Bab 20
Sudah ramai
tetamu yang hadir di rumah Danisya. Danisya dan Danial diapit oleh Safwan dan
Erin sewaktu mereka memasuki perkarangan rumah Danisya.
“Danisya, tunjukkan Danial bilik kamu. Sekarang kita tunaikan solat
zohor kemudian majlis persandingan korang akan bermula,” arah Puan Sri Aisyah.
Danisya pandang Danial, kemudian menunding jari ke arah dirinya membawa
isyarat ‘Isya ke yang kena tunjukkan,’ kepada mamanya.
“Iyalah sayang oii. Dah sekarang pergi cepat,” tegas Puan Sri Aisyah.
Danisya lantas cepat-cepat menuju ke arah bilik yang didudukinya dengan
Erin. Danial hanya mengikuti langkah Danisya.
Tiba-tiba Danisya terasa ada seseorang yang mengikutinya lantas dia
berpaling.
“Eh, asal awak ikut saya ni?” tanya Danisya kehairanan. Dia terlupa akan
arahan mamanya untuk menujukan biliknya yang sebenar kepada Danial. Padahal
baru sebentar tadi Puan Sri Aisyah menyuruhnya. Gamaknya tertelan banyak sangat
semut la kot sampai jadi pelupa ni.
“Laa, saya nak solat dan salin baju la,” jawap Danial pelik dengan
soalan Danisya.
“Abis tu asal awak ikut saya?” tanya Danisya kembali.
“Lupa la tu. Mama suruh awak tunjukkan bilik dekat saya,” jawap Danial.
“Ooo, lupa pula. Ingatkan mamat sewel ni nak buat apa dekat aku tadi,”
ucap Danisya perlahan namun masih didengari Danial.
“Hah, awak naik dekat tingkat atas tu sebelah ruang tamu atas,” tunjuk
Danisya. Tiba-tiba dia menyedari akan renungan Danial.
“Kenapa? Kalau saya buat apa-apa pun dekat
awak bukannya haram. Halal lagi tu,” usik Danial.
“Gila!!!,” jerit Danisya lantas terburu-buru memasuki bilik tetamu yang
didudukinya itu dan menguncinya.
Danial tergelak dengan keletah Danisya. Lalu dia menuju ke arah yang
ditunjukkan oleh Danisya tadi.
**************************
“Adui, malangnya nasib aku. Volume
mulut ni memang tak leh berkerjasama langsung dengan tuan dia,” rungut Danisya
sambil menepuk mulutnya. Kemudian dia menuju ke arah bilik air untuk mengambil
wuduk.
Usai solat Zohor, dia menyarungkan dress
berwarna merah jambu dan bercorak hitam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
Lantas Danisya membuka pintu tersebut.
“Okey, it’s time for make-up,”
ucap Puan Sri Aisyah.
“Hump, make-up,make-up..,”
dengus Danisya. Namun dia menuruti kata-kata mamanya.
Selesai menyolek, Puan Sri Aisyah menyarungkan anak tudung Syria dan
selendang silk pada kepala Danisya. Setelah itu, Puan Sri Aisyah membawa
Danisya mendekati Danial yang memakai baju melayu bercekak musang berwarna
sedondon dan bersampin. Puan Sri Aisyah meninggalkan mereka berdua.
“Ermmm, hah!! Nak amik kasut jap ea,” minta Danisya memecahkan kebisuan
di antara mereka.
Baru sahaja Danisya ingin melangkah,
tiba-tiba Danial menarik tangannya dan mendudukannya di atas tangga. Kemudian
dia melutut untuk menyarungkan high heels
berwarna hitam pada kaki Danisya. Tergamam Danisya dibuatnya.
“Do you remember ‘bout this?”
tanya Danial sambil merenung ke dalam anak mata Danisya. Danisya tidak selesa
akan renungan Danial lantas melarikan matanya dari terus direnung Danial.
“Huuuh, I remember,” keluh Danisya. Dia ingat lagi sewaktu Danial membantu
mengurut kakinya yang terseliuh gara-gara memakai high heels. Tiada gunanya lagi dia nak menipu. Lambat-laun Danial
akan tahu juga siapa sebenarnya dia.
“Who are you, truthly?
Danisya, Iriana,” tanya Danial lagi.
“Isya, Danial, cepat la. Korang kena bersanding ni,” arah Erin yang
muncul entah dari mana. Sebenarnya dari tadi lagi Erin melihat sketsa yang
diciptakan mereka. Malah sudah ada beberapa keping gambar yang ditangkap oleh
dia.
“Jom,” ajak Danial lalu menghulurkan tangannya.
Danisya menyambut tanpa ragu-ragu. Sekali lagi Erin menangkap gambar
mereka berdua untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Danisya dan Danial
menuju ke tempat persandingan sambil berpegangan tangan.
Persandingan mereka dimulakan dengan bacaan doa. Setelah habis majlis
menepung tawar, sesi bergambar diadakan. Senyuman palsu terukir dibibirnya
sementelah dia diminta untuk bergambar bersama-sama Danial.
Danial diminta untuk memeluk Danisya lantas dengan slumbernya dia memeluk pinggang Danisya dari belakang. Cuak Danisya
dibuatnya. Mukanya dirapatkan di telinga Danisya.
“Sporting la sayang. Nikan
majlis kita,” bisik Danial sengaja dia memanggil Danisya ‘sayang’.
Danisya membuat endah tak endah akan kata-kata Danial. Dalam hati, mau
dihempuknya Danial apabila mendengar Danial memanggilnya sebegitu. Setelah
beberapa keping gambar diambil, mereka pun berlalu untuk mengisi perut.
Dalam pukul 5 petang tetamu yang
hadir semakin berkurangan. Danisya dan Danial sudah menukar pakaian masing-masing
dengan memakai trek dan t-shirt.
“Bye, Kak Isya,” ucap Raihana
lalu bersalaman dengan Danisya.
“Eh, Kak Isya, by the way best la puding gula hangus akak. Nanti
ajarkan Ana yup,” sambung Raihana.
“No problem. Bila-bila masa
Kak Isya boleh ajarkan,” janji Danisya.
“Okeylah Isya, Danial kami gerak dulu la. Dah nak maghrib ni,” pinta
Datin Rozita. Danisya lantas menyalami mentuanya itu.
“Abang, nanti ajak la akak datang rumah kita,” minta Raihana.
“InsyaAllah. Nanti abang bawa Kak Isya,” janji Danial.
“Danial, jaga Isya tu baik-baik tau. Sekarang kamu dah ada tanggungjawap
kamu sendiri,” nasihat Dato’ Razif.
“Kalau boleh cepat-cepatlah kasi mama cucu,” sambung Datin Rozita.
Terdiam dibuatnya Danisya dan Danial.
“InsyaAllah, mama, papa. Kalau ada rezeki ada lah,” jawapan selamat dari
Danial.
“Memang la. Tapi kena la usaha,”
nasihat Datin Rozita lagi.
“Udah-udah la ayang oii. Mereka kan
baru je nikah. Biarlah mereka rasa hidup berdua dulu. Jom lah kita balik kang
terlepas maghrib pulak. Kami pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Dato’ Razif
menamatkan kata-kata Datin Rozita sekaligus menyelamatkan mereka.
**************************
“Hai,” tegur Safwan. Sewaktu itu
Erin sedang duduk di bangku berdekatan dengan kolam terjun buatan di rumah
Danisya.
“Saya Safwan,” ucap Safwan
memperkenalkan dirinya.
“Erin, kawan Danisya,” ujar Erin pula
memperkenalkan diri.
“Bestfriend
dia kan,”
Erin mengangguk mengiyakan.
Sebenarnya dia berasa gugup duduk berduaan dengan Safwan. Nasib baik lah bukan
dekat tempat yang tersembunyi kalau tidak mahu ditangkap basah oleh ahli-ahli
keluarga Danisya.
“Erm, tak sangka ya,”
“Apa yang tak sangka?” tanya Erin
apabila Safwan tidak menghabiskan kata-katanya.
“You’re
so beautiful in those kebaya,” puji Safwan. Terbayang-bayang akan
kecantikan Erin sewaktu memakai baju kebaya tersebut.
“Isyh, mengarut la awak ni,” sangkal
Erin. Mamat ni macam nak menjual minyak dengan aku je.
“Betul saya tak tipu. Saya bukannya
nak jual minyak okey. It’s a fact,”
akui Safwan. Terdiam Erin sebentar.
“Okey, okey. Tadi je la cantik
sekarang tak dah. Tu pun sebab make-up,”
“Cantik bukan diukur pada
paras rupa,” ujar Safwan sambil merenung Erin.
“Habis tu kalau bukan paras rupa,
cantik diukur dengan apa? Harta kekayaan?” tanya Erin.
“I’m
fell in love with you,” luah Safwan berani.
“Hah!!? Awak jangan main-main boleh
tak?” marah Erin. Terkejut dia mendengar luahan hati Safwan yang tiba-tiba.
“Hati dan perasaan tak boleh dibuat
main-main Cik Erin. Nanti ada hati yang akan kecewa,”
“Erin, perasaan saya ikhlas terhadap
awak. Saya suka dekat awak semenjak awak tampil membuat pengumuman di
universiti dulu,” terang Safwan.
“Safwan, awak belum pun mengenali
hati budi saya lagi. Lagipun taraf hidup kita berbeza,” ujar Erin sayu.
“Kita boleh mencuba. Belum cuba belum
tahu. Awak, cinta saya bukan berlandaskan harta kekayaan,”ucap Safwan. Keluarga
dia tidak pernah membezakan antara miskin dengan kaya. Papanya dulu pernah
hidup susah sebelum dia berjaya hingga sekarang.
“Masakan enggang nak terbang dengan
pipit?” tanya Erin. Selalu sahaja di melihat atau membaca kisah-kisah cinta
antara dua darjat, walaupun bahagia di akhir cerita namun adakah dia pun mampu
mencapai bahagia itu.
“Itu hanya pepatah, Erin. Harta kekayaan
itu hanya sementara. Bila-bila masa boleh hilang. Harta tidak menjamin
kebahagiaan,” terang Safwan. Terdiam Erin mendengar kata-kata Safwan.
“So,
would you be my girlfriend?” tanya Safwan lalu mengenggam tangan Erin.
“Hah!!!? Safwan kita baru je kenal. Apa kata kita
berkawan dahulu,” putus Erin setelah memikirkan luahan Safwan.
“Hump, I expect our relationship is more than friend but kawan pun kawan
la,” setuju Safwan.
“Ehem.. Kacau jap ea drama korang.
Erin dah lewat ni. Kau nak balik tak?” tanya Danisya dengan sengihan mengusik.
Terdengar sahaja suara Danisya, Erin
cepat-cepat menarik tangannya dari genggaman Safwan.
“Ala Isya, aku baru je nak beramah
mesra dengan Erin,” keluh Safwan.
“Kalau macam tu apa kata kau tolong
hantarkan Erin?” tanya Danisya. Dia sengaja memberi cadangan begitu supaya
Safwan dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Erin.
“Idea yang bernas. Aku setuju,”
sokong Safwan.
“Hati-hati bawa anak dara orang ni.
Kalau jadi apa-apa dekat Erin siap kau aku kerjakan. Okelah chow dulu,” ugut
Danisya.
“Eh,eh, tunggu kejap. Tak aci, tak
minta pun pandangan Erin,” rajuk Erin. Siaplah kau Danisya. Kurang asam!!!
“No
complain. Jom, saya hantarkan. Gangster juga ya Isya ni,” kutuk Safwan.
“Of
course la. Sebab dia sayangkan saya,” bela Erin. Dengan berat hati Erin
mengambil beg pakaiannya dan menuju ke arah kereta yang dipandu Safwan.
Kemudian mereka pun berlalu dari situ.




