduh mesti jumpa dia,”
      
     “Tulah kau benci sangat dekat dia. Alih-alih kau kena kahwin dengan dia. Padan muka. Aku dah cakap korang ni ada jodoh. Biasalah tu mula-mula benci, last-last nanti sayang laa,” ejek Erin.
      
     “Erin!!” jerit Danisya.
       
     Belum sempat dia memarahi Erin, papanya tiba-tiba datang.
      
     “Hah, Isya, kamu pergi naik dengan suami kamu tu,” arah Tan Sri Saifuddin.
    
     “Apa papa? No No No. Please, papa,” pujuk Danisya. Serta-merta wajahnya menjadi pucat apabila mendengar arahan papanya.
    
     “Apa Isya merepek ni. Diakan suami kamu,” ucap Puan Sri Aisyah pula.
    
     “Mama, papa, please,” pujuk Danisya lagi.
     
     Danisya ternampak kelibat Danial dan rakan-rakannya menuju ke arah mereka. Cepat- cepat Danisya masuk ke dalam kereta papanya. Tan Sri Saifuddin hanya menggeleng melihat akan kedegilan Danisya manakala Erin pula menahan tawanya dari terhambur keluar.
     
     “Ermm,Danial, papa minta Danisya untuk balik dengan papa ye,” pinta Tan Sri Saifuddin.
     
     “Okey je papa. Danial tak kisah. Sekejap lagi Danial boleh jumpa juga dengan Puteri,” ucap Danial lantas menoleh ke arah Danisya yang memandang ke arah lain.
      
     “Have we met before?” tanya Danial apabila terpandang Erin.

     “Erin kan?” teka Danial.
      
     “Yup, jaga kawan aku ni baik-baik,” nasihat Erin.
      
     Danial sudah mendapat jawapan untuk kekeliruannya selama ini. Iriana dan Danisya adalah orang yang sama. Cuma ada satu hal yang dia masih keliru.
      
     “Okeylah, jom kita berangkat,” ajak Tan Sri Saifuddin.

**************************
       
     Perkahwinan Danial disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Seluruh Malaysia mengetahui perkahwinan Danial itu.
       
     Melissa dan Fiqa turut menyaksikan perkahwinan tersebut melalui televisyen.
       
     “Arggghh!!! Dia milik aku. Dia sepatutnya milik aku,” jerit Fiqa sambil memeluk televisyen. Tak dapat peluk tuan, peluk televisyen pun jadilah.
      
     “Wei, gila apa. Terkejut aku tiba-tiba kau menjerit. Ingatkan dah kena histeri. Relax la Fiqa,” ucap Melissa.
      
     “Tengkorak kau relax. Ya, ya, aku gila. Aku gilakan si Danial. Hanya dia yang aku mahukan,” jerit Fiqa dengan linangan air mata.
      
     “Wei, kumbang bukan seekor la,”
      
     “Memang lah kumbang bukan seekor. Tapi dia hanya seorang dalam berjuta, bengong,” cantas Fiqa.
      
     “Habis tu kau nak buat macam mana? Si Danial tu dah kahwin. Silap hari bulan dia orang dah ada anak dah pun,” ucap Melissa menyedarkan Fiqa akan situasi yang sedang terjadi dan bakal terjadi.
      
     “Aku tak kira aku akan pecah belahkan perkahwinan diorang. Aku akan siasat siapa Puteri Danisya Iriana binti Saifuddin ni. Aku akan cari sampai ke lubang cacing,” luah Fiqa dengan penuh bersemangat.
      
     “Bagus la kau dah ada plan. Tapi aku macam pernah dengar je nama perempuan tu. Tapi aku tak ingat la di mana dan siapa,” ujar Melissa sambil berfikir.
      
     “Gila punya kaya perempuan tu. Anak Tan Sri lagi. Untunglah siapa yang dapat kawan dengan perempuan tu,” sambung Melissa
      
     “Bodoh!!!!,” jerit Fiqa.
       
     Melissa tergelak melihat kemarahan Fiqa yang memuncak. Habis barang-barang dilemparnya. Melissa hanya memerhati tingkah laku Fiqa. Apa nak heran semua barang-barang yang dilempar Fiqa tu semua hak dia.

**************************

     Danial menaiki kereta yang di pandu Zarif untuk ke kediaman Danisya.
       
     “Aku dah ingat, Puteri Danisya Iriana ialah minah senget tu. Puteri dan Danisya ialah orang yang sama,” ujar Danial.

     “So, amacam kau bila dapat tahu yang kau kena kahwin dengan seteru kau?” tanya Edirul.

     “Macam biasa je,” jawap Danial menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
       
     “Yelah tu macam biasa je. Tak sangka doa aku diperkenankan oleh Allah. Kan aku dah cakap mesti kau akan kahwin dengan Danisya,” ucap Safwan.
       
     “Eh, minah yang sentiasa berkepit dengan isteri kau tu siapa?” tanya Safwan, offtopic.

     “Kawan baik Danisya, Erin. Ingat tak yang buat pengumuman hari tu,” jawap Danial.
       
     “Asal? Kau berminat ke?” tanya Edirul.
       
     “Fuhh, kalau korang nak tahu hati aku ni berdebar-debar bila melihat dia. Semacam ada taman je dalam hati. Siap ada air terjun lagi. Tenang je,” terang Safwan.
       
     “Woi, jiwang karat,” ejek  Ikhwal.
       
     “Mana ada. I’m fall in love at the first sight with Erin,” luah Safwan.
       
     “Wah,wah.. Cinta pandang pertama la ni. Takpe nanti aku tolong usyharkan,”  ujar Danial.
       
     “Kan betul aku kata hari tu. Beruntung kau jadi pengapit aku kan dah jumpa soulmate kau,” sambung Danial.

     “Hem, kembali pada cerita aku. Aku rasa dia tu orang yang sama yang aku terjumpa sewaktu di majlis ulang tahun syarikat Syaisyh Holding,” luah Danial.
       
     “Iriana?” tanya Zarif.
       
     Danial mengangguk tanda mengiakan kata – kata Zarif.
       
     “Emm, Iriana dah Danisya orang yang sama. Cuma, kenapa dia tipu yang dia tu miskin?” tanya Danial kehairanan.

       
     “Kau simpan dan tanya je lah isteri kau tu sendiri. Kita dah sampai,”jawap Zarif.

Tuesday, 5 November 2013

1 2 3 Cinta 18


Bab 18
     Hari yang ditakuti akhirnya tiba jua. Segala hiasan di tempat persandingan telah pun siap  disusun atur. Memang terbaik hasil sentuhan wedding planner yang mama tempah. Dia terdengar bahawa pihak lelaki akan hadir sebelum waktu Zohor.
           
     “Isya cepat la apa yang dimenungkan tu,” kejut Puan Sri Aisyah.
           
     “Kenapa mama kelam-kabut sangat ni?” tanya Danisya.
           
     “Sayang tahu tak dah pukul berapa ni? Kita dah lewat tau,” jerit Puan Sri Aisyah melawan suara bising tetamu yang datang untuk membantu.
           
     “Baru pukul 11 pagi mama. Rilexxx,” jawap Danisya.
           
     “Baru Isya cakap. Dah lewat la. Nak bersiap lagi. Takut tak sempat pula. Dah-dah jom,” ajak Puan Sri Aisyah lantas menarik tangan Danisya.
           
     “Mama, Erin pun kena bersiap juga. Dia kan pengapit Danisya,” ucap Danisya mengingatkan mamanya.
           
     “A’ah la, lupa pula. Erin!!!,” jerit Puan Sri Aisyah memanggil Erin.
           
     Erin yang sedang membantu mengemas rumah segera menuju ke arah Puan Sri Aisyah.
           
     “Kenapa aunty?” tanya Erin kehairanan.
           
     “Aunty tengok kamu ni dari semalam tak henti-henti buat kerja. Dah jom pergi bersiap,” ajak Puan Sri Aisyah yang merupakan satu arahan sebenarnya.  
           
     Danisya dan Erin cepat-cepat menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Puan Sri Aisyah turut melakukan perkara yang sama. Dia terserempak dengan Tan Sri Saifuddin yang sedang bersiap-siap.
           
     “Sayang, cepat la bersiap,” tegur Tan Sri Saifuddin.
           
     “Yelah, nak bersiap la ni,” jawap Puan Sri Aisyah.
           
     Selang beberapa minit kemudian, Puan Sri Aisyah keluar dari bilik mandi dan menyarungkan jubah berwarna putih pada tubuhnya. Tudung solehah menjadi pilihannya untuk dipakaikan bersama-sama jubah tersebut.
           
     Tan Sri Saifuddin turut mengenakan baju melayu yang berwana senada dengan jubah Puan Sri Aisyah. Setelah bersolek ala kadar, Puan Sri Aisyah ingin melihat keadaan Danisya dan Erin.
           
     “Isya, Erin dah siap ke?” tanya Puan Sri Aisyah seraya memasuki bilik tersebut.
           
     “Wau, kebaya tu seperti memang direka untuk Erin je. Sesuai sangat. Isyh, kalau aunty ada anak laki dah lama aunty pinangkan Erin,” puji Puan Sri Aisyah, kagum dengan penampilan Erin pada hari bersejarah itu.
          
     “Isyh, aunty ni, mana ada lah. Biasa-biasa je Erin ni. Mana cantik pun, baju ni ye lah cantik. Baju ni pun Isya yang pilih. Sejak bila ntah dia pandai pilih baju-baju yang berfesyen ni,” ucap Erin, merendah diri.
          
     “Ek eleh, malu-malu pula. Danisya memang tahu sikit-sikit pasal fesyen ni cuma dia malas je nak berlebih-lebih. By the way, Danisya mana?” tanya Puan Sri Aisyah apabila menyedari kelibat Danisya tiada di bilik tersebut.
          
     “Isya, dalam toilet lagi, aunty. Entah apa yang dibuatnya sampai tak keluar-keluar lagi,” jawap Erin.
          
     “Err, aunty reti tak nak pakai selendang ni macam mana? Erin tak pandailah. Erin ingat ni untuk alas meja tapi rupa-rupanya spesis tudung gak,” tanya Erin, mati-mati dia ingat selendang tu adalah alas meja.
          
     “Ada ke patut samakan selendang  dengan alas meja. Lawak lah Erin ni. Kesian Erin. Meh aunty tolong pakaikan tapi sebelum tu kena make-up dulu,” ujar Puan Sri Aisyah.
          
     “Make-up?” jerit Erin.
          
     “Aunty tak kira. Kamu kena jugak make-up,” arah Puan Sri Aisyah.
          
     ‘Memang sehati sejiwa betul Erin dan Isya ni,’ getus Puan Sri Aisyah.
          
     So, Erin pun terpaksalah menyetujui dalam rela dan paksa. Puan Sri Aisyah cepat-cepat melaksanakan tugasnya.
         
     “Erin, adui asal la mama aku ni tempah baju cam ni, tak selesa la,” rungut Danisya sambil keluar dari toilet. Dia memakai baju kurung satin berkain duyung yang bercekak musang dan  berwarna putih.
         
     “Berjam-jam aku nak pakai baju ni. Payah betul,” adu Danisya lagi tanpa menyedari akan kehadiran mamanya.
         
     “Dah memang waktu nikah kena pakai baju macam tu. Putih suci bersih,” jawap Puan Sri Aisyah yang mengejutkan Danisya.    
         
     “Eh, mama!! Panjang umur. Isya tak kisah warna dia la. Masalahnya kain dia ni sempit, terseksa Isya nak jalan,” terang Danisya.
         
     “Okey apa Isya. Cantik je bila kau pakai. Ayu gitu,” puji Erin.
         
     “Hah, Erin pun setuju dengan baju tu. Pandaikan aunty pilih,”ujar Puan Sri Aisyah, tak habis-habis dengan memuji diri sendiri.
         
     “Pandai-pandai. Aunty memang the best la,” puji Erin sampil menaikan ibu jarinya.
         
     “Alang-alang kau dah suka apa kata kita tukar. Boleh aku merasa jadi ratu kebaya. Kot-kot nanti ada yang cari aku untuk jadi miss world kan,” cadang Danisya.
         
     “Miss world taik kucing kau. Tak nak aku, kang tak pasal orang ingat aku pulak pengantin perempuan,” tolak Erin. Gila apa Isya ni nak suruh aku tukar baju dengan dia. Nanti aku pulak yang kena kahwin paksa. Mau naik darah tinggi mak aku kalau tahu aku yang kena kahwin.
         
     “Aku gurau je,” jawap Danisya.
         
     “Lagipun aku tengok kau dah perfect dengan baju kebaya tu. Habis cun melecun dah. Ni mesti ada yang terpikat ni. Alang-alang tu boleh nikah sekali dengan aku,” usik Danisya.
         
     “Mengarut lah kau ni,” sangkal Erin.
         
     “Betul apa yang Isya cakap tu. Aunty setuju,”
         
     “Dah-dah la tu Isya usik Erin. Meh sini mama tolong make-up kan,” sambung Puan Sri Aisyah apabila melihat Danisya ingin membuka mulut. Tak lain tak bukan nak usik Erin lagi la tu.
         
     “Make-up, make-up.. Asyik-asyik make-up,” bebel Danisya perlahan. Namun dia menuruti kata-kata mamanya.
        
     Erin ralit melihat Puan Sri Aisyah menyolek Danisya. Dalam hati dia memuji kecantikan Danisya.
        
     “Isya ni kalau tak make-up pun cantik. Kalau make-up lagi laa, superb. Nanti suami kau tengok mesti tergoda. Jatuh cinta pandang pertama gitu,” puji Erin. Dia sudah lama memerhatikan tingkah laku Danisya selama ini. Pakai t-shirt yang biasa-biasa je, tudung pula hanya diselempangkan. Memang orang lain tak jangka la Danisya ni anak Tan Sri.
        
     “Mula la nak melalut tu. Takde maknanya,” sangkal Danisya.
        
     “Ada maknanya ea. Apa yang aku cakap tu betul apa,” jawap Erin.
        
     Puan Sri Aisyah hanya mendengar perbualan Erin dengan anaknya. Setelah menyolek Danisya, dia mencapai anak tudung awning dan selendang schanaz satin berwarna putih lalu dipakaikan di kepala Danisya. Kemudian dia menyarungkan kain lace yang ditempah khas di Butik D’Rias Collection. Tidak lupa diselitkan juga tiara kecil di atas kepala Danisya.
       
     “Okey dah siap,” ucap Puan Sri Aisyah puas hati dengan hasil sentuhannya.
       
     “Comelnya, Isya. Warna putih memang sesuai dengan kau yang putih melepak,” puji Erin lagi.
       
     “Tak habis-habis dengan pujian. Boring dah aku dengar. Aku dah lama tahu aku comel. So, stop memuji aku yang comel ni,” ucap Danisya lantas dia berpusing untuk mengadap cermin. Terkejut dia dengan penampilannya. Lain benar dengan dia yang dulu. Teringat pulak sewaktu dia ke majlis syarikat papanya. Patutlah Erin tak henti-henti memujinya, memang cantik sentuhan mamanya. Tak payah susah-susah tempah mak andam.
       
     “Kenapa? Tak percaya ke?” usik Puan Sri Aisyah apabila anaknya tak berkelip melihat penampilan dirinya sendiri.
       
     “Dah siap ke? Dah pukul 12.30 tengah hari ni. Kang terlewat pula,” tanya Tan Sri Saifuddin yang baru memasuki bilik tersebut. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan yang amat comel dengan baju kurung satin berwarna putih.
       
     “Princess ke ni? Macam Barbie doll yang pakai tudung. Cantik nya,” puji Tan Sri Saifuddin lantas mencubit pipi Danisya.
       
     “Eh, ni Erin ke? Wau, cantiknya dia. Macam nak naik pelamin sekali dengan Isya dah,” usik Tan Sri Saifuddin.
      
     “Betul tu papa. Kita cari la sorang laki untuk nikah dengan Erin kejap lagi. Boleh buat majlis perkahwinan serentak,” acah Danisya pula.
      
     “Cop, cop.. Uncle, Isya, jangan nak mengarut ea. Erin tak nak kahwin lagi. Kang nanti Erin balik rumah terkejut mak Erin bila dapat tahu yang Erin dah kahwin tanpa persetujuan dia,”
      
     “Bagus, bagus. Bab kahwin ni memang kena ada restu parents baru lah sesebuah perkahwinan tu bahagia. Macam kami ni,” nasihat Tan Sri Saifuddin lalu memeluk pinggang isterinya dan mencium dahi isterinya.
      
     Malu Puan Sri Aisyah diperlakukan sebegitu di hadapan Erin dan Danisya.
      
     “Wau, romantik la uncle dengan aunty ni,”
      
     “Memang la romantik, bila kat depan aku my mom and my dad ni tak bertapis pon. Aku pula yang malu. Nasib baik da lepas 18 tahun,” adu Danisya.
      
     “Laa ni lah resepi nak bahagia, saling sayang-menyayangi,” jawap Tan Sri Saifuddin.
      
     Belum sempat Danisya nak membalas kata-kata papanya, tiba-tiba terdengar panggilan dari telefon bimbit papanya. Usai panggilan ditamatkan, Tan Sri Saifuddin mengajak mereka ke Masjid Negara kerana pihak lelaki sudah sampai.
     
     Danisya dan Erin cepat-cepat menyarungkan sepatu masing-masing. Tan Sri Saifuddin dan Puan Sri Aisyah telah keluar untuk menunggu di dalam kereta.
     
     “Aku lemah betul la bila kena pakai menatang ni,” adu Danisya.
    
     “Dah jangan banyak cakap. Aku pun tak suka pakai high heel ni,”
    
     Danisya dan Erin segera keluar dan menuju ke kereta papanya. Tetamu yang datang ke rumahnya tidak henti-henti memuji kecantikan Danisya dan Erin.

Monday, 4 November 2013

1 2 3 Cinta 17


Bab 17
    
     Danial sedang melepak di dalam biliknya sambil ditemani kawan-kawannya yang datang untuk meluangkan masa sebelum Danial bergelar suami orang. Keluarga dan sanak-saudaranya sedang sibuk menghias barang hantarannya.
       
     “Tak sangka aku kau akan kahwin esok,” ujar Safwan memecah kesunyian.
       
     “A’ah,” sokong Zarif.
       
     “Lepas ni kiteorang tak boleh dah la nak lepak dekat dalam bilik kau macam ni,” ucap Ikhwan pula.
      
     “Macam takde tempat lain nak lepak je,” jawap Danial sambil tergelak.
       
     Danial terpandang baju nikahnya yang tersangkut di pintu almari. Hatinya menjadi sayu tiba-tiba.
       
     “Apa nama isteri kau?” tanya Edirul.
       
     “Entah la. Aku just tahu nama dia Puteri,” jawap Danial.
      
     “Tapikan puding yang dia buat hari tu best gila. Lembut,” sambung Danial apabila teringat akan keenakan puding karamel buatan Danisya.
      
     “Aii, belum apa-apa dah puji bakal isteri nampak,” usik Safwan.
      
     “Mana ada. Aku cakap yang betul je. Kalau korang rasa sedikit mesti korang rasa nak makan lagi. Serious!!!,” sangkal Danial.
      
     “Hah, apa kata kau jadi pengapit aku. Mana tahu kau ada jodoh dengan pengapit bakal isteri aku tu,” usik Danial pada Safwan.
      
     “Boleh juga,” sahut Safwan.
      
     “Beres,” ucap Danial.
      
     “Asal kau suruh mama kau buat Cadbury sebagai hantaran? Banyak pula tu,” tanya Zarif.
      
     “Entah la. Aku pun tak tahu. Aku rasa nak beli je. Maybe sebab perempuan suka coklat kot. Tu yang aku beli,” jawap Danial.
      
     “Apa perasaan kau bila kena kahwin paksa macam ni?” tanya Edirul tiba-tiba.
      
     “Susah nak terangkan perasaan aku sekarang, bercampur-baur. Sedih ada, gementar ada, takut pun ada,” jawap Danial.
      
     “Asal nak takutnya? Takut malam pertama ea??” gurau Safwan.
     “Bala kau.. Agak-agak la wei nak berotak kuning pon. Mestilah aku takut untuk tahu siapa bakal isteri aku. Gamaknya bakal isteri aku tu hodoh, gemuk, tak ke naya aku jadinya,” jawap Danial.
     
     “Wei, mak kau takkan la nak cari calon menantu yang tak baik-baik untuk anak kesayangan dia ni,” sangkal Ikhwan.
     
     “Melepas la peluang kau nak merasa naik pelamin dengan Danisya kan,” gurau Edirul.
     
     “Nak melepas apanya bukan si Danisya tu pon nak kahwin ke?” ucap Safwan teringat akan memo yang di tampal di papan kenyataan universiti.

     “Bukan jodoh kau la nampaknya beb,” ujar Zarif sambil menumbuk lembut bahu kawannya itu.

     “Ni apa kes tetiba keluar pasal Danisya pulak ni. Sekarang yang nak kahwin ni siapa? Aku!!
, kawan korang,”

      “Layan lah korang. Baik aku turun makan lagi baik,” sambung Danial lantas turun ke ruang makan diikuti kawan-kawannya.

**************************

     Pada malam itu, Danisya tidak dapat melelapkan matanya. Lantas dia bangun dan menuju ke dapur untuk mengambil Cadbury di dalam peti sejuk. Dia meninjau di sekeliling rumahnya. Semua persiapan sudah hampir selesai. Gementar + takut pun ada apabila mengenangkan pasal majlis perkahwinannya.
      
     Warna tema perkahwinannya ialah merah jambu dan hitam. Ikutkan dia mahu tema warna hitam semuanya. Tetapi mamanya menggunakan kuasa vetonya dengan melarang warna hitam. Itu pun setelah dia mengugut nak lari masa nikah nanti barulah mamanya benarkan warna hitam dan merah jambu. Di tempat sandingnya akan dihias dengan bunga mawar asli berwarna putih dan merah jambu. Bunga itu akan disusun pada esok hari supaya dapat mengekalkan kesuburan bunga tersebut.

    
     Setelah menghabiskan Cadburynya, dia mengosok gigi lalu masuk tidur.

1 2 3 Cinta 16


BAB 16
     Barang-barang untuk pernikahan Danisya sudah siap dibeli. Khemah-khemah telah pun didirikan. Biliknya sekarang sudah dihias cantik dengan cadar dan langsir serba baru. Memang la dah nama bilik pengantin kena la hias cantik-cantik. Disebabkan itu, mama melarangnya menjejakkan kaki ke dalam biliknya itu. Terpaksalah dia tidur di bilik tetamu.

     Syarat yang dikenakan olehnya kepada papanya sudah dilaksanakan. Papanya sudah membeli sebuah kedai untuknya. Malah dia sendiri sudah mereka hiasan dalaman untuk bakerynya itu. Tunggu masa untuk siap je.
     
     Hati Danisya tak keruan apabila memikirkan hari pernikahannya yang akan tiba keesokan harinya. Lantas dia mengambil kunci keretanya dan meminta kebenaran mamanya untuk keluar berjalan-jalan.

     Rumahnya menjadi agak riuh-rendah kerana ramai jiran dan sanak - saudara yang datang ke rumahnya untuk membantu apa-apa yang patut.
          
     Danisya memandu keretanya ke rumah Erin. Dia mengetuk pintu lantas memberi salam.
          
     “Isya.. Masuk la. Sorry la rumah aku sempit je,” ucap Erin merendah diri.
          
     “Kau pernah makan tapak kasut tak? Aku dah berapa banyak kali datang rumah kau. Bukannya aku tak biasa. Lagipun tang mana rumah hang sempit?” keluar terus loghat utara dari mulut Danisya.
          
     “Erin, siapa yang datang?” jerit mak Erin, Rohana.
           
     “Apa khabar mak cik?” tanya Danisya seraya menyalami tangan Rohana.
           
     “Alhamdulillah, mak cik sihat. Segan pula bila Isya datang rumah kami ni,”
           
     “Apa nak segannya mak cik. Macam Isya tak pernah datang je,” Danisya hairan dengan kata-kata Rohana.
           
     “Erin dah ceritakan pada mak cik semuanya. Mak cik ucapkan tahniah ya atas perkahwinan kamu tu. Mak cik ke dapur dulu, nak buat air,” pohon Rohana.
           
     “Isyh, Erin ni tak boleh simpan rahsia betul. Eh, mak cik tak payah susah-susah la. Isya datang ni nak jemput mak cik sekeluarga ke rumah Isya nanti. Se hal lagi Isya nak pinjam bawa lari Erin ke rumah Isya. Boleh tak mak cik?” tanya Danisya.
          
     “La apa yang tak bolehnya. Kamu berduakan BFF. Mak cik faham mesti kamu nervous,” jawap Rohana.
         
     “Wei, aku bukan barang la. Sesuka hati je kau nak pinjam,” tegur Erin.
          
     “Yelah-yelah, aku nak ajak kau stay dekat rumah aku. Besokkan aku dah nak kahwin. Boleh ea,” rayu Danisya.
          
     “Tak boleh,” tolak Erin.
          
     “Ada aku kisah boleh ke tak boleh. Madam besar dah kasi green light, so nak tak nak kau kena ikut aku balik rumah,” arah Danisya.
         
     “Baiklah Puan Danisya. Cik Erin menurut segala perintah Puan Danisya,” gurau Erin.
         
     “Mak aku dah kata boleh, aku pun on je lah,” sambung Erin seraya menuju ke biliknya untuk mengemas pakaian ke dalam beg.
         
     Tergeleng Rohana dengan keletah anaknya dan Danisya.
         
     “Kami pergi dulu ya. Mak cik jangan lupa datang tau,” ujar Danisya mengingati Rohana. Danisya dan Erin menyalami tangan Rohana lantas berlalu ke kereta Danisya.
         
     “InsyaAllah. Bawa kereta tu hati-hati ya,”
         
     “Fulamak, kereta kau ke ni?” tanya Erin tidak percaya. Hampir tercampak beg bajunya gara-gara terkejut.
         
     “Yelah, kereta aku. Asal pula ni?” tanya Danisya kehairanan.
         
     “Mak aii, Mazda limited edition doii, tak percaya aku boleh naik kereta ni,” jerit Erin kerana terlalu gembira.
         
     “Dah, dah. Jom. Aku tolong penuhi impian kau nak naik kereta kesayangan aku ni,” ajak Danisya seraya membuka membuka bonet kereta untuk meletakkan beg pakaian Erin.
          
     Erin dengan pantas menuju ke tempat penumpang. Danisya tergeleng dengan keletah Erin.
          
     “Jom shopping,” ajak Danisya sewaktu mereka dalam perjalanan.
         
     “Isya, aku mana ada duit. Tengah-tengah bulan ni kering la. Aku temankan kau je lah,”
          
     “Siapa kata guna duit kau. Aku belanja la,”
          
     “Kau belanja? Tak payah la. Menyusahkan je,” tolak Erin. Dia bersahabat dengan Danisya bukan untuk mengambil kesempatan atas kekayaan Danisya.
          
     “Ada aku kisah? Kita dah sampai pun,” ujar Danisya sambil meletakkan keretanya di tempat meletakkan kenderaan.
          
     Sewaktu Erin keluar dari kereta Danisya, dia terpandang ada mata-mata yang menoleh pada kereta Danisya. Yelah dah kereta ni limited edition punya.  Bangga Erin rasa.
           
     Danisya menuju ke Butik Muslimah yang terletak di Bukit Bintang. Dia ingin mencari baju kebaya yang sesuai untuk Erin.
            
     “Wow, kau nak pakai kebaya ke? Tak percaya aku,”tanya Erin, terkejut apabila melihat Danisya menilik beberapa helai kebaya di butik tersebut.
           
     “Sejak bila aku cakap aku nak pakai kebaya? Hah, dah jumpa,” Danisya mengacukan baju kebaya berwarna merah jambu pada badan Erin.
           
     “Baju ni untuk kau. Cayalah, sesuai,” sambung Danisya.
           
     “Untuk aku? Wei, aku mana pernah pakai baju berfesyen macam ni,” tolak  Erin.
           
     “Aku tak kira. Kau kena pakai juga baju ni sebab kau kena jadi pengapit aku,” arah Danisya.
           
     “Yelah, yelah, untuk bakal pengantin, aku sanggup lakukan apa je,”
           
     Setelah mendapat kata putus dari Erin, Danisya terus mencari tudung yang sesuai unuk digabungkan dengan baju kebaya Erin. Selendang pashmina berwarna yang serupa menjadi pilihannya.
           
     Kemudian Danisya menarik tangan Erin menuju ke Butik Venn. Lalu, dia menarik sahaja high heel yang menarik buatnya. 
           
     “Cop!! Cop!! Kau nak suruh aku pakai high heel ke?” tanya Erin.
          
     “Yelah,” akui Danisya.
          
     “Wei, benda alah ni dah la aku tak pernah pakai, mau terseliuh kaki aku gamaknya,” terang Erin.
          
     “Kau kata kau sanggup lakukan apa-apa je. Pakai high heel je. Tak susah pun,” Danisya membuat mimik kesian. Padahal dia pun sama macam Erin, tidak mengemari kasut tumit tinggi.
         
     “Okey, okey, aku pakai,” putus Erin. Danisya lantas menuju ke kaunter pembayaran.
          
     “Jom, gi makan KFC,” ajak Danisya.
          
     Erin hanya mengikut langkah kaki Danisya.
         
     “Lepas ni kau teman aku pergi beli Cadbury ea. Stok dekat rumah aku dah habis,” ajak Danisya.
         
     Erin hanya mengangguk kerana mulutnya penuh dengan isi ayam.
         
     “Erin, makan slow-slow sikit. Kang tercekik baru tahu. Tak merasa makan nasi minyak aku kang,” nasihat Danisya. Tergelak dia dengan tingkah laku Erin. Slumber habis.
         
     “Amboi, mulut.. Kata-kata tu satu doa tau. Adui, sedap betul ayam ni. Dah lama aku tak makan,” ucap Erin.
         
     “Well, well. Tengok kita jumpa siapa. Si poorest kita. Amboi, mampu pula nak makan KFC. Mesti korang dah kumpul duit dari dulu kan? Kesiannya,” sindir Fiqa. Dia ternampak kelibat Danisya sewaktu sedang berjalan di sekitar Bukit Bintang.
        
     Danisya yang terkejut dengan kedatangan Fiqa, cepat-cepat menyorokkan kunci keretanya yang diletakkan di atas meja.
         
     “Apa kau ingat orang miskin tak boleh makan dekat sini ke? Dia orang pun manusia juga,” jawap Danisya. Ala setakat RM10 dalam kocek pon da mampu beli KFC cik Fiqa oii.
         
     “Jom, blah Erin,” ajak Danisya.
         
     Usai membeli Cadbury, Danisya pun pulang ke rumahnya sambil ditemani Erin. Matanya tangkas memerhati sekeliling takut-takut terserempak dengan Fiqa.
        
     Sesampainya di rumah Danisya, Erin tergamam melihat akan rumah banglo Danisya. Dia berasa sangat kerdil. Kelihatan ramai orang sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan Danisya.
        
     Danisya menunjukan bilik yang akan diduduki Erin.
        
     “Ni bilik kau merangkap bilik aku jugak sebab for now bilik aku no entry,” terang Danisya.
        
     “Jom, jumpa mama aku. Kau tak pernah jumpa lagikan,” ajak Danisya. Erin menurut kata-kata Danisya tanpa bicara.
         
     “Mama, ni kawan Isya merangkap best best buddy Isya, Erin,” ujar Danisya memperkenalkan Erin kepada mamanya.
         
     “Apa khabar Puan Sri?” tanya Erin seraya menyalami tangan Puan Sri Aisyah.
         
     “Kawan Isya ni tahu ke?” tanya Puan Sri Aisyah. 

     Danisya mengganguk.
         
     “Aunty sihat je. Mesti korang ni best best friend kan?” Nampak gayanya Danisya memang percaya pada Erin kerana identiti sebenar Danisya diketahui olehnya.      
         
     “Memang pun Puan Sri. Semua rahsia Isya ada dalam kocek saya begitu juga dengan rahsia saya,” jawap Erin.
         
     “Wau, memang rapat betul. Okey lah, aunty nak sambung kerja jap. Oh, by the way tak payah ber – Puan Sri, Puan Sri dengan aunty. Kita ni semuanya sama, ada hidung, ada mata, ada telinga,” ucap Puan Sri Aisyah. Kemudian dia berlalu dari situ.
         
     ‘Mak dengan anak sama je perangai,’ getus Erin dalam hati.
         
     “Jom Erin pergi tolong dekat sana,” ajak Danisya. Dengan kehadiran Danisya, suasana di rumah itu menjadi meriah dan ceria dengan loyar buruknya.



P/S Sorry lama sangat2 nak muncul.. busy dengan study and preparation for exam. hope u guys enjoy cerita ntah pape ni. macam hiperbebola je, hero kacak giler2 si heroin pulak lawa giler2. bila flashback balik entry dulu2 rasa mcm mnympah je dua2 perfect dari segi rupa. whatever laa korang layan je lah ek. 

Saturday, 25 May 2013

1 2 3 Cinta 15

BAB 15


   Sesampainya di rumah, Datin Rozita segera meletakkan puding pemberian Danisya ke dalam peti sejuk. Selepas itu, dia menuju ke bilik tidurnya untuk menunaikan solat Maghrib bersama-sama suaminya.
             
     Danial yang sedang berehat di bilik terdengar bunyi kereta papanya. Itu bermakna mereka baru pulang dari melawat kawan lama papanya merangkap bakal mentuanya. Dia tiba-tiba berasa haus lalu dia turun ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan jus oren dan menuangnya ke dalam gelas. Tiba-tiba dia ternampak sebekas puding. Nampak menyelerakan lalu dia mengeluarkan puding tersebut dan meyuap sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya.
            
     ‘Sedap’ puji Danial dalam hati.
             
     Tiba - tiba Danial disergah dari belakang oleh papanya. Mahu tercabut jantungnya.
             
     “Papa, terkejut Danial. Nasib baik Danial tiada sakit jantung, kalau tak dah lama jalan,” ucap Danial
             
     “Habis tu papa tengok kamu betul-betul menikmati puding tu. Sampai tak toleh dah kiri kanan,” tegur Dato’ Razif.
             
     “Sedap sangat. Macam tak cukup je. Papa beli dekat mana?” tanya Danial.
             
     “Mana ada beli, buat,” jawap mamanya. Dato’ Razif turut menyertai menikmati puding tersebut.
              
     “Siapa yang buat?” tanya Danial lagi.
             
     “Mana aci. Makan puding tak ajak Ana,” rungut Raihana yang baru masuk ke dapur. Raihana merupakan adiknya yang bongsu. Mereka hanya dua beradik. Adiknya sekarang berumur 16 tahun.
            
     “Meh la sini, papa suap,” ajak Dato’ Razif. Raihana amat manja dengan mereka sekeluarga. Raihana segera duduk di sebelah papanya.
            
     “Mama, siapa yang buat puding ni?” ulang Danial.
            
     “Bakal isteri kamu la,” jawap Datin Rozita.
             
     “Kak Puteri ke?” tanya Raihana.
            
     “Yummy, sedapnya. Pandai Kak Puteri buat,” puji Raihana setelah merasa puding tersebut.
            
     “Hah!! Puteri tu siapa?” tanya Danial.
            
     “Princess abang la,” jawap Raihana sambil menunggu papanya menyuapkan puding itu.
            
     “Bila masa pula dia jadi princess abang?” soal Danial.
            
     “Ek eleh abang ni, nama bakal kakak ipar Ana merangkap bakal isteri abang tu Puteri,” ucap Raihana.
             
     “Ooo, nama dia Puteri,” bisik Danial pada dirinya.
             
     “And you know something, abang kamu ni bakal bernikah dalam masa sebulan lagi,” ujar Dato’ Razif pada Raihana.
             
     “Sebulan lagi,” jerit Danial dan Raihana serentak.
             
     ‘Asal adik aku ni terkejut mengalahkan aku pula’ getus Danial.
             
     “Yay, yay. Tak sabarnya nak dapat kakak ipar. Mesti Kak Puteri tu comel macam Ana. Boleh la dia buat lagi puding macam ni,” jerit Raihana kegembiraan.
             
     “Eh, sesuka hati dia je. Tak boleh. Abang tak izinkan. Abang suruh Kak Puteri buat puding untuk abang seorang je,” ujar Danial mengusik Raihana.
               
     “Mana boleh. Ana nak juga. Kalau tak Ana cakap dekat Kak Puteri supaya tak payah buat puding untuk abang,” ugut Raihana.
               
     “Tak boleh, tak boleh. Seorang isteri mesti mendengar kata-kata suaminya,”
               
     “Sudah, korang berdua ni, pasal puding pun nak gaduh,” tegur Dato’ Razif meleraikan pergaduhan mulut di antara anak-anaknya.
               
     “Ana tu yang mula dulu,” adu Danial.
               
     “Sudah, papa kata,” marah Dato’ Razif.
               
     “Ueks,” Raihana menjelirkan lidahnya.
               
     “Raihana,” marah Dato’ Razif pula.
               
     Danial tersenyum mengejek .
               
     “Dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Dah la nak kahwin. Tak matured langsung,” bebel Raihana perlahan tapi masih boleh didengari oleh Danial. 
               
     “Ana, abang dengar apa yang Ana bebelkan tu,”
     
     Raihana hanya tersengih. Dia menyuap puding yang terakhir dan cepat-cepat berlari masuk ke biliknya.