Monday, 4 March 2013

1 2 3 Cinta 5

BAB 5

                    
     Sebelum pulang ke rumah sewanya, Danisya ke pasaraya untuk membeli coklat Cadbury kesukaannya. Danisya sampai ke rumah sewanya tepat pukul 10 pagi.
                    
     “Banyaknya kau beli Cadbury. Baru dapat gaji la tu,” tegur Melissa yang baru bangun tidur.
                    
     “Bagusnya anak dara ni. Pukul 10 pagi baru bangun,”  sindir Danisya. Dia tidak mengendahkan kata-kata Melissa.
                    
     “Ni dah kira awal tau aku bangun. Lagi pun aku tak boleh sembahyang. Jadi, aku bangun lewat la,” jawab Melissa.
                   
     “Cik adik, kalau selalu bangun lewat,rezeki tak masuk tau,”
                   
     “ Yelah Cik Danisya yep. Maafkan saya. Lain kali aku buat lagi,” gurau Melissa.
                   
     “Buat la. Kang rezeki takde baru tahu,” ugut Danisya.
                   
     “Okey!!Okey!! Kau kerja apa semalam sampai tak balik rumah?” tanya Melissa.
                   
     “Aku teman Puan Sri tu la semalam. Suami dia outstation. Hari minggu ni pun aku kena teman dia,” tipu Danisya.
                   
     “Wau,best nya. Mesti kau makan sedap-sedap kan. Wei, aku nak ikut boleh tak?” minta Melissa.
                    
     “Hah, kau nak ikut? Mana boleh. Kau kan ada study group hari Sabtu tu. Pastu hari Ahad kau mesti nak pergi date dengah Imran kan,” Danisya sudah masak dengan jadual harian Melissa. Kalau tidak ada kuliah mesti Melissa akan keluar bertemu janji dengan Imran.
                    
     “Ala, semua tu boleh diketepikan lah. Kau cakap la kat Puan Sri tu aku nak ikut kau,” pujuk Melissa.
                    
     “I said no. Aku tak berani lah nak ajak siapa-siapa. Aku bukannya rapat sangat dengan Puan Sri tu. Lagi pun aku teman Puan Sri tu kat rumah dia yang kat Kuala Lumpur tu lah,” dalih Danisya.
                    
     “Kau ni beria betul tak nak aku ikut. Ke kau ada sorok apa-apa ni?” duga Melissa.
                    
     “Sorok? Sorok apanya. Dah la pokoknya kau tak boleh ikut aku. Aku blah dulu lah. Nak gi kelas. Assalamualaikum,” ucap Danisya.
                    
     Huuuuuh, nasib baik dia sempat melarikan diri dari disoal-siasat oleh Melissa. Geram juga dia dengan perangai Melissa yang tak reti mengalah. Banyak betul penipuan yang dia terpaksa lakukan.
                   
     “Aisyh, baru pukul  11 pagi. Kuliah aku start pukul 2 petang. Aku nak buat apa kalau pergi universiti  awal-awal. Alamak,asal la aku tak bawak coklat Cadbury tadi. Hem, pergi 7-eleven la,” bebel  Danisya seorang diri. Dia berjalan kaki untuk ke kedai tersebut.
                    
     Usai membeli coklat Cadbury, dia berjalan-jalan di sekitar Petaling Jaya. Danisya mahu melintas jalanraya, lantas dia memandang kiri dan kanan untuk memastikan tiada kenderaan yang lalu. Kemudian setelah memastikan keadaan selamat, dia mula untuk melangkah.
                    
     Belum sempat dia melangkah,tiba-tiba ada sebuah kereta jenama Camry berwarna putih menuju ke arahnya dengan sangat laju. Danisya amat terkejut lalu dia terjatuh di persimpangan jalan. Kereta tersebut hanya berlalu dari situ tanpa menghentikan keretanya. Danisya menyumpah seranah dalam hati. Dia bangun dan menyapu habuk yang terlekat di tangannya. Setelah memastikan tiada kenderaan yang lalu, Danisya cepat-cepat melintas.
                    
     Danisya memutuskan untuk ke universitinya dari berkeliaran di merata-rata tempat. Dia berjalan kaki untuk ke universitinya. Bukankah berjalan kaki dapat menyihatkan badan? Malah dapat save duit lagi. Alang-alang tu boleh la dia menghirup udara yang tak berapa segar ni.
                     
     Danisya sampai di universitinya lebih kurang pukul 1 petang. Disebabkan cuaca yang sangat panas, dia berasa sangat dahaga lantas dia menuju ke arah kafetaria untuk menghilangkan hausnya.
                    
     “Mak aii, ramainya orang beratur. Aku dah la haus gila ni. Gasak. Gasak,” keluh Danisya. Nak tak nak, dia terpaksa beratur untuk membeli minuman. Menyesal betul dia berjalan kaki ke universiti tadi. Letih..
                    
     Akhirnya sampai giliran dia untuk membeli minuman. Danisya membeli minuman kesukaannya iaitu Horlick ice. Sesudah itu dia melangkah menuju ke meja kosong. Sedang dia berjalan, dia merasa getaran handphone dari poket seluarnya. Ada panggilan yang masuk lalu dia menjawapnya. Tiba – tiba dia dilanggar oleh seseorang yang sedang berjalan bertentangan dengannya. Akibat pelanggaran itu telefon bimbit yang dipegangnya tercampak entah kemana. Malah, air yang dipegangnya tertumpah dan terkena pada baju lelaki itu.
                    
     “What the hell,” jerit lelaki itu sambil mengibas bajunya. Semua pengunjung kafetaria menoleh ke arah lelaki itu.
                    
     Danisya amat tak suka mendengar ayat yang dijerit lelaki itu. Dia yang sedang mencari kedudukan telefon bimbitnya, mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang melanggarnya.
                    
     ‘Eh, macam kenal mamat ni. Danial!!!’ jerit Danisya dalam hati.
                    
     “Hei, kau ada mata ke takde hah!! Jalan tu guna lah mata bukannya guna kepala lutut. Sebesar – besar aku ni pun kau boleh langgar,” marah Danial sambil merenung tajam Danisya.
                     
     ‘Eh dia salahkan aku pulak. Bukan aku yang langgar dia. Dia yang langgar aku. Handphone aku ni mana entah tercampak,’ bebel Danisya dalam hati. Dia ternampak handphonenya di bawah kerusi kosong lantas dia mengutip handphonenya itu.
                     
     “Wei, kau ni pekak ke? Bagus la satu pakej pekak dan bisu. Hei, aku tengah hangin ni,” marah Danial sambil bercekak pinggang.
                      
     “Kalau dah tau aku ni pekak + bisu, yang kau membebel tu apasal? Gila,” ujar Danisya sambil memasang bateri handphonenya. Tak tahan dia mendengar Danial melalak-lalak memarahinya.
                      
     “Ooo.. Ada suara rupanya. Aku ingat, aku tengah marahkan tunggul kayu tadi. Wei, handphone  kolot macam tu baik campak dalam laut je,” sindir Danial.
                       
     “Lantak aku la aku nak guna handphone kolot ke, handphone 3310 ke, bukan hak kau nak halang. Se hal lagi, bukan aku yang langgar kau ea, kau yang langgar aku. Sekecil- kecil aku pun kau tak nampak,” sindir Danisya. Danisya mempunyai ketinggian 160cm dan berat 45kg. Boleh dikatakan dia ni seimbang la.
                        
     “Huuh, memang la bukan hak aku. Ni bukti kau langgar aku. Kau tengok apa yang kau dah buat. Kau ingat baju ni murah ke. T-shirt ni barang berjenama tau. Bukan baju bundle macam kau tu,” sindir  Danial sambil menunjukkan t-shirtnya yang basah disebabkan terkena air Horlick Danisya.
                       
     “Suka aku lah aku nak pakai baju bundle. Tak susahkan kau pun. Asalkan aku masih pakai baju yang menutup aurat,”
                        
     “So, kau nak suruh aku buat apa?” sambung Danisya. Dia ternampak jam di pergelangan tangan Danial sudah menujukkan pukul 2.10 petang.
                          
     “Alamak, aku dah lewat. Chow dulu,” Danisya cepat-cepat melangkah. Dalam hati dia berdoa agar Encik Razali tidak memarahinya.
                          
     Danisya tidak jadi melangkah apabila Danial memegang tangannya.
                          
     “Apa pegang-pegang ni. Aku dah lewat la sewel,” marah Danisya seraya menepis tangan Danial.
                          
     “Masalah kita tak selesai lagi la senget. Kau jangan nak larikan diri. Helah kau tu dah lapuk la,”
                           
     “Apa kejadahnya aku nak tipu kau. Aku dah lewat gila ni. Kang marah pulak prof aku tu. Aku ni seorang pelajar yang berdedikasi tau,” puji Danisya.
                           
     “Relax la minah senget. Kau selesaikan dulu hal kita ni selepas tu baru aku lepaskan kau,”
                           
     “Woi, mamat sewel. Mak aku kasi nama punya best, kau jangan sesedap hati je nak menukar nama aku,” marah Danisya. Dia memang tak suka kalau orang mengelarnya dengan panggilan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia yang panggil tak apa.
                           
     “Peduli apa aku. Minah senget,” ejek Danial.
                           
     Tahap kemarahan Danisya sudah melampaui batas. Geram dengan sikap Danial yang tak boleh beralah dengan perempuan. Lagi pun sebab Danial la dia lewat untuk ke kuliahnya.
                            
     Dia ternampak ada sisa air Horlick di dalam gelas nya. Lantas dia mencapai gelas tersebut dan menyimbah muka Danial dengan air itu.
                            
     “Ambik kau. Padan muka,” ujar Danisya lantas cepat-cepat melarikan diri. Nasib baik la dia ni johan dalam acara lumba lari.
                            
     Terperanjat Danial dengan tindakan Danisya.
                           
     “Bangsat punya minah senget. Jaga kau. Kau belum kenal lagi siapa aku,” ujar Danial sambil mengelap mukanya. Dia terasa seperti ada beberapa pasang mata yang memandangnya. Lantas dia menoleh.
                               
     “Apa tengok-tengok. Mind your own business,” tengking Danial. Entah sejak bila lagi mereka semua menonton pergaduhannya dengan Danisya.
                            
     Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Tertera nama Edirul Fahmi.
                            
     “Hello. Bagus la kau call ni aku tengah hangin ni,” ucap Danial tanpa menunggu kata-kata dari Edirul.
                                                        
     Danial menceritakan semuanya kepada Edirul apa yang telah terjadi antara dia dan Danisya. Setelah menamatkan panggilan dia berlalu ke kereta Camrynya dan menuju ke rumahnya untuk menyalin baju yang bersih.

1 2 3 Cinta 4


BAB 4

                    
     Keesokannya, Danisya bercadang untuk pulang awal ke rumah sewanya. Sesudah dia mandi dan mengemas tempat tidurnya, dia pun menuju ke arah meja makan.
                    
     “Morning mama, papa,”ucap Danisya seraya mencium pipi mama dan papanya.
                      
     “Morning sayang,” hampir serentak Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Saifuddin menjawapnya.
                   
     “Mama,papa Isya balik rumah sewa dulu ea. Majlis tu hari Sabtu kan?” tanya Danisya lalu menyuap roti bakar yang disapu dengan jem coklat ke dalam mulutnya.
                    
     “A’ah. Isya jangan lupa pula. Isya nak papa hantar ke?” pelawa Tan Sri Saifuddin.
                   
     “Tak payah la papa. Isya naik teksi je,”
                   
     “Isya pergi dulu ea. Takut teksi takde pula. Assalamualaikum,” tambah Danisya seraya menyalami tangan mama dan papanya. Danisya bergegas untuk memakai kasut lalu menuju ke perhentian bas yang terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya.
                      
     “Walaikumusalam,”jawab Puan Sri Aisyah dan Tan Sri Saifuddin serentak.
                    
     “Abang tak faham la. Kenapa Isya nak rahsiakan status dia tu? Sampaikan dia sanggup naik pengangkutan awam daripada bawa kereta idaman dia tu,” adu Tan Sri Saifuddin tentang sikap anak tunggalnya itu.
                    
     “Apa yang abang tak fahamnya? Itukan salah satu dari syarat yang dia tetapkan. Isya pernah cakap, dia tak nak orang kawan dengan dia sebab harta. Lagi pun kawan bersuka-ria senang dicari tapi kawan berduka susah ditemui. Aisyah rasa elok juga Isya buat macam itu,” terang Puan Sri Aisyah
                    
     “Betul juga apa yang sayang cakap tu. Abang dapat tengok Isya tu pandai jaga diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa,” akui Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Eh, Danisya ada baju yang sesuai tak untuk majlis ulang tahun syarikat tu nanti? “ tanya Tan Sri Saifuddin.
                   
     “Dah ada. Baru je beli semalam. Aisyah belikan Isya gaun, high heel,tudung dan yang paling penting make up,” jawab puan Sri Aisyah.
                   
     “Amboi, pantas betul sayang ni. Isya sanggup ke pakai semua tu?” puji Tan Sri Aisyah.
                   
     “Tengok orang la bang. Ini Puan Sri Aisyah la. Sentiasa cepat dan pantas,”
                   
     “Astarfirullahalhazim, perasannya orang tu,” sindir Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Apanya.. Abang yang puji Aisyah. Aisyah cuma ulang balik je,”
                    
     “Hem.. Gaun, high heel dengan tudung tu Isya tahu dah. Cuma pasal make up, Isya tak tahu lagi,” tambah Puan Sri Aisyah lantas dia tersengih.
                    
     “Hah, Isya tak tahu lagi? Habis tu dia nak ke pakai make up tu?” Tan Sri Saifuddin terkejut dengan kata-kata isterinya. Setahunya Danisya tidak suka mengenakan sebarang alat make up pada wajahnya. Walaupun tidak mengenakan make up, anaknya itu tetap kelihatan cantik macam mamanya juga.
                    
     “Aisyah akan pastikan dia bersolek pada hari itu. Abang tengok je lah nanti,” ucap Puan Sri Aisyah
                      
     Tan Sri Saifuddin tergeleng mendengar kata-kata isterinya. Dia dapat menjangka apa yang akan isterinya lakukan.
                    
     “Abang dapat bayangkan macam mana reaksi Danisya bila dapat tau dia kena solek. Mesti mata dia yang kecil tu jadi bulat,” ujar Tan Sri Saifuddin lalu tergelak.
                  
     Puan Sri Aisyah turut tergelak apabila terbayang akan reaksi kebiasaan Danisya bila dia terkejut.

1 2 3 Cinta 3


BAB 3

     Sudah banyak kali telefon bimbit Danisya menjerit-jerit minta diangkat, namun Danisya sedikit pun tidak tersedar dari lenanya. Puan Sri Aisyah sewaktu itu ingin menjenguk Danisya terdengar bunyi telefon bimbit Danisya. Lantas dia menjawapnya.

     “Wei, jenuh aku call kau. Baru sekarang kau nak jawab. Isyh, apalah kau ni. Aku risau punya nak gila kau boleh tak endah kan panggilan aku,” sembur Melissa tanpa memberi salam.

     “Erm, assalamualaikum. Maaf, Isya tengah tidur la. Maybe dia keletihan sebab saya ajak dia temankan saya bershopping sehari suntuk ni,” ucap Puan Sri Aisyah.
                    
     “Opss, maaf Puan Sri ya. Saya Mel, Melissa. Kawan serumah Danisya. Saya risau sebab Isya tak balik lagi. Ingatkan dia kena apa-apa tadi. Huuuh, lega saya dia selamat,” ujar Melissa kelegaan.
                    
     “Tak apa. Dia selamat cuma dia tak balik hari ni. Saya perlukan bantuan dia sekejap,” Puan Sri Aisyah tahu Danisya berbohong dengan mengatakan bahawa dia bekerja dengannya.
                    
     “Baiklah Puan Sri. Terima kasih. Assalamualaikum,” Melissa menamatkan panggilan tersebut setelah dia memberi salam.
                     
     “Walaikumusalam,”
                    
     “Isya bangun. Dah nak maghrib ni,” kejut Puan Sri Aisyah sambil mengoyangkan bahu Danisya.
         
     Danisya bangun dari tidur seraya mengeliat. Lalu dia menuju ke bilik air.
                  
     Puan Sri Aisyah menutup suis penghawa dingin dan mengemas katil Danisya sebelum dia keluar dari bilik Danisya.
                   
     “Where my Princess?” tanya Tan Sri Saifuddin apabila dia ternampak kelibat Puan Sri Aisyah yang sedang menuruni tangga.
                   
     “Ada kat atas. Tengah mandi. Kejap lagi dia turun lah,” jawab Puan Sri Aisyah.
                    
     “Rindunya abang pada anak kita tu,” ucap Tan Sri Saifuddin lalu menarik tangan isterinya supaya isterinya itu duduk di sebelahnya.
                    
     “Tau pun. Aisyah pun rindu sangat kat Isya. Kalau boleh Aisyah nak dia duduk serumah dengan kita. Tapi apa boleh buat. Itu syarat yang dia letak. Huuuh,” keluh Puan Sri Aisyah.
                    
     “Terpaksa Aisyah ‘seludup’ Isya mari sini,” tambah Puan Sri Aisyah.
                    
     Tan Sri Saifuddin tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu.
                    
     “Apa abang ni Aisyah cakap betul apa. Kenapa gi gelak?” marah Puan Sri Aisyah lantas mencubit lengan Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Adui, sayang sakit la,” adu Tan Sri Saifuddin sambil menggosok lengannya.
                    
     “Sakit ke papa. Nah Isya tambah lagi,” ucap Danisya lantas mencubit bahu papanya. Dia baru saja turun dari biliknya,setelah usai solat Maghrib.
                   
     “Princess, sakit la. Nak kena ni,” jerit Tan Sri Saifuddin lalu menarik tangan Danisya. Danisya tak sempat melarikan diri lantas dia terduduk betul-betul di tengah-tengah antara papa dan mamanya. Lalu Tan Sri Saifuddin mengeletek Danisya.
                   
     “Mama tak nak masuk campur,” Puan Sri Aisyah tergelak melihat keletah anak dan suaminya.
                   
     “Papa, Isya menyerah,”Danisya mengangkat tangan tanda menyerah kalah.
                    
     “Yeah, papa menang,” sorak Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Huh, tak adil. Papa dengan mama ni tak malu la bermesra depan Isya. Isya pula yang rasa malu,”
                    
     “Eleh, jealous la tu. Papa suruh kahwin, tak nak,” usik Tan Sri Saifuddin.
                    
     “A’ah,mama dah tak sabar nak timang cucu sulung ni,” usik Puan Sri Aisyah pula.
                    
     “Mama!! Papa!! Nope,  I don’t want. Isya muda lagi. Baru je 20 tahun,” tergeleng Danisya mendengar kata-kata mama dan papanya.
                    
     “Eh, mama, papa Isya dah lewat nak balik rumah sewa Isya la,” jerit Danisya. Kelam-kabut dia berlari menuju ke biliknya untuk mengambil tudung. Tak sempat Puan Sri Aisyah untuk menghalang Danisya.
                    
     “Okey mama, papa Isya berangkat dulu. Assalamualaikum,”ucap Danisya seraya menyalami kedua-dua  orang tuanya.
                    
     “Princess, tadi kawan kamu call. Mama cakap kat dia yang kamu tak balik ke rumah sewa malam ni,” ujar Puan Sri Aisyah lantas menyuruh Danisya duduk disebelahnya.
                    
     “Hah, siapa mama? Mama cakap apa?” Danisya terkejut mendengar kata-kata mamanya.
                   
     “Mama cakap kat Melissa yang kamu ada kerja malam ni. Jadi kamu tak balik rumah sewa la malam ni. Jangan risau mama tak bocorkan rahsia kamu la,”
                    
     “Huuuh, selamat. Sayang mama,” ucap Danisya seraya menarik nafas kelegaan. Danisya lalu mencium pipi mamanya.
                    
     “Sayang mama je. Papa?” tanya Tan Sri Saifuddin.
                    
     “Okey, sayang papa juga,” Danisya mengucup pipi papanya.
                    
     “Jom kita makan, mama dah lapar la,” ajak Puan Sri Aisyah.
                    
     “Jom,” ajak Danisya pula seraya menarik tangan kedua-dua orang tuanya.         
                      
     Usai makan,Danisya menunaikan solat Isyak kemudian dia mengambil gitar yang dibelinya menggunakan duitnya sendiri. Danisya mendendangakn lagu Fall For You nyanyian Secondhand Serenade. Dia mula memetik gitarnya.

The best thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I’m trying
I know you’re wearing thin down to the cure
                    
     Petikan gitar Danisya semakin rancak.

But hold your breath
Because tonight will be the night that I will fall for you over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find
                   
     Setelah menghabiskan nyanyiannya, Danisya menutup lampu biliknya dan merehatkan dirinya.